Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 16 December 2012

DAP penyambung perjuangan PAP-Part 9



 Dalam telegram Lord Head (Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia) kepada Commonwealth Relations Office bertarikh 9 Ogos 1965, beliau telah memberikan beberapa faktor kenapa tindakan tersebut dilakukan oleh Tunku. Antaranya, kebimbangan yang amat mendalam di kalangan orang Melayu terhadap kemajuan politik yang mungkin dicapai oleh Lee Kuan Yew di Tanah Melayu dan kebimbangan Tan Siew Sin terhadap
masa hadapan MCA. Tan Siew Sin melihat Lee dan PAP akan memberi persaingan hebat terhadap masa depan parti tersebut di Malaysia.Kebimbangan ini terserlah melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Siew Sin (Presiden MCA) pada 24 Mei 1964 di Melaka yang menyebutkan ramalannya bahawa “pertentangan yang sungguh- sungguh” antara Perikatan dengan PAP akan berlaku pada pilihan raya 1969 nanti, sedangkan pertentangan parti-parti pembangkang yang lain seperti PAS akan dapat dihadapi dengan mudah oleh Perikatan.

Ramalan yang dibuat memang tepat, apabila pertentangan yang sengit berlaku adalah di antara MCA dengan DAP yang merupakan sebuah parti kesinambungan PAP di Malaysia.


Kesinambungan Malaysian Malaysia oleh DAP

Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada bulan Ogos 1965, kerajaan Malaysia telah membatalkan pendaftaran parti PAP pada 9 September 1965 disebabkan parti tersebut berpusat di sebuah negara luar (Singapura) bukan di Malaysia. Sebahagian pemimpin PAP yang diterajui oleh C.V. Devan Nair (ahli Parlimen PAP) yang menjadi warganegara Malaysia bertindak menubuhkan sebuah parti politik yang mempunyai nama baru. Kerajaan telah meluluskan pendaftaran parti baru tersebut yang dinamakan
sebagai Democratic Action Party (DAP) pada 19 Mac 1966. Walaupun DAP mendakwa parti tersebut merupakan sebuah parti politik non-komunal, namun penubuhannya didukung oleh majoriti kaum Cina. Ketika parti tersebut ditubuhkan pada tahun 1966, hanya terdapat dua orang pemimpin Melayu ikut serta dalam kepimpinan DAP iaitu Cikgu Mohd Noor Jetty, selaku Naib Pengerusi dan Daeng Ibrahim Othman dipilih sebagai Timbalan Setiausaha Agung DAP. Konsep kepelbagaian kaum yang mendasari perjuangan DAP menurut Abdul Muluk Abdullah (bekas Timbalan Setiausaha Agung DAP Malaysia) adalah kesinambungan dari konsep pelbagai kaum yang dibawa oleh Dato’ Onn semenjak tahun 1951 (ketika memimpin parti IMP) tetapi diperkenalkan oleh Lee Kuan Yew dalam tahun 1965.

                                                        
Parti DAP kemudiannya telah mengambil alih peranan PAP dalam memperjuangkan gagasan “Malaysian Malaysia”. Vasil menyifatkan di bawah kepimpinan Devan Nair “ acompletely Malaysian-based PAP took over, in much more modest fashion, of course, from where the largely Singapore-based PAP had left”.Gagasan tersebut telah dijadikan matlamat perjuangan mereka seperti mana yang diikrarkan dalam “Deklarasi Setapak 1967” yang diumumkan pada 29 Julai 1967. Perkara tersebut dinyatakan oleh DAP;

We committed to the struggle for a free, democratic socialist Malaysian Malaysia, based on the principles of human rights, equality, social and economic justice and
founded on the institution of Parliamentary democracy.

“Deklarasi Setapak 1967” telah meletakkan asas perjuangan DAP untuk mengimplimentasikan prinsip kesamarataan kaum, keadilan sosial dan ekonomi dalam semua peringkat sama ada dalam aspek politik, sosial, ekonomi dan pendididikan. DAP menolak pengkelasan rakyat kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera, hegemoni kaum dan menentang sistem yang mendiskriminasikan rakyat sama ada dalam
perlantikan dan kenaikan pangkat di sektor awam dan swasta.

Dasar Perikatan yang membahagikan rakyat kepada dua kelas, iaitu Bumiputera dan non-Bumiputera mengikut DAP mestilah ditentang sekiranya mahu mewujudkan perpaduan jitu di kalangan rakyat. DAP menekankan semua kaum di Malaysia mestilah mempunyai hak yang sama di bawah konsep “Malaysian Malaysia”. DAP juga memperjuangkan
“cultural democracy” yang mengiktiraf “an equal multi-racial society presupposes that no one
race exercises political, social or cultural hegemony over that others”.

DAP mengkritik polisi yang dibuat oleh Perikatan yang telah melahirkan “deep feeling of cultural insecurity”
di kalangan kaum bukan Melayu. Justeru itu, DAP berusaha untuk memperjuangkan status bahasa rasmi untuk bahasa Cina, Tamil dan Inggeris serta mengiktiraf bahasa


Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang tunggal, kebebasan menggunakan bahasa Cina, Tamil dan Inggeris di Parlimen, Dewan Undangan Negeri, notis awam dan surat-menyurat kerajaan, menghapuskan perbezaan antara Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan dan menyokong penubuhan Universiti Kebangsaan dan Universiti Merdeka.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya