Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 6 December 2012

Suara Keadilan cuba putar belit kenyataan Musa Hassan.!


Suara Keadilan sekali lagi dilihat cuba memutar belit kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan.
Laporan dari Keadilan Daily yang dipetik berbunyi:



KUALA LUMPUR 5 Dis: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan membongkar satu lagi pendedahan di Shah Alam dalam masa terdekat berhubung peranan pemimpin tertinggi Umno dalam serangan fitnah.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali pada Ceramah Merdeka Rakyat di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Gombak Utara malam tadi.
Beliau bagaimanapun tidak memperinci tarikh pendedahan itu.
Ahli Parlimen Gombak itu menyifatkan pendedahan tersebut sebagai petanda Umno BN berkubur pada Pilihan Raya Umum nanti.
“Kini, Musa Hassan sedang membongkar satu demi satu peranan pemimpin tertinggi Umno dalam serangan fitnah. Saya dengar beliau akan ada satu lagi pendedahan, tunggu dan lihat.






  Cuba korang lihat dari tulisan ayat-ayat yang aku besarkan itu, jelas sekali bercanggah dengan laporan yang disiarkan dalam kenyataan media lain. Laporan yang gua petik dari Sinar Harian juga berbeza dengan  laporan yang  diputarbelitkan Keadilan Daily.
Amat berbeza sekali dengan kenyataan yang dikeluarkan Sinar Harian, baca dibawah:

SHAH ALAM - Pandangan yang dikeluarkan berkaitan campur tangan menteri dalam soal Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya untuk menasihati dan mengingatkan bahawa sekiranya ia tidak dibendung akan membawa "rosak", demikian reaksi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini.
Sehubungan itu kata Musa, beliau tidak mahu niatnya disalahertikan oleh mana-mana pihak.
Bercakap kepada Sinar Harian Online, Musa berkata, campur tangan dalam urusan operasi polis oleh pihak atasan misalnya akan menyebabkan reputasi PDRM terjejas.

Menurut Musa, memang tidak menjadi kesalahan untuk Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara.

"Campur tangan dari segi pentadbiran itu memang tanggungjawab dia, tetapi jangan lah campur tangan dalam hal-hal buat kerja polis. Campur tangan dalam operasi polislah, macam-macamlah. Operasi tak boleh (campur tangan), pentadbiran tidak apa sebab dia (Menteri Dalam Negeri) Pengerusi Suruhanjaya Polis," jelas beliau.

Ditanya mengapa baru sekarang beliau mahu menyuarakan perkara ini dan sama ada baru sekarang berlakunya campur tangan dalam pentadbiran polis di negara ini, Musa berkata:
"Dulu tak kerap berlaku begini. Dulu tak ada saya rasa. Masa Menteri Dalam Negeri yang lama-lama kita tak pernah (dengar) jadi begini. Tapi yang baru-baru ni lah."

Jadi, Persoalan yang timbul disini, Jelas Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) hanya   menegur tindakan Menteri Dalam Negeri (KDN) yang dilihat turut mencampuri urusan pihak polis.Bila dipersoal wartawan, kenapa tidak dedahkan dahulu tetapi dedahkan sekarang?? Jelas tindak balas yang diberikan, dulu tak kerap berlaku.

Lihat semula ayat ini Masa Menteri Dalam Negeri yang lama-lama kita tak pernah (dengar) jadi begini. Tapi yang baru-baru ni lah."

Dalam pada itu, PKR melalui suaranya Keadilan Daily turut mencampur adukkan soal Deepak  dalam hal ini, Jelas sekali PKR bermain sentimen dan seringkali memutar belitkan fakta 

Musa Hassan dilihat hanya menegur beberapa kepincangan yang berlaku diantara KDN dan urusan pihak polis, namun tiada langsung kaitan dengan  serangan fitnah pemimpin UMNO!


Itulah dia Pakatan Rakyat, hanya pandai memutar belitkan fakta, PAS, PKR & DAP sama saja kaki penipu.!

Macam ni nak perintah negara?? Belum Perintah dah pandai buat Fitnah, nanti kalau dah perintah bertambahberlambaklah FITNAHNYA.! 




1 MALAYSIA TOLAK FITNAH PAKATAN RAKYAT.!!

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya