Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Saturday, 15 December 2012

Giliran Madrasah Tanjung Tokong pula dirobohkan DAP.






 


DAP nampaknya semakin hari semakin kurang ajar. Kali ini melibatkan madrasah di Tanjung Tokong pula.

Penduduk Tanjung Tokong di sini menentang tindakan Majlis Agama Islam dan Mufti membenarkan untuk merobohkan Madrasah Al-Taqwa yang berusia 87 tanpa mendapatkan persetujuan jawatankuasa madrasah berkenaan. Madrasah itu ditubuhkan oleh nelayan kawasan itu dan tapak asalnya adalah di tepi laut.

Setelah ditebus guna ia dipindahkan ke tapak baru iaitu tapak sekarang. Setiausahanya, Shafiq Iqmal Md Elias berkata, beliau kesal dengan tindakan Majlis Agama Islam negeri dan pihak mufti meluluskan untuk merobohkan madrasah itu dan membina semula di tapak asal berhampiran Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong.

 “Kami tidak bersetuju madrasah ini dipindahkan di tempat lain terutama di sebelah Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong dan patut dinaik taraf di tapak yang sedia ada dan dimakmurkan terus dari masa ke semasa.

 “Persoalannya, bagaimana pihak mufti dan Majlis Agama Islam negeri boleh memberi kebenaran untuk merobohkan madrasah berkenaan tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Madrasah At-Taqwa,” katanya di sini, kelmarin.


                                 

 Menurutnya, selama ini segala pengurusan dan perbelanjaan madrasah diuruskan oleh jawatankuasanya tanpa mendapat bantuan daripada Majlis Agama Islam negeri sehingga wujud bangunan yang sedia ada seperti sekarang.

 Beliau yang menentang segala usaha untuk merobohkan madrasah itu mendakwa, pembinaan madrasah didirikan secara sah dan sesuai ditempatkan di tapak yang sedia ada untuk mengekalkan sebagai kampung warisan ketika sidang Dun Pada 3 November lalu.

 “Sebarang keputusan tentang masa depan madrasah ini wajib mendapat persetujuan kami yang bertanggungjawab terhadap kelestarian,” katanya. Bantahan itu disuarakan oleh wakil dan penduduk kampung itu dengan dihadiri kira-kira 50 orang.

Sementara itu, penduduk, Suraya Kader Ibrahim, 24, berkata, madrasah itu sering diakses oleh penduduk untuk mendirikan solat berjemaah, majlis-majlis ilmu, ceramah, usrah dan solat hari raya.

 “Tempat ibadat ini sering diimarahkan oleh penduduk setempat terutamanya untuk menguruskan hal-hal yang berkenaan kematian. “Ia tidak boleh dirobohkan kerana banyak kegunaan kepada masyarakat setempat,

Gua nak tanya kat puak-puak PAS.. mana p suara PAS?? Kenapa diam membisu  bila  rumah ibadat orang-orang Islam hendak diroboh DAP Musibat??

Kenapa PAS tak berani bersuara menentang kezaliman rakannya DAP??

 Jawapannya sebab  ketua mereka sedang tidur.!

 

Mana p Malik Kasim ?? Malik Kasim Kan BARUA DAP..

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya