Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 25 December 2012

PAS hanya jadi kuda kayu dalam PR



 



 Jika orang Islam menuduh Muslim lain sebagai murtad atau kafir sedangkan yang dituduh tidak melakukan perbuatan syirik, maka tuduhan murtad itu kembali ke atas penuduh.

 Siapa saja tolak Islam hukumnya murtad-Nik Aziz.

 Pas dan penyokongnyalah golongan murtad kerana mereka berpegang bahawa Pas itu Islam sedangkan agama di sisi Allah hanya Islam.

Dalam al-Quran surah Al-Imran ayat 85 menjelaskan perkara ini. PAS meletakan partinya sebagai agama di samping Islam, jadi merekalah sebenar insan yang murtad.


Apabila ada laporan jelas menunjukkan umat Islam sedang dimurtadkan di Gereja Methodist Damanara Utama (DUMC) dahulu, Pas kata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah oleh UMNO untuk serbu gereja dan ganggu ibadat orang lain.


Namun apabila Nurul Izzah kata umat Islam patut diberi kebebasan pilih agama, Pas kata sebenarnya Nurul Izzah sedang berdakwah di gereja dan kenyataannya diputarbelitkan oleh UMNO.


Ketika rakyat Palestin sedang dibunuh, Pas doakan kemusnahan sesama Islam pula iaitu UMNO.

Terkejut beruk' bila dengar doa PAS  itu yang seperti dirasuk Iblis dan Syaitan. Doa itu diaminkan oleh orang Pas yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), penerima Projek Perumahan Rakyat (PPR), yang terima gaji seperti ustaz dan ustazah J-QAF dan umat Islam yang bersembahyang di masjid-masjid yang dibina oleh BN.

Apakah bukan buta bin tuli orang-orang Pas yang tinggal di Malaysia, sebuah negara aman, makmur dan maju. Apakah UMNO tolak Islam bila menentang Mohamad Sabu (Timbalan Presiden Pas) yang sokong komunis, menentang Izzah yang cadang orang Melayu Islam boleh pilih agama selain Islam?

UMNO juga menentang perkahwinan sejenis dan menentang gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). UMNO juga menentang kalimah Allah diguna di gereja - itu semua dikatakan UMNO tolak Islam.

Jadi siapa sebenarnya menentang Islam dan siapa pula menyokong golongan seperti Datuk S. Ambiga, Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Renung-renungkan perkara ini.

Pas dilihat lebih senang bekerjasama dengan DAP dan PKR dan tidak bersama UMNO yang juga dianggotai oleh majoriti Melayu beragama Islam, bagaimana ini terjadi?

Pas ini konsep 'asabiyah' pun mereka tak jelas. Mereka perlu meneliti maksud ayat al-Quran iaitu "Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu yang mengubahnya".


Orang Asli yang berjaya kembali ke kampungnya dan membantu memperbaiki taraf hidup kaumnya akibat dasar kerajaan UMNO dan BN.

Pemimpin Pas banyak memomokkan orang Melayu dengan pandangan sempit mereka kerana mengamalkan politik kebencian dan balas dendam.

Pemimpin utama Pas mahu komen pasal kenyataan Nurul Izzah pun tak berani, hanya kerana dibuat oleh rakan bersekutu mereka dan anak Anwar pula, manusia "Anugerah Tuhan" yang konon bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kalaulah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang buat kenyataan itu, rasanya sejuta ahli dan penyokong Pas akan berhimpun serta-merta! Kecoh dataran merdeka lagi sekali.

Ada pemimpin Pas yang anggap isu itu remeh, nasib baik ada bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan beberapa pemimpin kecil Pas yang menyelamatkan maruah Pas dengan menyuruh Nurul Izzah bertaubat.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan pula harap serban sahaja besar.

PAS  wujud lebih  50 tahun, tapi bengapnya tetap sama.


No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya