Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Tuesday, 28 February 2012

Lynas: Antara Fakta dan Auta?



 
Rakyat perlu tahu, kerja-kerja tanah untuk pembinaan kilang Lynas telah dibuat sebelum tahun 2009, begitu juga dengan sesi penerangan kepada kerajaan negeri dan wakil-wakil politik negeri Pahang.  Ketika itu tidak ada sebarang bantahan kedengaran daripada pihak-pihak terbabit, terutama dikalangan parti pembangkang.
Isu ini timbul semula pada Mac 2011 lanjutan daripada kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun sehingga menyebabkan kebocoran radiasi di Loji Nuklear Fukushima.  Kononnya kebocoran radiasi yang sama boleh juga timbul dari pelepasan sisa radioaktif oleh kilang Lynas Corporation.
Penulis sudah sebutkan, kilang Lynas bukanlah sebuah kilang nuklear seperti yang ditohmahkan pembangkang, kilang Lynas juga tidak sama dengan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Perak.
Semua ini adalah fakta yang tidak mampu dijawab oleh pihak pembangkang dan kumpulan penentang Lynas yang dinaungi mereka.
Hari ini penulis ingin menambah lagi beberapa fakta yang diselewengkan oleh pembangkang dan kumpulan penentang Lynas untuk pengetahuan semua pembaca agar tidak terkeliru dengannya.
1.       Lynas menyebabkan hujan radioaktif
Hujan radioaktif hanya akan berlaku jika pelepasan radionuklid  yang berkepekatan tinggi di udara, sedangkan ini tidak akan berlaku dalam Operasi Lynas kerana Penafsiran Impak Radiasi untuk senario terburuk pun menganggarkan pelepasan sebanyak 0.002mSv/tahun iaitu 500 kali ganda lebih kurang daripada Had Dos Maksimum yang dibenarkan kepada orang awam oleh AELB.   Ini dalam scenario terburuk, dalam senario terburuk, dalam keadaan biasa ia jauh lebih rendah dari itu.
2.       Lynas menghasilkan asid yang boleh mencemarkan tanah
Semua proses berkaitan dengan asid dilakukan di atas struktur konkrit yang boleh membendung tumpahan asid jauh dari tanah.
3.       Tidak ada kajian radiasi dalaman dilakukan oleh Lynas
Fakta ini juga tidak betul kerana Penafsiran Impak Radiasi disediakan mengikut semua keperluan undang-undang Malaysia dan standard IAEA.  Penafsiran Impak Radiasi adalah satu penilaian risiko terhadap kumpulan sasaran (pekerja dan orang awam) yang telah mengambil kira semua kemungkinan tentang cara atau laluan pendedahan..
4.       Operasi Lynas menyebabkan kanser dan kecacatan kepada bayi baru lahir
Pada penulis, dalam banyak-banyak pembohongan, yang ini adalah yang paling jahat sekali.  Unjuran Kementerian Kesihatan pada 2007 menunjukkan kes kanser adalah sebanyak 720 kes bagi setiap juta penduduk.  Walaupun tanpa Lynas, anggaran kanser dan radiasi latar belakang tapak Lynas dibina ialah sebanyak 35 kes per juta penduduk.  Manakala apabila kilang Lynas beroperasi, anggaran kanser kepada orang ramai disebabkan operasi Lynas hanyalah 0.1 kes perjuta orang (Penafsiran Impak Radiasi) {daripada 0.002 mSv/year}
5.       Radon dan Thoron dari kilang Lynas boleh bertebaran sejauh beribu-ribu batu dan menyebabkan masalah kesihatan
Sekali lagi, satu pembohongan berniat jahat kerana hasil kajian menunjukkan kadar pendedahan di kawasan pagar Lynas  bagi kedua bahan tersebut adalah jauh lebih kurang dari standard yang ditetapkan AELB (rodon = 0.00002 mSv setahun, thoron = 0.002 mSv/setahun).  Lagipun rodon dan thoron punya jangka hayat yang pendek  dan tidak akan bergerak jauh.  Ini bermakna apabila radionuklid terbentuk ia akan segera berubah menjadi pepejal dan tidak akan tersebar jauh dari kilang.
6.       Tiada Tahap radioaktif selamat
Dakwaan ini juga salah.  Radiasi ada dimana-mana (waima menonton television dan menggunakan telefon bimbit).  Beberapa kawasan di Malaysia mempunyai purata paras radiasi lebih tinggi daripada purata radiasi dihasilka oleh Lynas tapi tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan kepada penduduk.
7.       Lynas tidak membawa sebarang menafaat kepada Malaysia dan Kuantan
Penulis ketawa membaca dakyah palsu yang ini.  Logiknya mana mungkin pelaburan berbilion ringgit tidak membawa menafaat kepada penduduk dan kawasan terlibat?  Untuk pembinaan saja, semua kontraktor yang digunakan adalah kontraktor tempatan dan bila siap, kilang ini bakal memberi peluang pekerjaan kepada ribuan orang penduduk sekitar Kuantan.
8.       Sisa Lynas disimpan secara kekal di tapak kilang
Sisa atau residue ini tidak akan disimpan di tapak kilang walaupun kemudahan simpanan sisa (RSF) telah direkabentuk untuk penyimpanan kekal.  Malaysia sudah mempunyai keupayaan untuk melupuskan sisa merbahaya industri ini sejak 1995 lagi melalui sebuah anak syarikat Kumpulan UEM di Negeri Sembilan.
9.       Lynas menghasilkan 32,000 tan sisa setahun dengan kadar thorium sebanyak 0.165% setahun.
Fakta ini jelas mengelirukan seolahnya Lynas menghasilkan 50 tan thorium setahun.  Hakikatnya Lynas tidak sama sekali mengekstrak thorium mahupun memekatkannya. Walaupun jumlah residue adalah besar, kepekatan thorium tetap sama kerana Lynas tidak memekatkan bahan tersebut.
10.   Standard China digunakan untuk mengisytiharkan sisa sebagai bahan radioaktif
Ini juga satu pembohongan kerana salah satu sebab produk nadir bumi China menghadapi kesukaran menembusi pasaran EU ialah kerana standard yang diguna pakai tidak memenuhi standard antarabangsa.  Kilang Lynas di Malaysia menggunakan standard Malaysia yang jauh lebih ketat daripada standard ditetapkan oleh badan antarabangsa seperti IAEA.
11.   Mengikut undang-undang Australia, sisa perlu dikembalikan ke lombong
Undang-undang seperti ini tiada di Australia kerana undang-undang negara tersebut hanya menghendaki sisa disimpan di tempat simpanan selamat  yang dibina mengikut undang-undang Australia, bukan dikembalikan ke lombong seperti mana dakwaan pembangkang di Malaysia.
Ini adalah sedikit sebanyak penerangan mengenai pembohongan pembangkang dan kumpulan penentang Lynas  berhubung pengoperasian kilang Lynas di Malaysia.  Isu yang dimainkan jelas tidak layak untuk dibicarakan oleh mereka yang bukan ahli dan ini diakui sendiri oleh pakar nuklear dari PAS, YB Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat).

Sikap Anwar yang disukai Amerika & Yahudi



    

   



 Amat jelas segala tindak tanduk Anwar selama ini saperti pengganas Israel. Cuba perhatikan:


1. Di setiap kesnya di mahkamah mesti Kerajaan Malaysia terlibat sebagai yang jahat dan mahu menghancurkan dia, walau pun itu kes peribadi
2. Di setiap kes mahkamah dia menuduh hakim berat sebelah.
3. Apabila dia menang dia berkata itu desakan negara-negara luar keatas kerajaan Malaysia untuk membebaskan dia. Ini kerana dia adalah saorang yang sangat hebat, special dan sangat penting kepada dunia, dan kerajaan Malaysia adalah kejam.
4. Dia berlagak saolah-olah kebal, tidak takut kepada sesiapa pun, umpama ada orang sangat kuat dibelakangnya. Ini betul-betul saperti Israel, yang menganggapkan mereka kebal dan special.
5. Tindak tanduknya memberi gambaran wang dalam simpananya tidak tergugat. Kita tahu dia kaya.
6. Dia memberi gambaran bahawa Kerajaan Malaysia dan UMNO khususnya adalah JAHAT, dan Anwar Ibrahim adalah BAIK tetapi di inayakan. Ini saperti tindak tanduk Israel, bahawa orang Palestin jahat, dan orang Yahudi baik.
7. Strateginya ialah mendapatkan sokongan kumpulan orang-orang yang berpengaruh: golongan ulama (yang ramai anti UMNO, pro PAS, golongan akademik, golongan pelajar (yang ramai anti-establishment), mereka dalam parti UMNO dan lain-lain komponen parti pemerintah yang tidak dapat ganjaran saperti yang diharapkan), golongan wanita yang gilakan orang saperti karektor Anwar Ibrahim. Bacalah buku Hitler, itu style orang Yahudi di Vienna awal 30han dulu, iaitu memberi fokus kepada golongan orang yang berpengaruh. Hitler tidak membenci orang Yahudi pada mulanya, tetapi hanya satelah dia melihat sendiri bagaimana orang Yahudi dulu kontrol habis satu negara German.
8. Anwar menggunakan segala kelemahan yang ada pada PAS (pengikut yang fanatik, ikut saja apa kata Nik Aziz), pendedahan antarabangsa yang kurang dikalangan PAS, DAP dan UMNO), dan sifat tidak percaya antara PAS dan DAP, oleh itu PKR ada peranan utama.
9. Dia tahu orang Permatang Pauh akan tetap dan terus mengundikan dia, tak kira apa, dia menyokong Israel ke, menjadi barua Yahudi ke, kebas wang Amerika ke, kebas jantan betina mana ke, mahu menghancurkan Melayu ke. Dia tahu di kawasan itu dia akan menang sehingga akhir zaman.
10. Segala psikologi yang digunakannya semua ada dalam buku psikologi. Malangnya pemimpin UMNO banyak yang bahlol. Bercakap tak pandai, berbahas pun tak tahu, hanya yang mereka tahu nak mengkayakan diri. Sifat sombong, bongkak masih kekal, seolah-olah menjadi budaya. Kehulu kehilir main golf, bukan nak menolong orang kampung. Kita berkata sepatah, dia berhujah sebatu, seolah-olah dia lebih pandai. Baru jadi ketua cawangan sudah mula berlagak. Sebutkan satu pemimpin UMNO yang mahu bertukar pendapat dan berdailog dengan baik, atau mahu mengaku kelemahannya.
Jika pembangkang mendapat sokongan, bukan kerana mereka lebih hebat, tetapi kerana UMNO dan BN yang masih tak ubah perangai. Masing-masing sombong, berlagak seolah-olah anak raja zaman kuno. Itu Anwar guna sepenuhnya. Dia tahu eksploit kelemahan orang lain. Dia menyemarakkan perasaan benci, supaya apabila mendengar dia berucap kita terus sakit hati dan benci kepada UMNO.
Bagi saya, UMNO perlu ubahkan perangai. 

Sunday, 26 February 2012

PR kantoi lagi menipu edit gambar Menteri Pertahanan Malaysia

 Nie lagi pendedahan pasal puak PR yang kantoi menipu gambar Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan) yang kononya dikatakan Pro Israel.

Lihat gambar dibawah:




                                 

Sekali pandang memang ianya seperti betul. tetapi cuba lihat semula pada gambar dibawah ni:

                                          
Inilah fitnah jahat yang cuba dimainkan oleh Pakatan Rakyat dengan senang lenang menokok tambah gambar pemimpin Kerajaan.Dari manakah gambar ini diambil?

Jawapannya dari sini:


 Masih tak percaya?? Lihat direct link yang gua bagi disini: Israeli defence minister meets UN chief

 Kenapa Gua katakan pihak Pakatan yang memainkan penipuan ini??
 Kerana salah satu jawapannya ada disini:

 Facebook!


Lihat Profile mamat kaki penipu ni disini: NurMuhd Darma A Wahab

Dengan muka tak malunya dan berasa bangga diatas kerja bodoh yang dibuat, akhirnya dirinya dimaki hamun teruk oleh beberapa orang selepas ianya dikantoikan oleh seorang brader kite nie.


Jom kita layan!




Inilah balasan yang diterima oleh kaki fitnah akibat kerja bodoh yang dibuat.

Haaaa!! hambek ko!!





Thursday, 23 February 2012

Pas Patut Pecat Nik Aziz Juga!!!



  
   

Dalam Pakatan Rakyat, depa ada satu polisi yang hampir sekata – kutuk semua orang boleh tapi jangan kutuk Anwar.  Inilah kesnya yang menimpa Hasan Ali sebelum disingkirkan dari Pas.


Hasan Ali kondem semua dalam Pas, termasuk keputusan Muktamar Pas untuk menggugurkan negara Islam dan digantikan dengan negara berkebajikan.


Walaupun begitu, tidak ada tindakan disiplin yang dikenakan Pas ke atas Hasan Ali.


Tapi sebaik sahaja Hasan Ali bukak mulut, kondem Anwar, dengan serta merta Hasan Ali dipecat tanpa dihadapkan untuk pendengaran dan diberi peluang membela diri.  Jawatan sebagai Exco juga digugurkan walaupun secara teknikal Hasan Ali masih ada masa untuk merayu keputusan tersebut.


Itu fakta, itu bukti.


Sekarang ini Nik Aziz pulak buat hal.  Dia kondem Anwar kerana buat kenyataan untuk melindungi keselamatan Israel jika berjaya memerintah negara.  ‘Kondeman’ itu pula dibuat secara terbuka, termasuk dalam media-media arus perdana yang seringkali dituduh pro UMNO seperti Utusan Malaysia, TV3 dan sebagainya.


Apa maksudnya itu?  Maksudnya, Nik Aziz mahu orang Malaysia tahu bahawa dia berani menyanggah Anwar, tak seperti pandangan umum, Pas adalah anjing kepada PKR dan DAP – duduk bila disuruh duduk, menyalak bila disuruh menyalak.


Setakat media, portal dan blog pembangkang sedia ada (termasuk Harakah), ‘suaranya’ itu tidak sampai satu Malaysia.  Hanya yang taksub Pas dan kaki cari ubat kuat seks sahaja yang tahu, orang lain tidak tahu.


Keadaan ini sudah mewajarkan untuk Nik Aziz dipecat dari Pas.  Macam mana nak buat tu, lantaklah tapi kalau keadilan  jadi pegangan, maka nasib yang menimpa Hasan Ali patut juga menimpa Nik Aziz.


Hakikatnya, jarang kita lihat Nik Aziz ‘bertelur’ bila bercakap tentang Anwar.  Dalam keadaan biasa, ‘telurnya’ masuk ke dalam untuk menyanggah Anwar, tapi kerana mengenangkan nasib Pas dalam pilihanraya umum akan datang jika soal Israel ini terus menerus dikaitkan dengannya, maka Nik Aziz tampil juga menyanggah.


Tapi Nik Aziz terlupa, dalam hal Israel ini, Pas keseorangan.  Dua komponen lagi, PKR dan DAP tidak berbunyi langsung kerana mereka juga bersetuju dengan Anwar, cuma tidak mahu mengucapkannya sahaja, takut-takut bala yang menimpa Pas sekarang, menimpa mereka juga.


Dalam Pas juga Nik Aziz dan Majlis Syura Ulamanya bersendirian.  Walaupun kuasanya besar tapi tanpa sokongan majoriti pemimpin bukan ulama yang kini menguasai Pas, Nik Aziz silap-silap hanya jadi lambang sahaja manakala Majlis Syura Ulama perlahan-perlahan akan hilang kerana tidak ada lagi ulama yang boleh mengisi badan tersebut.


Nik Aziz hanyalah Mursyidul Am Pas kedua selepas arwah Yusoff Rawa.  Kalau tahun-tahun awal penubuhan Pas dulu, tidak ada pun jawatan  Mursyidul Am, yang paling tinggi hanyalah Presiden.  Tapi dek terpengaruh dengan Revolusi Syiah Iran, maka Pas wujudkan jawatan Mursyidul Am untuk disamakan dengan Ayatollah dan Majlis Syura dengan Badan Pelindung yang kini menguasai Iran sebagai kuasa utama.


Tujuan penulis menyebutkan ini ialah, jawatan Nik Aziz bukan wujud sejak azali dengan Pas, ia datang kemudian dan juga boleh dibubarkan.


Seorang pemimpin Pas memaklumkan kepada penulis, Nik Aziz mungkin sukar dipecat tapi jawatannya itu  boleh dihapuskan melalui pindaan perlembagaan parti dalam muktamar jika pertelingkahan mengenai isu Israel ini berterusan dan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk merampas Putrajaya.

Penyokong PAS harus tinggalkan Pakatan!


  
   

   

 PAS perlu segera meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Ketua Pembangkang itu ternyata konsisten menyokong keselamatan negara Israel, sesuatu yang diharamkan Islam sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran.
Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. berkata, sokongan kepada Israel bukan isu perbezaan pendapat tetapi ia isu akidah dan Pas tidak boleh lagi seiring dengan Anwar, apatah lagi mengiktirafnya sebagai Ketua Pembangkang.

Sambil melahirkan kekecewaan terhadap kenyataan rasmi Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkannya sebagai 'kenyataan selamat' beliau berkata, dalam isu Israel, Pas tidak boleh mendahulukan kepentingan politik berbanding tuntutan akidah.

"Allah telah menjelaskan dengan terperinci dalam surah al-Baqarah dan al-Ma'idah mengenai Israel, ini bukan isu perbezaan pendapat mahupun soal kemanusiaan, ini soal akidah bagi umat Islam dan menyokong sesuatu yang haram adalah perbuatan haram.

"Anwar bukan sahaja menyokong, malah beliau konsisten mempertahan sokongan tersebut di mana Pas berada dalam jemaah itu. Ini soal akidah, dalam bab ini Islam menuntut kita bermufarakah (meninggalkan) pemimpin yang menentang tuntutan akidah.

"Tindakan Pas sekadar menyatakan pendirian tidak cukup kerana mereka masih lagi bersama. Malah saya kecewa dengan 'kenyataan selamat' Pas yang dilihat lebih mementingkan undi berbanding akidah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa Pas tidak akan sesekali mengiktiraf Israel kerana ia perbuatan haram selepas Mursyidul Am itu mengadakan pertemuan dengan Anwar bagi mendengar penjelasan mengenai sokongannya terhadap negara Yahudi.

Bagaimanapun, berbeza dengan nada keras sebelum ini yang memberi kata dua kepada Anwar, Nik Abdul Aziz memberitahu yang beliau memahami penjelasan ketua pembangkang dan terserah kepadanya untuk menerima pendirian Pas atau sebaliknya.

Mengulas lanjut, Hasan Basri berkata, jika dalam isu yang membabitkan akidah itu pun Pas gagal untuk mengambil langkah sebagaimana disarankan Islam, kerjasama parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kononnya demi memperjuang Islam hanya sia-sia.

"Kita kena kembali kepada al-Quran, jangan gadaikan akidah semata-mata demi kepentingan politik. Konsep kerjasama ini sepatutnya meletakkan Islam sebagai keutamaan tetapi jika dalam isu Israel pun Pas tidak boleh tangani, macam mana nak tegakkan Islam?

"Anwar jauh tersasar dan pemimpin sebegini tidak boleh dianggap imam kepada jemaah. Sebab itu, Islam menyarankan kita supaya bermufarakah pemimpin sebegini kerana jika terus bersama hanya kerana undi, kita terpalit sama," katanya. :- Utusan

Hadi Makin Celaru … Kutuk Israel Tapi Tak Serang Anwar!



Mungkin takut melihat kemarahan pemimpin-pemimpin Islam seluruh dunia yang mengecam dan mengutuk Anwar Ibrahim kerana mempertahankan Israel melalui The Wall Street Journal baru-baru ini, Presiden Pas terpaksa mengeluarkan kenyataan tergemparnya mengenai Israel.
Hadi Awang, sebagai rakan sekutu Anwar mungkin sedar tentang kemunafikan Anwar yang sangat jelas itu secara tiba-tiba mengeluarkan press statement di Harakahdaily, khusus mengenai pendirian Pas mengenai Israel yang disifatkan sebagai negara haram.

Dalam kenyataan itu, Hadi hanya memperkatakan tentan Israel saja dan mengeluarkan hujah-hujah yang orang semua tahu dan setuju. Semuanya mengutuk Israel. Zionis..Israel..Zionis..Israel…itu saja. Lepas tu letak firman Allah sikit untuk kuatkan hujahnya.Tapi yang peliknya, dia tak berani pulak kritik Anwar dan kenyataan “Imam Mahdi dari timur” itu. Sikit pun dia tak sentuh Anwar mahupun kenyataan Anwar yang memihak kepada Zionis Israel!
Tapi yang peliknya, dia tak berani pulak kritik Anwar dan kenyataan “Imam Mahdi dari timur” itu. Sikit pun dia tak sentuh Anwar mahupun kenyataan Anwar yang memihak kepada Zionis Israel!Padahal, boleh dikatakan semua pemimpin Islam di seluruh dunia mengecam Anwar atas kenyataannya mengenai Israel di Wall Street Journals!
Di Indonesia, para cendekiawan dan ulama Islam semuanya mengutuk dan marah pada Anwar kerana kenyataannya itu. Ikhwanul Muslimin, Hamas dan boleh dikatakan semua pertubuhan Islam mengecam Anwar dan kenyataannya.
Tapi, Hadi tak berani pulak kecam Anwar? Heh!
Begitukah wajah Pas selepas era Allahyarham Fadhil Noor? Saya rasa, sekiranya arwah masih hidup, mungkin beliau dah tarik janggut Hadi Awang kuat-kuat. Setakat janggut Nik Aziz, dah tentu arwah cukur sampai licin!
Nampaknya Hadi tak faham dan seolah-olah “pura-pura” tidak nampak isu sebenar.
Memang umat Islam marah pada zionis Israel. Tapi sekarang ni orang bercakap mengenai kenyataan Anwar mengenai Israel!
Atau memang benar “telur” Pas telah digenggam Anwar di era Hadi Awang? Baguslah begitu.
Lain kali pecat la Hasan Ali. Lepas ni pecat Nasharudin, Azizan, Harun Taib, Taib Azamuddin dan Haron Din pulak. Baru la Anwar bertambah sayang…heh!

Anwar kantoi menipu lagi,kata pendiriannya sama dengan Hamas!!




Pendirian Anwar dilihat telah memperlekehkan Majlis Syura Ulamak Pas yang menuntut Anwar menyaman  The Wall Street Journal (WSJ) atau menarik balik kenyataan sebelum ini.
“Pada ketika negara-negara dan masyarakat Islam seluruh dunia mengutuk Israel, Anwar terang-terangan mengiktiraf Israel yang telah menindas rakyat serta merampas bumi Palestin”

Selepas 40 minit bertentang mata, Anwar berkata kenyataannya yang dibuatnya sebelum ini selari dengan pandangan Hamas dan Fatah.
“Saya rasa baik sebab dah beri penjelasan,” kata Anwar.“Akhirnya saya bagi tahu, saya tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirunding di Doha dua minggu lalu.

Lihat ucapannya dibawah:

                            


Persoalannya sekarang, apakah benar pendirian Anwar Ibrahim yang menyokong keselamatan negara Israel itu `selari` dengan pandangan Hamas dan Fatah?
Apakah Hamas atau pun Fatah menyokong negara Israel?
Realitinya, kenyataan Anwar Ibrahim itu sebenarnya satu pembohongan besar! Yes…pembohongan besar yang menipu Nik Aziz dan kita semua!
Di bawah adalah kenyataan terbaru, Ismail Haneyih, pemimpin Hamas yang juga merupakan PM Gaza, Palestin!

Baca dibawah ini.

Ismail Haniyeh dengan jelasnya mengatakan bahawa Hamas tidak akan sesekali mengiktiraf Israel!
Pemimpin Hamas itu menyatakan pendirian beliau ketika memberi ucapan sempena majlis merayakan 33 tahun Revolusi Islam di Tehran’s Azadi Square pada 11 Februari lepas.
Kenyataan tersebut di siarkan di portal Al Arabiya News
Di antara ketegasan pemimpin Hamas itu :

Hamas “will never recognize Israel,” its Gaza prime minister said Saturday in a speech in Iran that is likely to complicate Palestinian efforts to form a unity government in the teeth of opposition from the Jewish state.
“They want us to recognize the Israeli occupation and cease resistance but, as the representative of the Palestinian people and in the name of all the world’s freedom seekers, I am announcing from Azadi Square in Tehran that we will never recognize Israel,” Ismail Haniyeh said.

           

Jika Hamas begitu jelas tidak akan mengiktiraf Israel, kenapa Anwar Ibrahim mengiktiraf negara tersebut?

Dan jika Hamas begitu tegas tidak akan mengiktiraf negara Israel, mana mungkin konsep `dua negara` yang kerap dicanang-canangkan oleh Anwar Ibrahim, akan dipersetujui di Doha? Mana buktinya?
Jika pendirian Anwar selari dan tunduk dengan Hamas, Anwar Ibrahim sepatutnya turut tidak menyokong negara Israel!



Anwar tidak akan saman WSJ



                        


Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) berhubung kenyataannya mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel sebagaimana disiarkan pada 26 Januari lalu meskipun Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini menggesa Ketua Pembangkang itu berbuat demikian jika kenyataannya diputar-belitkan oleh media berkenaan.


Sambil mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya dalam pertemuan selama satu jam hari ini, beliau berkata, WSJ tidak melakukan kesalahan kerana ia turut menyiarkan kenyataannya mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh rejim zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.
Berbanding laporan media arus perdana, beliau mendakwa kesemuanya hanya menyentuh kenyataannya mengenai sokongan untuk melindungi keselamatan Israel sahaja tanpa menyiarkan syarat yang perlu dipatuhi oleh negara zionis tersebut.


‘‘Saya terangkan kepada Nik Abdul Aziz bahawa kenyataan saya dalam WSJ turut memberi penekanan mengenai contingent yang perlu dipatuhi oleh Israel dan bukan seperti mana yang disebut dalam akhbar arus perdana.
‘‘Saya faham pendirian Pas dalam soal Palestin-Israel ini yang mana mereka cukup tegas dan keras. Saya juga beri penjelasan jangan ada salah tafsiran tentang pengiktirafan Israel kerana perkara itu tidak harus berbangkit selagi syarat-syarat tidak dipatuhi,’’ katanya.


                                    
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan kira-kira satu jam bersama Nik Abdul Aziz serta Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di sebuah hotel di sini, hari ini.
Pada pertengahan bulan ini, Nik Abdul Aziz meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau pun menyaman WSJ.
Desakan tersebut merupakan ketetapan yang dibuat selepas ahli jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas mengadakan mesyuarat di sini baru-baru ini.


Nik Abdul Aziz berkata, rakyat mahu mengetahui perkara sebenar kerana ia telah menjadi isu yang diketahui umum selepas disiarkan WSJ baru-baru ini.
Menjawab satu soalan sama ada wujud perbezaan antara beliau dan Pas mengenai isu Palestin, Anwar mengakui terdapat sedikit perbezaan.


“Cuma sedikit sahaja iaitu dari segi penekanan. Pas sentiasa konsisten bahawa mereka sama sekali tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel sama ada dalam sudut pandangan, fikiran malah dalam bentuk rundingan sekalipun.
                                    
‘‘Saya pula menyokong keputusan yang diambil Hamas dan Fatah untuk bertegas terhadap syarat-syarat yang dikenakan dan seterusnya menyambung rundingan,’’ katanya.
Berhubung contingent yang dimaksudkannya seperti mana disiarkan oleh WSJ itu Anwar berkata, terdapat empat perkara iaitu pengunduran tentera Israel daripada wilayah Palestin dan Arab; hentikan keganasan; hentikan kepungan terhadap Gaza dan iktiraf Baitul Muqaddis.


Sementara itu Nik Abdul Aziz dalam status terbaru Facebooknya hari ini menegaskan bahawa pendirian Pas dalam isu Palestin jelas iaitu parti tersebut tidak sesekali mengiktiraf walaupun seinci hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang telah dirampas.
‘‘Berbeza atau tidak dengan sesiapa, Pas tetap dengan pendirian ini,’’ ujarnya

Tidak Saman Dan Tidak Tarik Kenyataan Bukti Anwar Memang Sokong Israel

                                           








   
     
     


    



KUALA LUMPUR, 23 Feb – Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata keengganan Anwar Ibrahim menyaman The Wall Street Journal (WSJ) sepatutnya disusuli dengan tindakan menarik balik sokongannya terhadap isu keselamatan Israel jika Ketua Pembangkang itu benar-benar menghormati pendirian Pas.

Ini kerana tegasnya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah memberi kata dua kepada Anwar sama ada menarik balik kenyataan tersebut atau menyaman WSJ.

Justeru kata beliau lagi oleh kerana Anwar memilih untuk tidak menyaman maka beliau sepatutnya menarik balik kenyataan tersebut.

“Puteri UMNO percaya keengganan Anwar Ibrahim menyaman WSJ adalah kerana beliau sememangnya memberi sokongan kepada Israel dan secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan rejim Zionis yang secara terang-terangan telah menindas rakyat Palestin.

“Sebab itu beliau juga tidak mahu menarik balik kenyataannya biar pun jelas tidak dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin Pas yang hakikatnya membantu pakatan pembangkang menang besar dalam pilihan raya umum yang lalu”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Malah jelas beliau lagi kenyataan Anwar Ibrahim kononnya Nik Aziz mendengar dan memahami penjelasannya berhubung isu sokongan terhadap Israel itu juga membuktikan betapa pandangan Mursyidul Am Pas dipandang remeh oleh Anwar.

“Puteri UMNO juga melihat betapa pemimpin Pas semakin lemah sehingga tidak mampu berbuat apa-apa termasuk untuk mendesak Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti itu.

“Tidak ada gunanya jika Pas terus bertegas dengan pendirian tidak sesekali mengiktiraf walau seinci hak Yahudi terhadap bumi Palestin tetapi pada masa yang sama merelakan sekutunya secara terang-terangan menyokong keselamatan Israel”, ujarnya. -MediaUMNO




Tidak perlu berbaiah kepada manusia biasa: Dr Mahathir


SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata seseorang Muslim tidak perlu berbaiah kepada pemimpin yang hanya orang biasa. 

Katanya, seseorang Muslim hanya perlu tunduk kepada Allah SWT dan mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah.
"Baiah bermakna kita 'swear loyalty' (sumpah taat setia) kepada pemimpin yang manusia biasa dan boleh buat benda yang salah...bahkan kita dapati banyak pemimpin PAS yang buat salah daripada segi agama.
"Tidak ada perlu baiah kepada sesiapa...bukan pun Nabi, jadi nak baiah buat apa?" kata Dr Mahathir pada sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana "Transformasi Minda Penyelidik Muda" anjuran Persatuan Pascasiswazah Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA di sini hari ini. 

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbaiah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah dan sesiapa yang melanggarnya "akan celaka dunia dan akhirat". 

Dr Mahathir berkata, PAS cuba mengongkong pemikiran penyokongnya dengan tidak membenarkan mereka menerima pendapat yang berlainan daripada parti itu kerana itu mereka mengamalkan baiah di dalam parti itu. 

Mengenai kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa beliau tidak akan menyaman The Wall Street Journal, Dr Mahathir berkata Anwar memang menyokong Israel. 
"Jadi Nik Aziz (Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) nak cuba pertahan dia kononnya soalnya kenapa kerajaan Malaysia benarkan kapal Israel masuk pelabuhan? 

"Ya, itu adalah satu amalan antarabangsa. Kita kalau nak ada sekatan kita mungkin melanggar undang-undang antarabangsa," katanya. 

Dr Mahathir berkata, Malaysia tidak boleh menyokong Israel sama sekali kerana negara itu ditubuhkan daripada tanah yang dirampas daripada hak orang lain dan ini bukan satu perkara yang betul. 

"Walaupun dunia mengiktiraf Israel, ia pula cukup ganas dan membelakangkan undang-undang antarabangsa seperti membuat sekatan ke atas Gaza di Palestin. 

"Inikah manusia yang patut kita jaga keselamatan dia? Orang patut jaga dia daripada serang orang lain, bukan jaga keselamatan dia," katanya. 

Beliau berkata, beribu rakyat Palestin ditahan di dalam penjara di Israel, kebanyakannya tanpa bicara dan ia adalah satu rejim yang cukup zalim. 

"Jika Amerika Syarikat hendak menukar rejim pemerintahan sesebuah negara, rejim Zionis Israel perlu ditukar dahulu," katanya. 

Mengenai pelancaran badan bukan kerajaan JATI semalam, beliau berkata Presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, menyatakan JATI bukan sebuah parti politik tetapi beliau sepatutnya menerangkan apakah matlamat JATI seperti perjuangannya dalam memperjuangkan Islam. 

"Saya tidak suka lebih banyak parti lagi ditubuhkan, ia memecah-belahkan orang Melayu yang sudahpun berpecah kepada tiga, kini mereka berpecah kepada empat, lima, enam sehingga menjadi minoriti," katanya. 

Ditanya mengenai kerajaan perpaduan UMNO bersama PAS, beliau berkata: 

"Kita dah buat dulu kita masukkan PAS dalam BN tapi dia bukan memperjuangkan Barisan Nasional dia cuma memperkembangkan pengaruh dia sahaja semasa jadi menteri dan sebagainya. 

"Jadi tak ada keikhlasan untuk bekerjasama sebab itu kita berpecah dan sekarang ni mereka tidak suka nak bekerjasama dengan UMNO, mereka nak kerjasama dengan DAP hingga sanggup gugur bahasa nak dirikan negara Islam pasal nak kerjasama dengan DAP...itulah PAS." 

Dr Mahathir berkata, apa yang membimbangkan ialah bangsa Melayu masih lagi kaum termiskin di Malaysia dan jika ia terus berpecah menjadi lemah, harta mereka akan jatuh ke tangan orang lain. - BERNAMA

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya