Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 16 December 2012

PAS sekutu penting untuk DAP berkuasa.



karpal-singh



 Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin hubungan erat antara parti dalam Pakatan Rakyat (PR) akan merealisasikan impian parti itu untuk merampas Putrajaya.

Beliau berkata, walaupun sering memberi kritikan terhadap Pas kerana mengenakan dasar-dasar Islam ke atas bukan Islam terutamanya di Kelantan, beliau sentiasa menyokong Pas dan menyifatkannya sebagai "sekutu yang penting."

“Pas adalah sekutu penting dalam PR. Kita mungkin mempunyai perbezaan pendapat dengan Pas, tetapi Pas adalah sebuah parti yang berprinsip kukuh,” katanya.

Karpal turut menyalurkan semangatnya kepada lebih 2,000 perwakilan apabila meminta supaya Barisan Nasional (BN) ‘disembelih’.

“Walau kita kukuh sekarang, namun kita tidak boleh lupa dengan musuh kita, BN. Kita mesti berjuang habis-habisan untuk memastikan kita dapat menggantikan BN. Kasi ‘sembelih’ BN.

“Tiada keraguan dalam fikiran saya bahawa Pakatan Rakyat boleh mencapai objektif kerana kita kuat sekarang, contohnya Pulau Pinang, ia menunjukkan sebuah Kerajaan Negeri yang bagus di bawah pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Apa yang dicapai di Pulau Pinang, akan dicapai di Putrajaya juga nanti," katanya.

Karpal berkata, suatu ketika dahulu, tiada siapa menyangka bahawa DAP akan bekerjasama dengan Pas, namun kini seluruh senario politik Malaysia telah berubah.

“Kita juga mesti berubah mengikut peredaran masa. Dalam politik, tiada kawan atau musuh yang kekal, tetapi kita mesti mempunyai prinsip dan DAP akan tetap berpegang kepada prinsip-prinsipnya,” katanya.

Karpal turut mengingatkan perwakilan supaya tidak melupakan pemimpin veteran.

“Tanpa mereka, parti ini tidak akan makmur seperti apa yang dilihat hari ini. Jika tidak kerana mereka (veteran), anda tidak akan berada di mana anda berada sekarang.

“Jangan memandang rendah kuasa veteran. DAP dibina hasil titik peluh dan darah mereka ini," katanya.

Pada masa yang sama, Karpal sekali lagi menyatakan sokongannya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilantik menjadi Perdana Menteri apabila PR memerintah negara nanti.

Menurutnya, DAP akan memberi kerjasama yang penuh untuk menentukan Anwar.

PAS sebenarnya hanyalah menjadi Pak Turut didalam mempertahankan DAP.
PAS dilihat tak lebih dari  kuda kayu yang hanya   mengikut arahan tanpa berfikir tentang hala tuju mereka.


No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya