Tun Mahathir
1.Campuran tiga parti di bawah pakatan pembangkang yang tidak sehaluan boleh mencetuskan kecelaruan jika mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
2.Perjuangan ketiga-tiga parti itu tidak sehaluan dan  akan memberi kesan terhadap negara, terutama rakyat, yang akan mengalami kerugian.

3.Pas dahulunya memperjuangkan negara Islam tetapi menukar kepada negara berkebajikan yang sebenarnya sudah diamalkan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama, berikutan DAP menolak pelaksanaan hukuman hudud.

4. PKR pula mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Pas mahukan presidennya dan kemungkinan DAP pun mahu merasa jadi Perdana Menteri. Mereka ini tidak seperti BN sepakat dan mempunyai matlamat tetap untuk mentadbir negara, mereka hanya mahu menang sahaja.

5. erpulang kepada rakyat untuk mengundi kerana taksub kepada sesebuah parti pembangkang biarpun apa dilakukan parti itu bertentangan dengan Islam,” katanya kepada pemberita sempena Seminar Ketahanan Nasional III ‘Mengekalkan Kedaulatan Negara.

6.Amat bahaya sekiranya rakyat mengundi tanpa menggunakan akal fikiran waras yang boleh menyebabkan keamanan negara tergadai.
Negara kini mengecapi keamanan kerana bijak memilih pemerintah mentadbir negara dengan baik.


7. Serahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengumumkan tarikh PRU13 berdasarkan semangat akar umbi Umno kian terserlah selepas Perhimpunan Agung Umno minggu lalu.
“Terpulang kepada beliau berdasarkan penilaian yang dibuat. Kita sekarang patut rapatkan kembali barisan supaya dapat mendirikan sebuah kerajaan kuat mendapat dua pertiga kerusi untuk melaksanakan dasar kerajaan yang kadang-kadang tidak popular.

8.iada satu kaum di negara ini mendapat seratus peratus hak istimewa, sebaliknya mereka perlu berkorban sebahagian bagi membolehkan semua pihak merasainya.