Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Friday, 27 January 2012

Fakta !!! Janji Pakatan Rakyat pada PRU 12 belum tertunai.!!




Pada PRU 12 yang lalau. Pakatan Rakyat berjaya menawan 5 negeri.
tetapi dalam masa yang sama. PR masih belum menunaikan janji2nya.


Antaranya dibawah ini.


Urustadbir Berwibawa
* Memastikan semua pemimpin bersih dari rasuah (dalam proses)
* Menyiasat penyelewengan pentadibiran tanah dan sumber negeri (dalam proses )
* Menghentikan projek-projek pembaziran dan rugi (menghentikan ditukar kepada menyambung)
* Memastikan ketelusan pentadbiran negeri (dalam proses - agaknya )
* Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan (menghentikan ditukar kepada menyambung)
* Melarang ahli-ahli Exco terlibat dalam perniagaan (dalam proses)

Sosial dan Kebajikan Rakyat
* Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor (belum laksana)
* Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yg dihantar ke nurseri (belum laksana)
* Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bg pendidikan pra-sekolah (belum laksana)
* Membri hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yg mendapat tawaran ke Universiti (belum laksana)
* Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor (diteruskan)
* Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga (belum laksana)
* Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia (belum laksana- buat ladang babi dulu)
* Mencarum takaful bernilai RM2500 untuk warga emas,org kurang upaya dan anak yatim (belum laksana)
* Memberi elaun ibu tunggal yang layak (belum laksana)
* Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga (belum laksana) sepenuh masa anak-anak kecil mereka (belum laksana)
* Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri ( belum laksana- buat ladang babi dulu)
* Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam (belum laksana)

Kesihatan Rakyat
* Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin ( belum laksana)
* Memberi 14 hari cuti kepada suami yg isterinya bersalin (belum laksana)
* Memberi sebulan cuti kepada wanita yg kematian suami (belum laksana)
* Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 thn ke atas (belum laksana )


Ekonomi Rakyat
* Menyediakan premis perniagaan yg cukup ( belum laksana RM100juta untuk ladang babi dulu )
* Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda (belum laksana)
* Memberi galakan kepada belia dan wanita muda dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama (belum laksana)
* Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10% ( belum laksana)
* Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bg 20 meter padu pertama setiap bulan (dilaksana bulan jun)
* Menjalankan program bg membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yg lebih tinggi di atas garis kemiskinan (belum laksana)
Keselamatan Rakyat
* Menguatkusakan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bg mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir (belum laksana)
* Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan (belum laksana )
* Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita ( belum laksana - mula dengan projek Rm100 juta kandang babi dulu)



Korang nilailah sikap Pakatan Rakyat sendiri yang hanya tahu janji kosong..

Bukti Anwar menyokong Amerika menyerang Iraq.!



  Di Amerika, Anwar disambut Pengerusi CFR

Sejurus sampai di New York, pada 25 September 09, Anwar disambut olehRichard Haas, Pengerusi Council on Foreign Relation (CFR)
Siapa Richard Haass ? Richard Haass adalah berbangsa Yahudi yang mempunyai perkaitan darah dengan keluarga Rockeffeler, Amerika Syarikat. Semasa Presiden Bush (Republikan) memerintah Amerika Syarikat, Richard Haass adalah Pengarah Perancangan Dasar untuk Jabatan Negara Amerika Syarikat (2001-2003)
Ketika Iraq diserang , Richard Haas bertugas Pengarah Perancangan Dasar Jabatan Negara dan Senior Fellow di CFR. Ketika itu, dia juga merupakan penasihat utama kepada Setiausaha Negara, Colin Powell, yang menentukan dasar-dasar luar Amerika Syarikat. Bermakna di tangan ‘penasihat Collin Powell’ lah serangan ke atas Iraq wajar atau tidak.
Iraq diserang pada 20 mac 2003. Bermakna atas nasihat Richard Haas lah faktor utama Iraq diserang. Pelaksana serangan ke atas Iraq dilakukan oleh Paul Wolfowitz (Yahudi) yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat(2001-2005).
Sebab itu, web wake-up-america.net, menyenaraikan nama Richard Haass dan Paul Wolfowitz sebagai dua daripada 42 Yahudi neocons Amerika yang bertanggungjawab membuat keputusan serangan ke atas Iraq. Klik di sini
                                               

Perang Iraq yang berslogankan ‘Operation Iraqi Freedom’ (Operasi Kebebasan Rakyat Iraq) itu telah mengorbankan lebih 1.2 juta nyawa [kajian daripada independent polling agency pada September 2007] dan lebih 5 juta kanak-kanak Iraq menjadi anak yatim [kajian kerajaan Iraq pada Disember 2007]. klik di sini

Anwar Ibrahim ketika itu berada di penjara Sungai Buloh (1999-2004) turut memberi ‘saham’ menyokong serangan ke atas Iraq. Dia menulis satu rencana yang diterbitkan oleh Majalah Time (milik CFR) dan International Herald Tribune (milik CFR) pada 11 Oktober 2001 yang menuduh Mohamad Attadan Osama ben Laden sebagai pengganas yang mengebom WTC (World Trade Centre). Klik di sini
 Tuduhan Anwar ini merupakan tuduhan paling jahat ke atas dunia muslim, kerana sehingga ke hari ini, Amerika Syarikat gagal memberi bukti siapakah pihak pengebom WTC yang membunuh beribu-ribu rakyat Amerika itu.
Dalam rencana itu juga Anwar menyuntik nilai kebencian rakyat Amerika Syarikat kepada Malaysia dengan mengatakan kerajaan Malaysia mengawal media untuk menyemarakkan sentimen kebencian dan meletakkan kesalahan kepada Amerika Syarikat.
           
Tulis Anwar, “One is therefore perturbed by the confusion among Muslims who responded to the attack with a misplaced diatribe against the United States. In Malaysia, the government-controlled media have been deployed to stir anti-American sentiments, while members of the political elite use a different language for international diplomacy” Klik di sini
Sudah tentu tulisan Anwar ini mudah difahami mesejnya bahawa dia meletakkan dirinya sebagai penentang ‘terorisme’ (pengganas Islam). Dia menyalahkan Mohamad Atta dan Osama Bin Laden sebagai terorisme (walaupun tidak bukti yang mensabitkan kesalahannya) dan dia menyalahkan kerajaan Malaysia kerana bersimpati kepada dunia Islam, sedangkan Anwar adalah satu-satu individu yang bersimpati kepada Amerika Syarikat.
Semestinya tulisan Anwar yang membodek Amerika ini amat disukai oleh Yahudi neocons Amerika (seperti Paul Wolfowitz) yang sememangnya merancang menjadikan ‘kemusnahan WTC’ sebagai faktor pendesak serangan ke atas Iraq yang dianggap sarang kepada ‘terorisme’.

Pertemuan Munich, 2004 – Anwar dilantik Diplomat Jemputan CFR, New York
Sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2 September 2004 kerana berjaya dalam rayuan terakhir kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan, Anwar terus berangkat ke Munich, Jerman untuk menjalani rawatan sakit belakang. Sebelum ini, pada 8 Ogos 2000, Anwar telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar. Hukuman itu diputuskan oleh Hakim Datuk Arifin Jaka. Klik di sini
Antara tetamu penting yang melawat Anwar di Munich adalah Paul Wolfowitz, ketika itu menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dan ahli CFR.
Peter J. Boyer, wartawan The New York Yorker menulis satu rencana khusus bertajuk “The Believer – Paul Wolfowitz defends his war” [klik di sini] menceritakan kesibukan Wolfowitz di Amerika, tetapi tetap meluangkan masa untuk melawat rakan karibnya, Anwar Ibrahim, di Munich.
“…Pada malam 5 Oktober 2004, sekumpulan pelajar-pelajar Poland, profesor-profesor, pegawai tentera, dan pegawai kerajaan penuh sesak kepada sebuah auditorium kecil di Warsaw University untuk mendengar Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Defense, memberi ceramah berkenaan perang di Iraq ..”
Penulis sendiri mengakui, pada masa itu merupakan hari-hari yang memenatkan Paul Wolfowitz, kerana dia terpaksa melobi semua pihak termasuk di London untuk bersetuju dengan Amerika Syarikat berkaitan dengan peperangan ke atas Iraq. Dan dalam sama Wolfowitz terpaksa melobi kepada pihak Jerman untuk turut serta dalam peperangan itu.
Dalam perjalanan ke Jerman, penulis menggambarkan Paul Wolfowitz berhenti di Bandar Warsaw untuk melawat Memorial Umschlagplatz, satu memorial peringatan untuk ratusan ribu orang Yahudi Warsaw yang terkorban semasa pemerintahan Nazi, Jerman. Bapa Wolfowitz, Jacob Wolfowitz, dilahirkan di Warsaw, tetapi terselamat dari peristiwa ‘holocaust’ itu. Penulis menggambarkan, Wolfowitz benci kepada ‘holocaust’ sejak dari kecil lagi.
“…Dalam Perjalanan ke Poland, Wolfowitz membuat satu hentian di Munich, di mana beliau telah bertemu dengan dua lelaki yang telah membantu untuk membentuk pandangan Islamnya. Seorang daripadanya adalah Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang berada di Jerman untuk rawatan perubatan…”
Penulis turut menggambarkan betapa akrabnya hubungan Wolfowitz dan Anwar Ibrahim yang telah dikenali sejak dari zaman pelajar lagi. Penulis menukilkan Anwar sebagai;

“…Bagi Wolfowitz dan pihak Barat lain, Anwar adalah jelmaan ‘Islam Moderat’, toleran, dan bercita-cita menggerakkan negaranya ke arah dunia moden…”
“…Selepas sahaja serangan WTC, 11 September, Anwar Ibrahim, yang ketika itu masih dalam penjara Malaysia, menulis satu rencana mengutuk dengan lantang serangan-serangan (teroris Islam) sebagai satu kebencian dan meratap kegagalan dunia Islam untuk memberi perhatian terhadap “penderitaan yang menyusahkan rakyat Islam di Iraq yang dilakukan oleh diktatornya (Saddam Hussein)…” Klik di sini
Gus Dur (Abdurrahman Wahid)yang turut serta dalam pertemuan bersejarah Anwar-Wolfowitz itu turut menulis di laman webnya, www.gusdur.net, tentang intipati pertemuan itu.
“…Karena itulah, penulis (Gus Dur) beranggapan pertemuan Paul D. Wolfowitz dan Anwar Ibrahim sangat penting. Bahwa penulis turut serta dalam pertemuan itu, juga menjadikannya sesuatu yang bernilai tinggi”.
“….Penulis (Gus Dur) dan Paul Wolfowitz sama-sama beranggapan, bahwaposisi Anwar Ibrahim, sama seperti Saad al-Din Ibrahim, yang meringkuk bertahun-tahun di penjara Kairo, Mesir, harus dijaga sebagai salah satu tokoh Muslim moderat…”
Apakah yang ingin digambarkan oleh Gus Dur berkenaan tugas penting yang diarahkan oleh Paul Wolfowitz kepada Anwar itu ? Gus Dur menggambar seperti berikut;
“….Penulis (Gus Dur) memperkirakan ia (Anwar) akan menjadi tokoh kunci dalam perkembangan dunia Islam…Tampak bahwa cukup besar keinginan orang-orang muda muslimin, berbuat dengan sungguh-sungguh untuk menunjukkan bahwa Islam dapat menjadi moto kehidupan secara formal…”
“…“Di sinilah terletak posisi istimewa dari tokoh seperti Anwar Ibrahim. Karena posisinya yang unik itu, Anwar Ibrahim dapat saja menjadi “juru penengah”…”
Pendedahan Gus Dur ini tentunya memeranjatkan ramai pihak, kerana Anwar Ibrahim telah bersetuju menerima arahan daripada Paul Wolfowitz untuk menjadi ‘juru penengah’ dalam dunia Islam yang bercita-cita untuk menubuhkan Negara Islam.
Bermakna, Gus Dur telah mengesahkan bahawa Paul Wolfowitz telah memberi ‘lesen’ kepada Anwar menjadi wakil Amerika ke atas dunia Islam. Duta (tidak rasmi) Amerika-Dunia Islam yang diberikan oleh Wolfowitz itu mengesahkan bahawa Anwar telah dilantik sebagai anggota diplomat jemputan CFR.




Perang Iraq- Apa komen Anwar, diplomat Jemputan CFR ?

Video di atas adalah ucapan Anwar, diplomat Jemputan CFR dalam program ‘US Islamic World Forum di Doha, Qatar pada 10-12 April 2005, anjuran The Brookings Institution & The Saban Center For Midddle East Policy.
Kata Anwar, “..Angin perubahan daripada autokrasi(kuku besi) kepada demokrasi telah bertiup merentasi pelbagai sempadan dalam dunia Islam..Perang Iraq, walaupun dicemari pelbagai kontoversi (tetapi) telah menghasilkan pilihanraya demokrasi pertama untuk negara itu (Iraq)…”
“…Dalam hal ini, saya ingin katakan bahawa, walaupun pada prinsipnya, saya menentang peperangan tetapi saya terpaksa mengalah kepada suara kebebasan di Iraq, tidak dapat dibendung selepas penindasan dan paksaan yang dilakukan (oleh Sadam Hussein) selama berdekad-dekad..”
“… Saya berani katakan, jika sekiranya diberi peluang kepada dunia islam, bukan sahaja di Iraq, tetapi seluruh dunia Islam akan bersetuju untuk menikmati demokrasi (walaupun melalui peperangan)…”
Berdasarkan ucapan di atas, jelaslah Anwar bersetuju peperangan di Iraq atas nama demokrasi. Anwar hanya menyatakan pada prinsipnya dia menentang peperangan, tetapi hujah-hujah seterusnya Anwar menyatakan kesetujuannya ke atas peperangan itu. Tidak dinyatakan hujah kenapa dia menentang peperangan, tetapi dinyatakan secara panjang lebar sebab-sebab persetujuan peperangan itu, semuanya untuk ‘kebebasan’, ‘pilihanraya demokratik’, dan ‘Iraq ditindas dan ditekan oleh pemimpin kuku besi, Sadam Hussein’.
Sebab itu, sebulan kemudian, apabila Anwar dijemput oleh Stephen Sackurdalam rancangan HardTalk, BBC, pada 10 Mei 2005, pengacara itu tidak percaya Anwar menenatang perang Iraq.
Anwar berkata dia menentang peperangan di Iraq, tetapi dia bekerja dengan Paul Wolfowitz yang merencanakan peperangan ke atas Iraq. Stephen Sackur mengasak Anwar sebagai penyokong zionisme dan neocons. Anwar cuba nafikan, tetapi penafian Anwar tidak memuaskan hati Stephen Sackur menyebabkan dia menegaskan bahawa Anwar adalah adalah penyokong utama Paul Wolfowitz.
Apabila Anwar diajukan dengan serangan sebagai penyokong Wolfowitz daripada Stephen Sackur, menyebabkan Anwar tergamam dan tergagap-gagap untuk menjawabnya. 

Anwar Ibrahim adalah Diplomat Jemputan CFR, New York (klik di sini). The Brookings Institution pula adalah salah satu badan pemikir CFR yang ditaja olehRockefeller(Yahudi). Manakala Anwar pula merupakan Kumpulan Penasihat Antarabangsa Brooking Institution. Klik di sini dan Klik di sini.
Presiden CFR adalah Richard Haass(Yahudi), yang telah menyambut lawatan Anwar ke Amerika Syarikat baru-baru ini. Richard Haass pula Naib Presiden, The Brookings Institution. Klik di sini
Jadi semakin jelas, Anwar memang termasuk dalam lingkaran Yahudi CFR, bermula dari Institut Brookings (berjawatan penasihat antarabangsa), badan pemikir CFR (Anwar berjawatan Diplomat Jemputan CFR, New York), kemudian CFR yang ditaja oleh keluarga Yahudi terkaya di Amerika Syarikat, Rockefeller.
Brookings Institution pula adalah badan pemikir pro parti Demokrat, Amerika Syarikat. Diasaskan oleh Robert Brookings(Yahudi). Presiden institut itu sekarang ini adalah Strobe Talbott ,(Yahudi) bekas Timbalan Setiausaha Negara semasa pemerintahan Presiden Bill Clinton. Klik di sini
Pihak Israel tidak begitu berpuas hati dengan peranan Brookings Institution yang dilihat tidak begitu pro Israel, lalu seorang jutawan Yahudi Amerika bernama Haim Saban telah menderma sebanyak $13 million kepada institut itu untuk menubuhkan satu unit penyelidikan khusus yang dinamakan Saban Center for Middle East Policy.
Martin Indyk (Yahudi), bekas pentadbir kerajaan Amerika semasa Presiden Clinton (Demokrat) yang pro- Israel dilantik sebagai Pengarah Saban Center for Middle East Policy. Dia juga terlibat dalam organisasi lobi Israel di Amerika Syarikat yang dinamakan AIPAC (The American Israel Public Affairs Committee).
ANWAR LINGKARAN YAHUDI CFR
Keterangan ini lebih jelas menunjukkan semua instrumen Yahudi Amerika telah melingkungi dan mengikat Anwar untuk melaksanakan misi demokrasi Yahudi di Timur Tengah. Projek ‘Demokrasi Islam’ yang dilaung-laungkan Anwar adalah sambungan lidah Yahudi yang berselindung di sebalik wajah Anwar. Klikdi sini
Sebab itu apabila Anwar mencatatkan di blognya pada 28 September 2009,[klikdi sini] bahawa dia kesibukan dalam acara di New York dan Florida untuk mencari pendekatan baru Presiden Obama ke atas dunia Islam, sebenar retorik untuk menyeronokkan para penyokong Anwar di Malaysia.
Sebenarnya Anwar telah menemui ramuan baru pendekatan ke atas dunia Islam itu ketika Anwar, Zainah Anwar dan rakan-rakan CSID (Center for the Study of Islam & Democracy) menghantar surat kepada Presiden Obama pada 10 mac 2009.
Kandungan surat itu;
…Untuk tempoh yang lama, dasar Amerika di Timur Tengah telah dilumpuhkan dengan ketakutan terhadap parti-parti Islam yang akan mengambil alih kuasa. Sesetengah ketakutan ini munasabah dan difahami ; ramai pejuang Islam menyokong dasar- dasar yang tidak liberal….
…Mereka (parti-parti Islam sepatutnya) perlu lebih berusaha untuk menunjukkan komitmen mereka kepada hak-hak wanita dan minoriti agama, serta kesanggupan mereka untuk bertoleransi terhadap perselisihan pendapat…..
..(Tetapi) Dalam kebanyakan negara, termasuk Turki, Indonesia dan Maghribi, hak untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya agak kredibel dan terbuka, juga mempunyai parti Islam yang moderat serta mempertingkatkan komitmen mereka kepada norma-norma demokratik.(Bila parti Islam dimoderatkan/liberalkan barulah menepati ciri demokrasi contohnya Indonesia dan Turki)…
….Mempromosikan demokrasi di rantau tersebut (Timur Tengah) akan memberikan peluang kepada parti liberal dan sekular untuk memantapkan diri mereka serta menghubungkan idea mereka kepada orang ramai, selepas penindasan selama berdekad-dekad yang menyebabkan mereka lemah dan dipinggirkan…
…(Perlunya Presiden Obama menumpukan demokrasi di Timur Tengah) untuk memberikan mesej kepada bangsa Arab dan dunia Muslim bahawa Amerika Syarikat akan menyokong semua pejuang kebebasan (beragama), demokrasi, dan hak asasi manusia
…Sebagai penutup, kami menulis surat ini untuk meningkatkan kepercayaan kami yang mendalam bahawa sokongan terhadap demokrat dan demokrasi di Timur Tengah bukan untuk kepentingan di dalam rantau tersebut, tetapi juga kepada Amerika syarikat….
…Mungkin yang lebih penting, apa yang kami lakukan terhadap isu kritikal ini akan mendedahkan tentang betapa hebatnya kekuatan idea demokratik Amerika di dalam era ini kita akan menentukan untuk menghormati dan mengamalkannya (demokrasi) di Timur Tengah…..
Membaca kupasan lengkap surat Anwar kepada Presiden Obama, sila klik di sini
Bermakna ketika ini, ketika Anwar masih berada di Amerika Syarikat, dia mencatatkan perkembangannya di sana dengan mengatakan,…”Sekitar 25 peserta berhimpun di White Oaks, kawasan hutan simpanan berhampiran Jacksonville, Florida dalam wacana khas mengenai pendekatan baru Presiden Barack Obama dengan dunia Islam…Selain wakil pentadbiran Obama, Senat dan Dewan Perwakilan, Amerika diwakili institusi saperti Brookings, Middle East Institute dll. yang aktif mengendali program di negara Islam..” mengesahkan peranannya sebagai Diplomat Jemputan, New York.

Friday, 20 January 2012

Memori: Anwar dalang perlembagaan baru?



                                           


Mufti Perak,Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di sini, di Ipoh baru baru ini mendedahkan bahawa telah wujud cubaan untuk merangka perlembagaan baru..
Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang telah dijamin dalam Perlembagaan Malaysia sekarang.
Kenyataan Harussani tersebut telah menyebabkan beliau diserang bertubi-tubi oleh pelbagai pihak khususnya disebelah parti pembangkang menafikan wujudkan dakwaan Tan Sri Harussani tersebut.
Namun peliknya secara tiba-tiba semalam Nurul Izah anak kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berkuasa Iaitu Anwar Ibrahim mengatakan

adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.” Rujuk sini.


Kenyataan Nurul Izah itu seolah-olah membawa maksud bahawa perkara 153 yang melibatkan hak istimewa orang Melayu itu adalah sudah tidak relevan lagi di laksanakan di Malaysia pada hari ini.
Khalifah Umar Al Khatab sewaktu membuka Negara Parsi di katakan juga telah memberi perlindungan kepada penduduk asal Parsi.
Dikatakan sewaktu Parsi menerima islam, kebanyakkan orang Arab yang pergi ke Parsi untuk berdakwah dan berdagang adalah orang-orang kaya dan berharta. Manakala ramai penduduk Parsi pula yang miskin dan ramai yang telah menjual tanah mereka kepada hartawan-hartawan Arab.


Pada pandangan Saidina Omar, sekiranya dibenarkan orang-orang kaya Arab membeli tanah orang Parsi, nanti habis orang parsi tidak bertanah. Saidnia Omar lalu membuat satu peraturan. Orang-orang Arab yang kaya dilarang membeli tanah orang Parsi. Tujuannya ialah untuk melindungi tanah orang Parsi tidak terjual kepada hartawan Arab.


Bagi Mantan Presiden PAS peruntukan hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan Malaysia adalah sama dengan peruntukkan yang dibuat oleh Saidina Omar kerana ia menjamin kepentingan penduduk asal tempatan khususnya yang kurang berkemampuan.


Menurut Ustaz Fadzil Noor lagi larangan tanah dijual kepada Arab itu adalah satu perlindungan kepada hak Parsi . Inilah hak istimewa Parsi. Sekiranya Saidina Omar tidak mengadakan peraturan itu. Nescaya habis tanah orang Parsi dibolot oleh saudagar Arab dan ekonomi Parsi dikuasai bangsa pendatang.
Sementara itu menurut maklumat yang diketahui, perbincangan pertama untuk merangka perlembangaan baru itu dikatakan dilakukan di Institut kefahaman dan Tamadun Islam ISTAC, sebuah pusat kajian islam UIA.
Difahamkan kumpulan yang pro kepada Anwar Ibrahim dikatakan terlibat dalam usaha merangka perlembagaan baru tersebut.


Di Istac sehingga kini dikatakan antara kumpulan yang masih setia dengan Anwar Ibrahim ialah
Profesor Osman Bakar. Beliau dikatakan intim dengan Anwar Ibrahim 
semenjak dari zaman ABIM hinggalah sekarang. Beliau merupakan panel pemikir Anwar dan panel pemikir think tank Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD).


Malah sebelum Anwar menjadi pensyarah pelawat di CMCU di Georgetown University,Osman Bakar pernah mengisi jawatan tersebut.
Sebagai pemuja kepada idea orientalis barat, Osman Bakar seperti Anwar Ibrahim seolah-olah terpengaruh dengan idea penyosangan pemikiran islam bawaan barat di Universiti tersebut.
Semasa menjadi Ketua Jabatan Pengajian Islam di Georgetown Universiti beliau pernah mengeluarkan kenyataan “The United States is the freest country in the world. Historically, Islam flourishes in a society where there’s freedom”


Seolah-olah meletakan segalanya ada di bumi Amerika menyamai fungsi Kota Mekah bagi umat islam.
Oleh itu kenyataan Tan Sri Harussani berkaitan perlembagan baru ini ada asasnya jika kita mengaitkan dengan beberapa scenario di atas. Oleh yang demikian dapat dikatakan kerangka perlembagaan baru ini sebenarnya dibawa oleh Anwar Ibrahim melalui kumpulannya bagi menjayakan usaha slogan harapan baru Parti Keadilan Rakyat.


Bagi Anwar perlembagaan sedia ada terlalu dekat dengan kerajaan sedia ada-oleh itu suatu kaedah baru perlu dirangka untuk mematikan nostalgia rakyat Malaysia terhadap kejayaan kerajaan pemerintahan sedia ada.
Salah satunya ialah merangka perlembagaan baru dan ini juga yang telah dirangka oleh Kamal Atarturk dalam usaha menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II Bani Uthamaniyah Turki suatu ketika dahulu hingga akhinya runtuh satu system pemerintahan terbesar kerajaan di dunia islam hingga menyebabkan lahirnya sebuah Negara haram Yahudi Israel di tanah umat islam Palestin.


Berdasarkan senario ini adakah Pulau Pinang yang sebelum ini pernah ada penempatan Yahudi akan menerima nasib yang sama seperti mana bumi Palestin gara-gara-perlembagaan baru yang dirangka Anwar Ibrahim, dan rakyat Malaysia akan menerima kehilangan sistem institusi kesultanan yang meletakan islam sebagai perkara tertinggi dalam perlembagan sebagaimana rakyat Turki pada hari ini.?

Wednesday, 18 January 2012

Undang2 negara dianggap lapok kerana tidak menyokong hak Kaum Sejenis-Anwar

 Dalam mengulas isu Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pendapat Raja Petra Kamaruddin (RPK), Human Rights Watch (HRW) dan kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Trangender (LGBT) hampir senada.
 PKR hari ini cuba mempertahankan ketua umumnya Anwar Ibrahim daripada dakwaan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti atau hubungan sejenis di negara ini.
Menggesa agar undang-undang yang bertentangan dengan Islam mengenai isu itu dikaji semula.
Kata PKR lagi Anwar Ibrahim tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).

Jom kita lihat semula kenyataannya ketika wawancara bersama BBC

Rujuk minit 1:53 -3:01 video di atas.

Soalan Wartawan BBC : “Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?”

Jawapan Anwar : “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami, orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum.

“Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula…kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.

Soalan wartawan BBC jelas bertanyakan Anwar tentang persoalan gay dan sekatan undang-undang. Soalan ini ditanya rentetan kes liwat Anwar di mahkamah yang diputuskan hakim dengan ‘dibebaskan’ dan ‘dilepaskan’ daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Justeru itu wartawan bertanyakan Anwar, apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay ?
Apakah PKR sudah kelam kabut apabila Ketua Umumnya menyokong homoseksual.??
Dimana perginya Hadi Awang? Nik Aziz??

Mari kita kupas isu ini satu persatu.
1) Pendapat Raja Petra tentang Anwar ??

 
 "Jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh. Anda boleh jadi menteri dan gay sekali gus. Di Malaysia, anda kena pilihlah.
“Anda nak jadi gay, teruskan. Saya tak ada masalah tapi anda nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, dah tentu di Malaysia tak boleh.
“Walaupun bukan gay, tapi kalau anda tinggal dengan wanita lain bukan isteri, ia juga tidak diterima. Kalau nak jadi Perdana Menteri, anda tidak boleh begitu. Kena pilih salah satu”, 


2)LGBT – Pencabulan Hak Asasi Seksual Minoriti


Ketika Anwar dituduh melakukan aktiviti liwat II, kumpulan LGBT Malaysia merupakan kumpulan pertama yang berkempen membela Ketua Pembangkang.
Pada 1 Julai 2008, kira-kira hampir seminggu kes liwat II terbongkar, kumpulan LGBT Malaysia menggerakkan satu kempen mendapatkan sokongan tanda tangan untuk menyokong Anwar IbrahimAgak luar biasa tindakan LGBT itu kerana mereka bertindak membela pemangsa dan bukannya mangsa.

Mereka menggangap amalan seks merupakan hak setiap individu yang perlu dihormati.

Seperti pendapat HRW, LGBT juga mempertikaikan soal perundangan terutamanya Seksyen 377A dan 377B yang melarang setiap individu melakukan aktiviti seks di luar tabie.
Menurutnya, undang-undang seumpama ini bersifat mendiskriminasi dan melanggar Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang menyatakan bahawa tiada siapa yang harus didiskriminasi di atas apa-apa pun alasan.
                          

Pada bulan Ogos 2003, mereka telah mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Suhakam) mendesak agar ditamatkan diskriminasi dan keganasan terhadap LGBT dan menuntut agar dipenuhi tiga perkara:
Pertama; menuntut agar menghormati hak asasi manusia semua rakyat, termasuk LGBT, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.


Kedua, menuntut agar dimansuhkan semua undang-undang jenayah berkaitan tingkah laku seksual di kalangan saling dewasa yang bersetuju atau melakukan aktiviti seks atas dasar suka sama suka.
Ketiga, melarang media daripada memaparkan isu-isu LGBT secara tidak adil yang disifatkan sebagai mendiskriminasi kelompok tersebut.


Ambiga merupakan salah seorang yang pegerusi Bersih juga dilaporkan melancarkan program anjuran kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) itu pada 9 November 2011, jam 8 malam di The Annexe Gallery, bersebelahan Central Market, Kuala Lumpur.Lihat disini  



Perayaan LGBT Malaysia (Seksualiti Merdeka) bermula pada Ogos 2008, iaitu sejurus Pakatan Pembangkang pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menang besar dalam Pilihanraya Umum ke-12.


Sambutan perayaan LGBT itu mendapat inspirasi daripada perayaan tahunan LGBT Singapura, IndigNation, di mana 4 aktivis LGBT Malaysia, Pang Khee Teik, Jerome Kugan, Jac SM Kee dan Farish A. Noor dihantar ke negara tersebut untuk menimba pengalaman.

Seksualiti Merdeka mendapat sokongan utama daripada The Annexe Gallery dan kumpulan LGBT Malaysia serta sokongan padu daripada Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, KRYSS, Purple Lab, Matahari Books, Amnesty International dan beberapa NGO lain.


Selain 4 individu di atas, Seksualiti Merdeka turut menyebut beberapa nama lain yang menggerakkan organisasi itu antaranya; Shanon Shah, Tan Beng Hui dan Toni Kasim.



Pada Mei lalu, dalam online chat anjuran Yahoo Malaysia, Anwar ditanya pendiriannya tentang masa depan LGBT Malaysia, jika berjaya menawan Putrajaya dengan adanya PAS bersama dalam pakatan tersebut.Anwar menjawab beliau tidak akan mendiskriminasikan hak asasi mana-mana pihak.
Dakwanya PAS tidak menjadi masalah dalam perkara tersebut.
                
                                  


 Lihat disini program bersama Yahoo Malaysia


“Kita mengiktiraf kepentingan keluarga dan institusi perkahwinan. Tetapi kita tidak perlu terlalu menggangu (kehidupan peribadi individu) atau mendiskriminasi hak orang lain. Jawapannya adalah melalui proses pendidikan dan PAS menerima pandangan ini,” katanya.


       


Jawapan Anwar itu menarik minat kumpulan LGBT yang turut membahaskan jawatan Ketua Pembangkang itu di kalangan kumpulan mereka.


“Ia adalah baik untuk mengatakan kita tidak harus mengganggu atau mendiskriminasi, tetapi hakikatnya (ia) tidak akan berhenti (setakat) gangguan dan diskriminasi sehingga kita meletakkan dasar-dasar yang baik di tempatnya,” kata Pang Khee Teik pengasas bersama Seksualiti Merdeka.


Katanya lagi, dia juga mengiktiraf kepentingan keluarga dan institusi perkahwinan, tetapi dalam masa sama institusi keluarga juga harus mengiktiraf LGBT untuk mendapatkan hak-hak mereka dalam masyarakat.



Grace Poore dalam satu rencananya kepada NGO IGLHRC menyeru kepada kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) Malaysia agar menyokong Anwar Ibrahim dan partinya, Parti Keadilan Rakyat demi untuk menjamin kebebasan kumpulan tersebut di negara ini.


                
                     Link: http://www.iglhrc.org/cgi-bin/iowa/article/takeaction/partners/238.html


Sebagai seorang lesbian yang lahir dan membesar di Malaysia, Grace Poore juga turut aktif sebagai Penyelaras Serantau Asia dan Kepulauan Pasifik IGLHRC (The International Gay and Lesbian Human Rights Commission), sebuah NGO LGBT yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat (AS).


Anwar Ibrahim secara terbuka menyatakan dalam Twitternya bahawa beliau tidak bersetuju untuk menghalang Seksualiti Merdeka. Lihat laman twitternya kenyataannya  pada 3 November 2011.
         







 3) Kumpulan pro Gay Philipines sokong Anwar
                     
   Kenyataan ProGay disiarkan dalam tempo.com.ph pada 11 Januari.Selaras dengan keputusan mahkamah itu, organisasi gay yang terbesar dan tertua di Filipina itu menyeru agar undang-undang yang menyekat kebebasan aktiviti liwat di Malaysia iaitu 377 Kanun Keseksaan perlu dihapuskan kerana dianggapnya sudah ketinggalan zaman.
“Kami bersama-sama pergerakan individu demokratik yang lain meraikan kejayaan Anwar menentang penganiayaan terhadapnya,” kata Oscar Atadero, pegawai hak asasi manusia pertubuhan pembela kaum gay itu.
Dibaca dari kenyataan ProGay itu, boleh bermaksud kebebasan untuk melakukan aktiviti seks songsang tanpa sekatan undang-undang merupakan satu ciri demokrasi yang diperjuangkan oleh individu-individu demokratik.
“ProGay juga melihat kemenangan (Anwar) di sisi undang-undang itu sebagai langkah positif untuk hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia”



Menurut facebook ProGay-Philippines gerakan kumpulan itu bermula pada bulan September 1993 apabila sekumpulan aktivis pelajar gay telah mengenal pasti keperluan kumpulan mereka yang dianggap minoriti untuk menubuhkan satu gerakan bagi kebebasan kebangsaan dan sosial mereka (a movement for their national and social liberation).


Ia bermula di beberapa buah sekolah di Manila dan diperluaskan serta membina rangkaian dengan bahagian-bahagian lain dalam negara itu.
Kemudian, pada 26 Jun 1994, kumpulan gay ini telah menganjurkan perarakan Gay (pride parade) pertama di Asia yang dinamakan ‘Gay March’ untuk mengetengahkan isu-isu mereka berkaitan dengan kesaksamaan sosial yang mereka percaya bahawa perjuangan untuk pembebasan (liberation) gay adalah perjuangan untuk kebebasan negara (national freedom).


Kini, ProGay menjadi satu organisasi gay yang terbesar dan tertua di Filipina, bukan sekadar menjadi pembela kumpulan gay di negara itu, malah juga menjadi pembela individu gay yang tertindas disebabkan sekatan undang-undang di luar negaranya.
Pada 27 September 1998, selepas 25 hari Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, ProGay tampil mengecam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


“ProGay mengutuk rejim fasis Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang menyemarakkan kebencian anti-gay dalam serangan terhadap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Anwar Ibrahim.
“Sekali lagi, ramai orang lelaki yang cintakan keamanan, biseksual, gay, lesbian dan transgender di Asia dan di tempat-tempat lain sedang difitnah oleh kedua-dua golongan ortodoks dan moden fundamentalis ekstrim.


“Masyarakat minoriti seksual Malaysia dihancurkan oleh kombinasi jahat antara kumpulan nationalis dan fanatik agama yang tidak kena pada tempatnya”, katanya dalam kenyataan media bertajuk “We’re Here, We’re Queer, We Should Dump Mahathir!” yang berbaur emosi kemarahan melampau.
Selain membuat kenyataan media, ProGay turut mengadakan bantahan dengan berdemonstrasi di depan kedutaan Malaysia di Manila.


Oleh kerana kerana itulah dalam temuramahnya bersama BBC, Anwar mengganggap undang-undang di negara ini lapok dan hak tersebut perlu dihormati.Ini juga bertepatan dengan saranan Hassan Ali yang menggesa agar rakyat menolak Anwar dan yakin jika Anwar menjadi PM, ia akan menggubal semula akta-akta ini.


Boleh lihat semula kenyataannya yang disiarkan  disini:


4) Lihat semula kongres PKR yang membawa slogan demi rakyat.


                              


                                    

Simbol tangan terbuka adalah simbol hak asasi manusia (human rights).
‘simbol tangan’ mungkin diambil dari ‘kepak burung merpati’ yang menjadi simbol utama hak asasi sebelum ini.
                               
Kemudian, simbol burung merpati ditukar kepada simbol tangan yang digunakan secara universal sebagai simbol hak asasi manusia.


                          
‘Rights’(Hak) sama dengan’Freedom’(Kebebasan), yang bermaksud perjuangan yang bertunjangkan hak asasi manusia maknanya memperjuangkan kebebasan manusia.
Lihat perbezaan antara kedua-duanya logo ini dibawah:
                         
                       
Bukankah semuanya sama ??



Bloggers Unite for Human Rights 2009 menjelaskan lagi maksud ‘tangan-tangan yang diangkat terbuka’ itu.
Boleh lihat disini : http://www.bloggersunite.org/event/bloggers-unite-for-human-rights-2009


“Setiap individu dilahirkan dengan hak-hak dan kebebasan asas iaitu hak untuk kehidupan, kebebasan dan keadilan!”, lapor blog itu.
Blog itu menterjemahkan secara lebih jelas slogan-slogan di sebalik tangan yang diangkat secara terbuka itu iaitu ‘property‘, ‘Equality‘, ‘freedom‘, ‘justice‘ dan ‘Hope‘.


Menurut blog itu terdapat tiga badan antarabangsa yang memperjuangkan hak asasi manusia iaitu Amnesty International, Human Right Watch dan Youth For Human Rights yang kesemuanya dikaitkan dengan tajaan penyangak mata wang Yahudi, George Soros.
Slogan-slogan ini merupakan slogan yang diperjuangkan oleh Freedom Institute Indonesia dan Akademi Merdeka Malaysia.


 George Soros, juga adalah penyuntik dana kepada HRW.

Kata Soros; “HRW adalah salah satu organisasi paling berkesan yang saya sokong. Asas Hak Asasi Manusia menyokong aspirasi terbesar kami iaitu (untuk mewujudkan) masyarakat terbuka.”

5) Laporan eksklusif Anwar bersama Agence France-Presse

Wartawan Agence France-Presse turut bertanyakan soalan-soalan yang lebih sensitif berkenaan dengan aktiviti homoseksual.

Anwar menjawab; ‘hak peribadi rakyat perlu dilindungi’.Menurutnya, walaupun majoriti masyarakat Islam tidak boleh menerima amalan homoseksual, namun beliau mempersoalkan tindakan kerajaan yang dianggap zalim menggunakan undang-undang untuk menceroboh kehidupan peribadi seseorang.
“Soalannya, bagaimanakah anda menggunakan undang-undang dan mengganggu hak peribadi rakyat serta pilihan peribadi mereka sendiri?.
“Ini merupakan batas-batasnya. Saya rasa jika rahsia peribadi individu didedahkan mungkin tidak menyenangkan, tetapi saya fikir undang-undang (berkaitan homoseksual) perlulah dipinda.
“Isunya adalah pencerobohan ruang peribadi individu, dan oleh itu, kita perlu meminda (undang-undang) bagi memastikan undang-undang tersebut tidak digunakan kumpulan-kumpulan keterlaluan yang berusaha memesongkan pendapat-pendapat atau nilai-nilai mereka di luar skop undang-undang.
“Jadi saya menyarankan agar dibuat hukum umum terhadap homoseksualiti. Saya fikirkan (juga) kaitan dengan ajaran-ajaran Islam dan amalan budaya rakyat Malaysia. (namun) Saya fikir, kita perlu ingat bahawa pencerobohan rahsia peribadi individu itu adalah sesuatu perkara yang perlu dinilai semula”, katanya.
Laporan eksklusif Anwar bersama Agence France-Presse turut disiarkan International Herald Tribune dan Sodomy Laws.
Ketika ditanya lanjut berkenaan tuntutan perkahwinan sejenis oleh kumpulan hak asasi manusia di Barat, Anwar berkata meskipun beliau seorang liberal tetapi tuntutan perkahwinan sesama jenis agak keterlaluan.
“Perkahwinan gay terlalu jauh sedikit,” katanya. “Saya seorang yang liberal dalam banyak perkara tetapi saya fikir perkahwinan gay agak sedikit jauh”.
Pada tahun 2007, ketika Anwar menghadiri program the Foreign Correspondence Club of Thailand (FCCT) di Bangkok, beliau ditanya lagi berkaitan dengan homoseksual
“Apakah jenis Islam yang anda anuti ? Adakah anda seorang Muslim Liberal atau progresif dan jika anda dipilih menjadi Perdana Menteri (PM), apakah yang anda lakukan terhadap isu homoseksual? Adakah anda juga akan mendiskriminasi homoseksual di Malaysia? “, soal salah seorang peserta kepada Anwar.
Menurut Susan Loone, wartawan Malaysia yang turut mengikuti program tersebut, Anwar terlalu berhati-hati menjawab persoalan itu.
“Jika saya tunjukkan sedikit toleransi, awak akan berkata..di sana..anda sudah terperangkap”
Anwar berkata beliau adalah seorang muslim “Liberal-Demokrat”.
Jika beliau menjadi PM, katanya, beliau akan memberi kebebasan kepada setiap individu melakukan haknya dan bukan menjadi tanggungjawabnya untuk menyiasat kehidupan peribadi individu tersebut.
“Anda tidak boleh menangkap orang, pukul dan paksa dia supaya dia mengaku seorang homoseksual”, katanya.Menurut Susan Loone kata-kata Anwar itu merujuk kepada kes adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dan penulis ucapannya, Dr Munawar Anees.
Jelas disini menunjukkan bahawa penglibatan Anwar Ibrahim keatas isu-isu  kebebasan suara ini amat menjengkelkan sekali.Inikah pemimpin yang ingin  di angkat oleh rakan sekutu PAS sebagai PM??Berdasarkan beberapa bukti diatas yang dikemukakan, anda diluar sana sendiri boleh memikirkan akan kesahihannya..



biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya