PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.

PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Sunday, 9 December 2012

Lebih banyak projek akan dibina di Pulau Pinang jika ditadbir BN.



                                             

PULAU PINANG 8 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan lebih banyak berita gembira akan diumumkan untuk rakyat di negeri ini jika mereka memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir semula.

Perdana Menteri berkata, beliau belum habis meninjau seluruh negeri ini dan terdapat beberapa lagi kawasan yang akan dilawatinya nanti.

"Beri kepercayaan kepada kita (BN), kita akan buat jauh lebih baik. Ada satu, dua kawasan. Saya nak datang lagi. Banyak lagi saya nak buat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Yang hadir sama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan beberapa menteri Kabinet.

Najib memberitahu, kerajaan BN tidak akan membenarkan orang Melayu di negeri ini terpinggir dan pada masa sama terus membela nasib kaum Cina dan India.

"Kita akan buat yang terbaik, kita ada rekod. Kita akan pastikan BN ialah kerajaan yang adil dan saksama. Inilah janji kita," ujarnya.


No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya