Sempena sambutan ulangtahunnya yang ke-60 di Kepala Batas hari ini, PAS menegaskan bahawa ia tidak akan memaksa undang-undang hudud ke atas bukan Islam, dan menyalahkan Umno mencetuskan kontroversi tersebut.
pas muktamar 130610 abdul hadi awangPresiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu tersebut 
telah dipolimikkam oleh Umno dan 'media yang dibayarnya'. 

Katanya, undang-undang Syariah perlu disokong oleh umat Islam kerana masyarakat telah merosot, dan kadar jenayah telah meningkat.

Bagaimanapun, tambahnya, apabila membangkitkan isu undang-undang Syariah, hanya bahagian hudud sahaja yang disebut dan dibangkitkan.