Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 16 December 2012

Nasib peniaga Melayu di Pulau Pinang.!


                         
                                 
 Dikawasan jalan tiada larangan   menjaja yang dikeluarkan regim DAP.

 Kerajaan Pulau Pinang hari ini telah memasang papan tanda yang melarang kenderaan melalui lorong baru atau digelar sebagai New Lane dari arah Jalan McCalister ke Jalan Datok Keramat. Masa larangan ini ditetapkan untuk waktu 2 tengahhari hingga ke 1 malam setiap hari.

New Lane merupakan tempat popular bagi peniaga makanan Cina yang berniaga di tepi jalan. Tempat ini begitu popular hingga sering mengganggu lalulintas dua hala sejak lama dahulu.

Oleh kerana peniaga ini Cina, maka kerajaan tidak ambil tindakan ke atas mereka tetapi diletakkan papantanda sedemikian untuk mengelakkan kesesakkan pada waktu tersebut supaya lebih selesa peniaga dan pengunjung ke situ.

Begitu sekali kesediaan kerajaan negeri membantu peniaga-peniaga tepi jalan tersebut.

Bagaimana pula dengan peniaga-peniaga Melayu jika berlaku keadaan yang sama?

Bukan niat kami untuk menungkit isu dari kacamata perkauman tetapi kalau tiada apa-apa berlaku pada peniaga Melayu pun sudah dianggap syukur.



Dikawasan Melayu diletakkan  papan amaran larangan menjaja.


Atas sebab ini difahamkan Pertubuhan-Pertubuhan Melayu sedang merancang akan mengadakan suatu sidang akhbar untuk mengecam sikap dpuble standard pihak kerajaan negeri.

Jelas sekali kerajaan negeri telah membeza-bezakan layanan antara peniaga Melayu dan peniaga Cina. Peniaga Cina yang tidak memohon bantuan sedemikian tetapi dimudahkan lalulintas untuk mereka.

Gerai Melayu dirobohkan walaupun tidak langsung menghalang lalu lintas. Selalunya pihak kerajaan negeri akan melakukan sesuatu yang tegas dengan mengenakan denda atau menggantung lesen perniagaan.  

Diharap sidang akhbar dan tuntutan yang dibuat oleh Pertubuhan Melayu itu.  didengar dan diambilkira

Namun tidak boleh diharapkan dari kerajaan negeri. Pasti mereka akan memberi pelbagai alasan dan menjustifikasi tindakan mereka dengan pelbagai angka dan statistik yang tidak ditolak kemungkinan ianya alasan atau angka yang palsu.


kenapa tiada larangan  dikenakan terhadap  mereka??

Ini pernah dilakukan mereka dalam pengakuan peruntukan kerajaan negeri kepada sekolah agama rakyat.

Walau macam mana tekanan pun akan diusahakan oleh Pertubuhan Melayu ini, selagi DAP yakin keseluruhan kaum Cina akan menyokong kerajaan DAP di pilihanraya akan datang, mereka tidak akan peduli.

Biarlah macam mana rintihan, kesusuahan atau kesengsaraan hasil tindakan mereka terhadap peniaga Melayu.

Begitulah sikap mereka, selagi mereka merasakan undi Melayu tidak akan mengggugatkan mereka di Pulau Pinang. Selagi itu, polisi CAT atau Cina Amat Diutamakan akan terus dikekalkan.

Harap peniaga-penigaa Melayu belajar menyesal mengundi DAP dan Pakatan Rakyat. UMNO dan BN dekatilah mereka dan usah katakan padan saja.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya