Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Monday, 10 December 2012

PR mahu tipu lagi, kali ini babitkan orang India pula.?






 Suara Penipu Keadilan Daily kali ini cuba  menipu lagi, fokus yang diberikan kali ini terhadap orang India pula. Dalam keratan Keadilan Daily, PKR dengan membawa mesej penipunya mengatakan  300,000 orang India tak  diiktiraf warga negara. Bagaimanapun, perkara ini  di nafikan oleh PM kita Datuk Seri Najib Razak.

 Menurut Perdana Menteri, menerusi program pendaftaran kewarganegaraan kaum India yang dilaksanakan kerajaan, sekurang-kurangnya 9,000 orang telah dikesan.

"Daripada 9,000 ini, 4,500 kita sudah selesai bagi taraf kerakyatan (menerusi pemberian sijil kelahiran dan MyKad), 2,000 lagi dalam proses.

"Kita buka pendaftaran ini, sesiapa ada masalah boleh tampil ke hadapan dan saya bagi jaminan bahawa sesiapa yang layak mendapat kerakyatan, kita akan proses dan bagi kelulusan tetapi tidak sampai 300,000 orang, dia tipu," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC Ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.


      

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga merendah-rendahkan kebijaksanaan kaum India apabila berjanji bahawa jumlah 300,000 orang tanpa kewarganegaraan itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan selepas pakatan pembangkang mendapat kuasa.

"Dalam masa sebulan hendak selesai bererti bahawa satu hari 10,000 kes dia kena selesaikan, maknanya, dia kena cari 10,000 orang, dia akan proses borang 10,000 orang dan dia kena terima dan beri kelulusan 10,0000 orang, ini jelas merendahkan kebijaksanaan kaum India," katanya.

Menurut Najib, janji pakatan pembangkang adalah janji kosong dan menyifatkannya 'Janji Kampung Buah Pala'.


"Sebelum pilihan raya 2008, masa kempen, dia (Anwar) kata, kalau pakatan menang, dalam masa dua minggu selesai masalah Kampung Buah Pala dan penduduk boleh tinggal di situ selama-lamanya, akhirnya, itu tipu belaka," katanya yang memberitahu masalah itu akhirnya terpaksa juga diselesaikan Barisan Nasional (BN).

Kata beliau, pembangkang juga tidak menitikberatkan kepentingan kaum India kerana dalam tempoh empat tahun ini, sebanyak tujuh buah kuil telah dirobohkan oleh kerajaan pakatan pembangkang termasuk sebuah kuil persendirian di sebuah rumah di Sepang, Selangor.

Najib yang juga Pengerusi BN memberi peringatan bahawa setiap undi kepada pembangkang bermakna menyumbang kepada masa depan negara yang tidak menentu.

"Satu undi pembangkang juga bererti orang India dan masyarakat kita tertipu, janji Kampung Buah Pala akan berlaku lagi, malah pembangkang tiada agenda perubahan besar untuk negara," katanya.

 Lihatlah apa yang berlaku terhadap sahabat karib Anwar, Nala.

                                                        

Setiap pembohongan Anwar amat diketahui oleh Nallakaruppan sendiri. Nalla nie orang mana?? bukankah orang India??


                                           

Lihat juga bagaimana Nalla menghentam teruk Anwar, Anwar amat takut dengan Nalla ini kenapa?? kerana Nalla antara sahabat baik Anwar dahulu.


So. kepada Kaum-kaum India dalam negara ini, tak usahlah jadi bodoh dengan Penipuan yang direka-reka oleh ketua penipu Anwar Ibrahim itu.

Inilah yang dikatakan Pembangkang yang tiada kualiti.

Sementara itu, MIC bertegas akan memberikan sokongan penuh buat Barisan Nasional.

MIC menjanjikan kemenangan besar buat Barisan Nasional (BN) terutama melalui undi masyarakat India berikutan sokongan luar biasa yang diterima sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada 2009.

Presidennya, Datuk Seri G. Palanivel berkata, sokongan kaum India terhadap parti komponen itu bertambah kuat berikutan komuniti tersebut mendapat manfaat besar dalam bidang pendidikan, program pembangunan serta perkhidmatan awam hasil inisiatif Najib.

"Sejarah hitam pada 2008 tidak akan sesekali berlaku, kali ini masyarakat India sudah kembali kepada MIC dan BN kerana yakin kerajaan sedia ada sahaja mampu mencorakkan masa depan mereka.

"Kita boleh nampak lebih ramai orang India yang menyokong BN dan MIC sekarang berbanding dalam pilihan raya lepas. Sememangnya sokongan masyarakat secara keseluruhan telah meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung MIC Ke-66 di PWTC di sini yang dihadiri 5,500 perwakilan dan pemerhati hari ini.






Perdana Menteri merasmikan perhimpunan agung tersebut.

Sementara itu, dalam sidang akhbarnya, Palanivel membidas sikap pemimpin pembangkang kerana hanya 'mempergunakan' pengundi India untuk memenangi pilihan raya umum tetapi mengabaikan setiap janji yang telah dibuat.

"Pembangkang berjaya mengaburi mata masyarakat India dengan isu-isu sensitif seperti pendidikan, sekolah Tamil selain isu rumah beribadat.

"Tetapi setelah empat tahun mentadbir, mereka tidak langsung membantu membina sekolah Tamil, mereka juga tidak menyediakan peruntukan untuk pendidikan atau kebajikan lain,'' katanya.

Dalam pada itu, Palanivel turut berjanji akan menawan kembali negeri-negeri yang jatuh ke tangan pembangkang terutamanya Selangor.

"Selain Selangor, kita juga yakin beberapa kawasan Parlimen di Pulau Pinang seperti Nibong Tebal, Balik Pulau, Jawi dan Bukit Tengah akan jatuh kepada BN, kita akan berusaha mendapatkan kembali mandat rakyat,"


Dalam kenyataan yang dikeluarkan MIC sendiri menafikan pembohongan Anwar itu.

Lihat link dibawah:


So kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah-sudahlah  menipu rakyat. orang sudah tahu betapa penipunya Anwar Ibrahim & kuncu-kuncunya sekarang ini..


KATAKAN TIDAK KEPADA PAKATAN RAKYAT.!!






No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya