Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 16 December 2012

DAP penyambung perjuangan PAP-Part 8



 



 Ucapan dan pandangan Lee Kuan Yew yang bersifat provakatif mengenai konsep ‘Malaysian Malaysia’ sama ada di dalam atau di luar Parlimen telah mewujudkan ketegangan hubungan di antara Singapura dengan Kuala Lumpur. Begitu juga, Lee Kuan Yew menyedari konsep multi-racial Malaysia yang diperjuangkannya sememangnya akan mewujudkan ketegangan hubungan kaum dan mencabar dominasi Melayu. Walaupun
beliau menyedari wujudnya ketegangan hubungan kaum tersebut, namun bagi Lee Kuan Yew, “if we must have trouble, let us have it now instead of waiting for another 5 ot 10years”. Bahkan Lee dikatakan menyebutkan “if we find Malaysia cannot work now, we can make alternative arrangements”.

 Ketegangan kaum yang wujud ekoran dari kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Lee Kuan Yew sebenarnya membolehkan beliau mengancam Tunku dan kerajaan Pusat supaya memberi lebih kuasa kepada Singapura. Kenyataan tersebut berasakan kepada fakta bahawa pada bulan Januari 1965, satu pertemuan sulit telah diadakan di antara Tunku Abdul Rahman dengan Lee Kuan Yew berhubung cadangan untuk partial break-up antara Persekutuan dengan Singapura. Dalam cadangan tersebut, " Singapura memohon mendapatkan autonomi"  penuh kecuali dalam soal polisi luar dan pertahanan, sebagai satu syarat supaya Lee Kuan Yew tidak mengambil bahagian dalam arena politik Persekutuan. Cadangan tersebut telah dikemukakan oleh Tunku disebabkan kebimbangannya terhadap potensi Lee Kuan Yew akan menerajui kepimpinan kaum Cina Malaysia yang berjumlah 2.7 juta
dicampur dengan jumlah kaum Cina di Singapura.

Walaupun pada mulanya Tunku cuba bersabar dan berlembut dengan tindakan yang dicetuskan oleh Lee, namun akhirnya Tunku mula hilang sabar. Perkara ini dapat dilihat melalui tindakan yang dilakukan oleh Tunku semasa berada di London dalam bulan Jun 1965 bagi mendapatkan rawatan bengkak sendi di sana. Tunku telah mengeluarkan kata-kata yang berbunyi:

  “The more pain I got the more I directed myanger on him (Lee Kuan Yew) and pitied Singapore for all its self-imposed problems”

Ketika berada di London (selama sebulan), maka pada 29 Jun 1965, Tunku telah mengambil keputusan sendirian untuk menyingkirkan Singapura dari Malaysia. Tunku kemudiannya menulis surat kepada Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri, supaya membincangkan perpisahan Singapura dengan menteri-menteri kabinet yang kanan. Tun juga diminta bertemu Lee Kuan Yew untuk kemungkinan menyelesaikan
pertelagahan tersebut. Tun telah bertemu Lee Kuan Yew pada 20 Julai 1965, namun pertemuan tersebut telah menemui jalan buntu. Perpisahan Singapura dari Malaysia menjadi kenyataan apabila Parlimen
Malaysia yang bersidang pada 9 Ogos 1965 meluluskan pindaan Perlembagaan 1965 bagi mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Semasa membentangkan cadangan Perlembagaan tersebut, Tunku Abdul Rahman telah menjelaskan bahawa tindakan tersebut merupakan satu keputusan yang menyedihkan. Keputusan tersebut dibuat kerana wujudnya banyak masalah di antara Singapura dan Malaysia, terutama pada
tahun 1965.

Tunku menjelaskan masalah yang utama adalah masalah komunal yang ditimbulkan oleh pemimpin Singapura, penyebaran propaganda menentang kerajaan Pusat di kalangan pelajar di luar negara dan tuduhan kerajaan Pusat yang didominasi oleh kaum Melayu melakukan ketidakadilan kepada kaum lain serta melakukan diskriminasi kepada kaum Cina dalam semua perkara. Tunku turut menjelaskan faktor lain ialah kecenderungan beberapa buah negara yang melihat Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura mempunyai equal partner dalam kerajaan Malaysia. Sedangkan menurut Tunku dalam sesebuah negara hanya perlu ada seorang sahaja yang mempunyai ketua eksekutif iaitu Perdana Menteri, bukannya dua orang. Tunku
menjelaskan:

 “there can only be, as I said, one Prime Minister for the nation and there cannot
be two, and so the best course we can take is to allow Mr. Lee Kuan Yew to be the Prime Minister
of independent Singapore in the full sense of the words”.


Pindaan Perlembagaan tersebut turut mendapat sokongan dari pemimpin PAS. Sokongan PAS terhadap pemisahan Singapura dari Malaysia disebabkan parti PAS telah menolak pembentukan Malaysia dan lebih bersetuju dengan konsep Maphilindo yang dicadangkan oleh Presiden Macapagal (Presiden Filipina), iaitu sebuah gagasan yang cuba untuk menyatukan satu bangsa yang sama, iaitu bangsa Melayu. Menurut Dato’
Mohammed Asri Hj. Muda (Yang di-Pertua PAS), PAS menentang penubuhan Malaysia kerana penubuhan Malaysia akan membahayakan kuasa politik bangsa Melayu yang secara beransur-ansur akan menyusut disebabkan penambahan jumlah besar kaum bukan Melayu selepas pembentukan Malaysia. Parti PAS melalui wakil-wakil mereka di Parlimen telah memberi amaran mengenai bahaya tersebut dan kesannya terhadap kuasa politik Melayu, namun pembentukan Malaysia telah disokong secara majoriti
oleh ahli Parlimen Perikatan.


No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya