Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 9 December 2012

PAS Kelantan cuba laksana Hudud:kenakan hukuman Khalwat bukan Islam








SHAH ALAM: Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang hari ini mempertikaikan tindakan pihak berkuasa di Kelantan yang telah menyaman dua pasangan kekasih bukan Islam atas dakwaan berkhalwat.

Keng Liang ketika dihubungi Antarapos menegaskan bahawa orang bukan Islam tidak seharusnya dikenakan saman untuk kesalahan berkhalwat memandangkan ianya tertakluk di bawah undang-undang syariah yang diperuntukkan hanya kepada orang Islam seperti yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Orang bukan Islam tidak sepatutnya dikenakan saman untuk khalwat kerana khalwat adalah di bawah undang-undang syariah di mana hanya orang Islam sahaja yang berada di bawah undang-undang ini seperti yang diperuntukkan Perlembagaan Malaysia.

“Jadi apa yang berlaku di Kelantan adalah tidak mengikut Perlembagaan negara di mana orang bukan Islam tertakluk kepada undang-undang syariah. Ini tidak betul dari segi undang-undang Perlembagaan kita,” tegas beliau.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut dilihat seolah-olah mahu menampilkan PAS yang mentadbir Kelantan begitu komited di dalam melaksanakan syiar Islam di negeri ‘Serambi Mekah’ itu.

Hal ini katanya telah menimbulkan perasaan bimbang di kalangan masyarakat bukan Islam di negara ini terhadap polisi-polisi yang dibawa PAS.

“Undang-undang syariah hanya untuk orang Islam. Jadi kalau berlaku apa-apa kesalahan orang bukan Islam, ia hanya tertakluk kepada undang-undang sedia ada untuk orang bukan Islam. Sekarang ini apa yang berlaku di Kelantan adalah kerajaan PAS cuba tampil hukum Islam seolah-olah mereka boleh kenakan polisi-polisi sedemikian ke atas orang bukan Islam.

“Saya rasa orang bukan Islam di negara kita amat bimbang dengan kejadian-kejadian sedemikian dan polisi-polisi PAS,” ujarnya.

Selain itu, Keng Liang turut dengan tegas mengatakan bahawa tindakan yang diambil pihak berkuasa negeri itu sebagai mencabul hak asasi orang bukan Islam di Malaysia seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan.

DAP pula katanya sudah tidak lagi berupaya untuk mempertahankan Perlembagaan negara kerana sibuk berusaha untuk memastikan kuasa yang mereka pegang ketika ini kekal di tangan mereka.

“Mereka mencabul hak asasi orang bukan Islam di negara kita. Semua yang dilakukan oleh PAS terhadap orang bukan Islam adalah tidak mengikut Perlembagaan Malaysia.

DAP pula sudah tidak mampu untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia lagi. Mereka lebih berminat untuk bermain politik dan hanya mementingkan kuasa yang dipegang mereka sekarang. Mereka hanya pentingkan matlamat politik mereka untuk mendapatkan kuasa. Jadi tidak ada gunanya lagi untuk mana-mana pihak dalam Malaysia untuk menanam harapan untuk DAP menyelesaikan isu ini,” katanya.

Negara hari ini digemparkan dengan penangkapan dua pasangan kekasih bukan Islam yang dituduh berkhalwat oleh pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Ketua Pemuda MCA Negeri, Gan Han Chuan, kes seumpama itu adalah pertama kali dalam sejarah dimana pasangan bukan Islam dikenakan tindakan yang sepatutnya dikhususkan kepada orang Islam.

Terdahulu seorang pengusaha salun di Kelantan mendedahkan dia telah disaman beratus kali kerana pekerja wanitanya (bukan Islam) memotong rambut pelanggan lelaki (bukan Islam).

Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sama sebelum ini turut mengeluarkan saman bagi tingkah laku tidak senonoh dua lelaki bukan Islam yang telah ditangkap di dalam kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran Lapangan Terbang Kota Bharu.

Kes lain melibatkan seorang remaja lelaki bukan Islam dan teman wanita bukan Islam yang didapati bersama-sama di dalam kereta yang diletakkan di Taman Tengku Anis baru-baru ini.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya