PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.

PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Wednesday, 25 April 2012

Bersih 3.0, Perhimpunan yang akan menggulingkan kerajaan.



(artikel ini dipetik dari (truth Vaccine) hasil pembentangan Angin Perubahan)




Analisa Strategi “Non Resistant Violent” Yang Diguna Ketika #Bersih3
Artikel ini Keris petik dari gabungan dua blogger (truth Vaccine & Angin Perubahan) yang disiarkan di KLXpress. Senario dia dataran merdeka dilihat sebagai satu rancangan berterusan yang meniru gaya 'Arab Spring' dan 'Tahrir Square'. Namun begitu ikuti pendedahan secara mendalam yang telah dibuat agar rakyat faham siapa disebalik 'Non Resistant Violent' ini.

1. Demonstrasi yang berlaku di Dataran Merdeka ketika ini bukanlah bertujuan untuk membantah atau memansuhkan PTPTN sebenarnya.

2. Pihak Pakatan Rakyat (PR) tahu yang isu PTPTN ini tidak dapat diselesaikan dengan segera kerana melibatkan pelbagai aspek perundangan dan ia juga tidak munasabah untuk dibincangkan sekalipun.

3. Tujuan utama ‘Occupy Dataran’ ini ataupun Demonstrasi Mansuhkan PTPTN ini adalah bertujuan untuk membina momentum ke arah event yang lebih besar iaitu Bersih 3.0 yang bakal dijalankan 28 April 2012.



4. Bersih 2.0 menyaksikan permulaan teknik demonstrasi yang digunapakai daripada Centre for Applied Non Violent Actions and Strategies (CANVAS) yang dipelopori oleh Srdja Popovic dan Slobodan Djinovic.





5. Bersih 3.0 akan menjalankan teknik ‘Duduk dan Bantah’ yang bertujuan untuk mendapatkan simpati melalui permainan media.

6. Terdapat 3 Metadologi yang telah disusun oleh pihak CANVAS yang diguna pakai oleh PR untuk menyusun strategi mereka. 

(Sila klik pada link untuk melihat setiap penerangan untuk methodologi tersebut.)
7. Strategi Demonstrasi yang bakal digunakan

Demonstrasi akan dimulakan dengan berkumpul di ‘Rallying Point’. Untuk kes Bersih 3.0, Dataran Merdeka yang akan menjadi ‘Rallying Point’.



.

Sit-In ataupun Duduk dan Bantah

Pendemonstran akan melaungkan kata-kata untuk menaikkan perasaan marah para demonstran terhadap UMNO/BN. Kemarahan tersebut akan disalurkan kepada Pihak penguatkuasa iaitu Polis.

Polis dan FRU akan membentuk pagar manusia mengikut SOP yang ditetapkan.



Akan ada sekumpulan kecil yang akan pecah daripada kumpulan besar untuk memprovokasi pihak Polis. (Ini tidak akan dimainkan oleh media mereka).



Kumpulan ini akan membawa Polis dan FRU kearah kumpulan pendemonstran yang besar.



Ketika ini pihak media PR (termasuk media luar yang menyokong PR) akan bersedia untuk merakamkan sebarang ‘keganasan’ yang akan dilakukan oleh pihak polis.



Gambar dan video akan diambil dengan sudut untuk menunjukkan Pendemonstran dikasari, dipukul dan sebagainya. 

Gambar dan Video ini akan dimuat naik ke Internet untuk paparan umum dan seterusnya dimainkan secara persepsi dan mengundang kemarahan umum terhadap pihak Polis dan FRU. 

Berlaku konfrantasi antara pendemonstran dan pihak berkuasa. 




Ketika ini akan berlaku kekalutan dan ramai yang akan cedera.

PERHATIAN! TEKNIK SETERUSNYA BELUM PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA TETAPI KEMUNGKINAN UNTUK BERLAKU DI BERSIH 3.0 AMAT TINGGI BERDASARKAN TREND YANG PIHAK PR IKUTI. INI ADALAH RAMALAN MENGIKUT APA YANG BERLAKU DI NEGARA LUAR SEPERTI DI IRAN. KITA BERDOA AGAR PERISTIWA INI TIDAK SAMA SEKALI BERLAKU DI NEGARA KITA. 

Planned Sympathize Death.

Kematian simpati yang dirancang. 

Bersih 3.0 akan menyaksikan akan berlakunya kematian yang dirancang?


Kematian Neda sewaktu Protes di Iran. Kononnya ditembak oleh polis tetapi setelah bedah siasat didapati peluru jenis itu tidak digunakan oleh polis dan tidak dijual di mana-mana bahagian di Iran. 

Kematian ini akan menjadi bahan permainan isu oleh pihak PR untuk meraih simpati sempena PRU ke-13 ini. 

Kematian ini akan dirancang supaya dilihat yang melakukannya adalah tindakan Kerajaan Persekutuan. Dan kematian individu tersebut akan meraih semaksimum undi simpati yang mereka boleh. 

Jikalau media pihak Pembangkang memainkan isu ini dengan baik, Kerajaan boleh tumbang sebelum PRU ke-13 dengan cara rampasan kuasa oleh rakyat. Pertumpahan darah akan berlaku. 

Persoalannya. Siapakah individu yang boleh meraih simpati dan mengundang kemarahan rakyat kepada kerajaan sekaligus? 

Adakah pendemonstran biasa? Mungkin tidak kerana tidak mendapat impak yang besar. 

Ditiru dari peristiwa Neda di Iran. Cuma ini adalah lakonan. 


Adakah Mahasiswa? Boleh jadi kerana kematian remaja akan mendapat liputan oleh media.



Adakah Adam Adli? Boleh jadi tetapi kebanyakan rakyat benci dan tidak suka kepada beliau.



Adakah Ambiga? Mungkin tidak kerana simpati daripada bangsa Melayu tidak akan tercapai.



Adakah makcik ini? Boleh jadi kerana gambar beliau telah dimainkan sewaktu Bersih 2.0



Adakah Mat Sabu? Mungkin tidak kerana beliau adalah jurucakap bagi pihak PAS. Dan jika beliau dibunuh sekalipun pihak umum tidak akan peduli sangat.



Adakah Anwar Ibrahim? Tidak sama sekali kerana beliau adalah watak yang akan memperoleh simpati daripada rakyat. Beliau akan memainkan peranan selepas peristiwa ‘pembunuhan’ itu berlaku.



Adakah Nurul Izzah? Kemungkinan tinggi kerana beliau adalah anak kepada Anwar Ibrahim dan menaikkan simpati rakyat kepada Anwar sendiri.



Adakah Wan Azizah? Kemungkinan yang amat tinggi kerana beliau adalah isteri kepada Anwar Ibrahim dan kematian beliau akan meraih simpati dan kemarahan rakyat. Lagipun ketika ini beliau terlibat di dalam isu Shamsidar dan sebagai cara penyelesaian untuk menutup isu tersebut.



8. Diharapkan bahawa penganjur Bersih 3.0 tidak akan bertindak sebegitu ekstrem untuk melakukan Kematian Terancang tersebut.

9. Walau bagaimanapun, penglibatan agensi daripada luar negara seperti CIA dan Mossad adalah tidak mustahil. Mereka boleh menggunakan peluang yang ada untuk bertapak di Malaysia dan kemenangan PR pada PRU-13 ini akan menguatkan lagi kehadiran mereka untuk campur tangan di Malaysia ini.

9a. Cerita yang akan dikarang oleh pembangkang dan inilah yang paling ditakuti akan berlaku.Kononnya Kerajaan melepaskan das tembakan terhadap Anwar Ibrahim tetapi tersasar dan terkena isteri beliau. Anwar Ibrahim akan menangis di jalanan sambil gambarnya diambil oleh media asing. Orang yang melihat akan marah dan simpati dan keluar untuk ‘bertempur’ dengan polis. Polis pula akan mempertahankan keamanan dan konfrantasi akan berlaku. DS Najib akan didesak untuk mengundurkan diri jika tidak pihak Amerika Syarikat akan turun dan campur tangan. Dan apa yang berlaku di Mesir akan berlaku di Malaysia.

10. Cara penyelesaian terbaik, janganlah terlibat dengan Bersih 3.0 dan saya dengan rasa rendah hati merayu supaya pihak penganjur Bersih 3.0, tolonglah batalkan acara ini. Jangan hancurkan keamanan negara yang kita ada selama ini. Jangan musnahkan negara ini seperti Mesir, Syria, Libya dan banyak lagi contoh yang ada di luar sana.


 

11. Gunakan Hak untuk Berfikir sebelum Hak untuk Bersuara.

12. Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda akibat sengketa sesama kita. Cinta lenyap di arus zaman.

Saturday, 21 April 2012

Kenapa DAP digelar Kafir Harbi??




                        



Selepas perjanjian Inggeris- Belanda 1824, berlakulah satu perubahan politik yang amat besar impaknya kepada tanah air yang kita diami sehingga hari ini. British mula masuk daun dalam pentadbiran raja-raja melayu sebagai penasihat dan seterusnya menguasai istana dan kuasa sultan.
Pembukaan ladang dan lombong bijih menyebabkan kemasukan rakyat British dari negeri-negeri jajahannya seperti China, Hong Kong, Ceylon dan India.  British juga banyak membina jalan-jalan untuk menghubung ladang-ladang getah dengan bandar untuk membawa hasil mahsul negara ke bandar pelabuhan seperti Port Weld. Port Swettenham, Port Klang dan sebagainya.
Kedatangan kaum cina secara besar-besaran ke Sarawak pula disebabkan oleh Kapitan Wong Nai Siong yang telah mendapat izin daripada Rajah Brooke dan kemasukan berterusan sehingga Sarawak mencapai kemerdekaan dalam tahun 1963.
Di Semenanjung pula terdapat juga penghijrahan secara sukarela berpunca dari kesusahan hidup di tanah besar, mereka datang menaiki tongkang dan singgah di bandar-bandar pelabuhan utama seperti Keppel Habour Singapura, Port Klang, Port Weld dan Port swettenham.
Di Borneo pula tempat mendarat mereka ialah Kuching,  Sungai Merah Sibu,  Miri, Jeselton dan lain-lain pelabuhan seperti Tawau. Ini belum dikira kemasukan mereka ke Thailand, Filipina dan Indonesia. Cuma yang memberi masalah ialah sebahagian daripada mereka membawa ideologi komunis dan bertujuan untuk menguasai  Nusantara  dengan fahaman komunis.
Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) penduduk Melayu telah ditanam dengan semangat dan kesedaran anti penjajahan. Ini disebabkan juga kerana Jepun kurang bijak menambat hati orang Melayu seperti yang dilakukan oleh British. Jepun membawa ideologi Asia untuk Asia.
Orang Cina yang membawa fahaman Komunis telah membentuk MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) dibawah kepimpinan Chin Peng turut sama membantu British menentang Jepun. Komunis juga ingin mengembangkan pengaruh mereka sehingga ke Indonesia.
Orang Melayu ketika itu juga banyak menubuhkan pakatan untuk bersama MPAJ menentang Jepun dan selepas berakhirnya Jepun British melabelkan kesemua mereka sebagai Komunis. Shamsiah Fakeh dengan Angkatan Wanita Sedar. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (Rashid Midin) dan banyak lagi pertubuhan lain.
Selepas zaman Jepun juga bermulalah bertelagahan kaum antara Melayu dan Cina dan akhirnya membentuk parti-parti politik mengikut kaum.  Komunis yang mula bertapak di Malaya sejak 1930 mula memusuhi orang Melayu sehingga mencetuskan perang saudara pada tahun 1948. British melabelkannya sebagai darurat untuk membolehkan syarikat perladangan dan lain-lain menuntuk ganti rugi daripada syarikat insurance.  Perang saudara atau darurat berlansung selama 13 tahun, lebih lama daripada  pendudukan Jepun yang hanya lebih kurang 3 tahun 8 bulan.
Penentangan Melayu terhadap Malayan Union telah menyebabkan Umno tertubuh pada tahun 1946.  MCA juga tertubuh dalam suasana yang tertekan kerana sebahagian orang Cina dikurung dalam kem-kem atau kampung baru untuk memutuskan hubungan dengan komunis.  MCA adalah untuk menjaga kepentingan dan perlindungan kepada orang Cina.
Begitu juga dengan MIC untuk membela kebajikan kaum India di ladang-ladang Bristish dan membela nasib pekerja keretapi, PWD dan lain-lain jabatan yang ramai pekerjanya adalah orang India.  MIC lebih kepada ekonomi orang India dalam menuntut pembelaan dalam soal gaji dan kenaikan gaji, kebajikan dan soal-soal lain tetapi tidak langsung menyentuh soal politik dan kuasa politik kaum mereka.
Malaya Union yang diperkenalkan oleh Parti Buruh Britain bertujuan untuk menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada naungan British kepada jajahan langsung British. Menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan raja-raja Melayu dan memperkenalkan konsep jus soli. Jus soli ialah ciptaan barat iaitu rakyat British (cina, India dan lain-lain ) dari negara Komenwel atau yang berusia 18 tahun dan menetap selama 10 tahun diberi kewarganegaraan,
Dipendekkan cerita untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Umno, Mca dan Mca telah mencapai kata sepakat untuk bersetuju dalam segala hal bagi mencapai cita-cita rakyat terutama Melayu untuk merdeka.  Orang Cina, India, Punjabi dan lain-lain keturunan yang sudah lama menetap di Tanah Melayu hendaklah setia kepada raja-raja Melayu, patuh kepada perudangan dan perlembagaan persekutuan, Faham akan adat istiadat orang Melayu, menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Boleh berbahasa Melayu dan tahu adat resam dan pantang larang orang Melayu. Mudah saja syaratnya. Oleh itu wujudkan Perikatan yang memenangi pilihanraya pertama yang diadakan pada tahun 1955.
Bagaimanapun kontrak sosial yang dipersetujui oleh datuk nenek mereka telah ditentang oleh puak-puak dan saki baki komunis dan saki baki MPAJA ini. Apabila Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapore dari Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1965 , dua tahun selepas merdeka  bersama Sabah dan Sarawak.
Tunku menyingkirkan Singapore kerana Lee Kuan Yew telah menuntuk jawatan Perdana Menteri Malaysia dan Tunku melepaskan jawatan kerana alasan LKY ialah penduduk kaum Cina di Semenanjung dan Singapore lebih ramai daripada orang Melayu.
Oktober 1965 sebaik sahaja penyingkiran Singapore Dap ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi pada 18 Mac 1966. Parti ini bertujuan untuk membalas dendam terhadap Tunku dan juga Umno.  Oleh kerana Dap menentang kerajaan Persekutuan dan menentang dasar-dasar negara dan menentang agama Islam dijadikan agama rasmi maka layaklah Dap dilabelkan sebagai kapir harbi.
Dap mendesak kerajaan Malaysia menjadikan Malaysia sebagai negara Sekular dan menghalang perlaksanaan Hukum dan Undang-Undang Syarie digunapakai. Tidak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Wakil rakyat Dap Tan Seng Giaw dan Paul Tan dari Majlis Agama-agama telah menyuarakan desakan supaya di isytiharkan Malaysia adalah sebuah negara sekular . Ini telah disuarakan oleh wakil Dap sewaktu seminar Ke Arah Memperkenalkan Undang-Undang Syariah di Universiti Islam Antarabangsa pada bulan Februari 1989, waktu Anwar Ibrahim masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Karpal Singh juga dengan angkuh pernah menegur Nik Aziz dan Pas agar terima hakikat tafsiran dan dakwaannya bahawa Malaysia adalah negara sekular dan beliau mencabar jika Pas hendak melaksanakan sebuah negara Islam langkah mayatnya dahulu.
Terlalu banyak keangkuhan dan kebiadapan Dap yang dilakukannya terhadap Islam dan orang Melayu sehingga ke hari ini. Lim Guan Eng pernah pertikaikan pembinaan masjid yang makan jumlah yang besar di Pulau Pinang, dia juga menuntut agar wang zakat di baitulmal diberikan kepada bukan Islam. Teresa Kok meminta agar azan tidak dilaungkan melalui pembesar suara, wang judi lumba kuda diberikan kepada fakir miskin Islam. Ini semua contoh-contoh penentangan Dap terhadap Islam.
Seperti biasa apabila Umno , Mca dan Mic bersetuju dalam kontrak sosial untuk sama-sama merdeka dan mereka menjadi rakyat Malaysia , Pas dengan mudah mengkafirkan Islam Umno kononnya bersama kafir. Nik Aziz dalam pertengkaran dengan Ustaz Mohd Nor Idris di sebuah rumah di Gua Musang juga telah menunjukkan kedangkalan ilmu dan fahaman Islam yang ada pada Nik Aziz.
Ketika Ustaz Mohd Nor menyuruh Nik Aziz bertaubat sebelum mampus kerana menyokong Dap Kapir harbi dengan pantas Nik Aziz menjawab “Mu pun sokong Mca”. Ini jelas menunjukkan Nik Aziz tidak faham akan agenda Dap dan tidak dapat membezakan antara kafir zimmi dan kafir harbi.
Apatah lagi pengikut Pas yang hanya bermegah dengan baju cekak musang dan kopiah putih di atas kepala , pada hal kosong dan cetek ilmu agama. Yang penuh dalam kepala mereka ialah Islam Pas yang diterima melalui kuliah dan ceramah oleh pemimpin mereka sahaja.

Friday, 20 April 2012

BAHAYA DAP KEPADA KEDAULATAN DAN PERLEMBAGAAN NEGARA


Segala puji dan puja hanya kepada Allah SWT. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar dan Penghulu Segala Nabi, Nabi yang terakhir serta kekasih Allah, ialah Muhammad SAW yang benar pembawa keamanan dan kedamaian sejagat. Selawat dan salam juga ke atas keluarganya dan para sahabatnya serta mereka yang mengikut jejak langkah Baginda SAW dalam melakukan dakwah dan perjuangan menegakkan sunnahnya hingga ke Hari Kiamat.

Sesungguhnya, hakikat orang Melayu di Malaysia ialah beragama Islam, dan dalam Perlembagaan Malaysia  menyebut bahawa orang Melayu ialah, mereka yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu.

Demikian juga dengan Negara Malaysia,  hakikatnya ialah salah sebuah Negara Islam dan dipimpin oleh pemimpin orang Islam, kerana dalam Perlembagaan Perkara 3 Fasal 1, tercatat bahawa; Agama Islam adalah Agama Rasmi Negara. Sementara Perkara 3 Fasal 2 dan 3 tercatat bahawa; Raja Menjadi Ketua Agama. Demikian juga dengan Perlembagaan Perkara 153 menyebut bahawa orang Melayu mempunyai hak dan keistimewaan tertentu yang tidak boleh dipersoalkan, kerana ia merupakan kesepakatan bersama di antara lain-lain bangsa yang disebut sebagai “kontrak social”.

Sesuai dengan ajaran Islam yang melarang umat Islam melantik pemimpin tertinggi di kalangan bukan Islam, lebih-lebih lagi Allah sendiri berfirman bahawa kuasa kepimpinan ditentukan oleh Allah dan Allah akan melantik dan menyerahkan urusan kepimpinan dalam sesebuah negara kepada orang bertakwa, orang bertakwa tentu sekali di kalangan orang Islam dan mustahil di kalangan orang bukan Islam. Rujuk surah Ali Imran  ayat 26 dan surah al-A’araf ayat 128 dan surah al-Nur ayat 55 yang selanjutnya dibincang dalam buku “BAHAYA DAP KEPADA KEDAULATAN DAN PERLEMBAGAAN NEGARA” sila dapatkan di pasaran.

Oleh itu usaha pihak DAP dan mana-mana pihak yang berusaha untuk menentang kepimpinan dan untuk mengambil alih kuasa pemerintahan yang ada sekarang ini serta mengubah perjanjian (kontrak sosial) yang telah termetrai dan dipersetujuan bersama, maka Islam menganggapnya sebagai tindakan melakukan “pemberontakan” yang boleh dikenakan tindakan, bukan sahaja di bawah Akta ISA atau dalam hukum Islam dibawah Hukuman Bughah.

Sesungguhnya, DAP sebagai sebuah parti atau kelumpuk bangsa yang bukan beragama Islam, apabila ia menyuarakan tentangan kepada Islam dan bangsa Melayu serta Raja-Raja Melayu yang menjadi tunggak kepimpinan Negara, maka mereka boleh digolongkan ke dalam golongan “Kafir Harbi” yang boleh ditentang dan diperangi dengan apa cara sekalipun oleh orang Islam (Melayu) dan rakyat yang setia dengan Negara ini. Kerana mereka telah melakukan penentangan terhadap Negara, melanggar perjanjian dalam Perlembagaan, iaitu ingin memansuhkan hak-hak bangsa Melayu dan Institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu.

Sebab itulah, buku “BAHAYA DAP KEPADA KEDAULATAN DAN PERLEMBAGAAN NEGARA” penting untuk rakyat Malaysia baca kerana di dalamnya mengandungi penjelasan terhadap beberapa persoalan yang timbul dan ditimbulkan oleh pihak DAP dan mereka yang bersekonkol dengannya, berkaitan dengan beberapa isu sensitif, sama ada dipandang di sudat keselamatan Negara dan juga keamanan menurut pandangan Islam, dengan diberikan pedoman dan panduan menurut keterangan al-Quran dan juga hadis serta keterangan dalam kitab-kitab karangan para ulama Muktabar.

Antara persoalan dan penjelasannya adalah bahawa orang bukan Islam dalam DAP, tidak sama dengan orang bukan Islam dalam parti komponen (bukan Islam) yang sama-sama berkongsi kuasa pemerintahan dalam kerajaan.

Penentangan DAP terhadap negara ini bukan semata-mata atas dasar perjuangan politik mengikut lunas-lunas Perlembagaan, tetapi lebih cenderung kepada sikap anti kepada Islam dan kepada bangsa Melayu yang menjadi tunggak pemerintahan Negara ini.

Ini dilihat kepada rancangan DAP hendak menghapus bangsa Melayu sebagai teras bangsa yang beragama Islam, yang majorit dan menguasai negara Malaysia. Sebab itu DAP anti kepada sistem Kesultanan Melayu dan jika mereka berkuasa di peringkat negara, tentu DAP akan gubal perlembagaan, mengubah hak-hak keistemewan bangsa Melayu dan menghapus sistem Kesultanan Melayu. Secara tak langsung Islam akan sendirinya terhapus, kerana teras kepada agama Islam ialah terletak kepada bangsa Melayu.

Kita Melihat juga kepada tindakan DAP mencadangkan Zaid Ibrahim mengganti Anwar Ibrahim, menunjukkan DAP tak ikritaf kewibawaan, ketokohan dan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi sebagai pemimpin tertinggi  dalam Pakatan Rakyat. Jika DAP dibiar menguasai Negara ini, tentu sekali kursi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dicadangkan kepada DAP, bukan Islam dan akhirnya kuasa penuh sebagai Perdana Menteri Malaysia akan bertukar kepada pemimpin bukan Melayu dan juga bukan Islam.

Kita juga dapat melihat, semasa isu pemeliharaan babi secara besar-besaran, DAP mendesak kerajaan PAS Kedah membuka ternakan babi besar-besaran, sedangkan Islam melarang perbuatan memelihara babi di negeri atau negara yang majoriti rakyatnya orang Islam. Tindakan wakil rakyat DAP kedah mengugut untuk menarik diri keluar daripada Pakatan Rakyat di Kedah, kerana pihak kerajaan PAS Kedah menutup ternakan babi, sebagai suatu bukti bahawa DAP memang tidak meghormati pemimpin Islam di Kedah dan juga umat Islam di negeri itu.

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat memeritah Selangor, langkah pertama DAP berusaha untuk pecah belahkan masyarakat Melayu/Islam, ialah DAP melantik Exco Kerajaan Tempatan Selangor, terdiri orang bukan Melayu/Islam supaya merancang penempatan untuk mengurangkan majoriti Melayu dalam kawasan majoriti Melayu sekarang ini.

DAP belajar kaedah dan cara menyusun penempatan dan memecah-belah rakyat Selangor berbangsa Melayu daripada kaedah yang dilakukan oleh Singapura, yang berjaya mengurangkan majoriti masyarakat Islam di beberapa penempatan tertentu. Sebab itu, sebaik sahaja Kerajaan PR Selangor terbentuk, semua Exco Kerajaan Negeri Selangor dibawa melawat Singapura. Ini membuktikan bahawa kiblat DAP dalam pemerintahan ialah ke arah Singapura. Singapura  pula berkiblatkan kepada Israel.

Kita juga melihat, bahawa dalam Pakatan Rakyat, yang majoriti pengundi PR ialah orang Melayu/Islam, sepatutnya Tok Guru Nik Aziz atau Haji Hadi atau tokoh-tokoh ulama jadi Penasihat PR, tetapi kedua-duanya bukan sahaja tidak diberi peranan penting, bahkan suara dan pandangan mereka tidak diindahkan. Ini menandakan PR yang didominasikan oleh DAP tidak selesa dengan kehadiran tokoh-tokoh agama dalam PR, cuma sekadar hendak diperalatkan sahaja demi sama-sama menyatakan penentangan terhadap kerajaan pimpinan bangsa Melayu.

Selain itu, kita juga melihat sikap kerajaan DAP Pulau Pinang mendesak agar wang zakat dan baitulmal di negeri Pulau Pinang diberi sama rata kepada bukan Islam, sedangkan wang tersebut adalah hak mutlak umat Islam sama ada di segi Perlembagaan dan juga di segi hukum Islam.

Sementara  dalam badget kerajaan Pulau Pinang, DAP telah mengurangkan peruntukan kepada orang Melayu. Adilkan demikian? Wang umat Islam hendak dikongsi dan wang kerajaan DAP dikurangkan untuk umat Islam.

Demikian juga semasa DAP memerintah Perak (seketika sahaja), dengan mendalangkan pemimpin Melayu (Menteri Besar, ketika itu) telah memberi tanah rezab Melayu kepada Bukan Islam geran miliki dalam masa yang panjang.

Banyak lagi isu-isu yang dibincang dalam buku ini, yang disorot mengikut pandangan Islam, bahawa tindak-tanduk DAP amat merahaya kepada Negara dan masa depan Melayu dan umat mat Islam.

Sebab itu, kita dapati keadaan umat Melayu di negeri-negeri pemerintahan DAP berada dalam keadaan tersepit. Semantara DAP Pulau Pinang telah memberi gambaran bahawa orang Melayu dan kerajaan pimpinan Melayu jahat dan tak dinamik.

Demikianlah beberapa persoalan penting yang  dibincangkan dalam buku ini bertujuan untuk menyedarkan orang Melayu dan Islam tentang bahaya idealogi politik DAP, jika dibiarkan mereka menguasai Malaysia.

Agenda Licik DAP terhadap Melayu di Pulau Pinang!!




Kenapa Masjid Di Medina Diperbuat Dari Pelepah & Pohon Thamar Sedangkan Kaabah Di Perbuat Dari Batu?


Kerana Kekuatan Ekonomi Nabi Muhammad Di Medina TERHAD Pada Ketika Itu. 
Islam Kemudiannya Gagah Perkasa Dalam Segala Segi Termasuk EKONOMI Kerana BERSATU!




Perlu Di Sedarkan Bahawa Semua Teknologi & Financing of Kemudahan Asas Untuk
1. Air
2. Letrik
3. Rumah
4. Makanan
5. Pakaian


Semua Keperluan Strategik Di Atas Tidak Berada Di Dalam Penguasaan Umat Melayu Islam.
Perjuangan Ini Adalah Satu Tuntuan Penting Dari Berdebat Kepartian Yg Tiada Penghujungnya.


Lihat Bagaimana Strategy DAP Untuk Menghapuskan Jumlah Penduduk Melayu Islam Di Penang. 


Sungguh Licik DAP Dalam Menjalankan Agenda Mereka Terhadap Orang Melayu Islam Di Penang.






1) Berdasarkan Lapuran Tahunan PDC 2007 (Semasa BN) Sebanyak 22 618 Unit Rumah Yang Mana Kebanyakannya Rumah Rakyat Telah Di bina Oleh PDC..



http://www.pdc.gov.my/imag
es/pdc_pictures/annualrepo
rt/annualreport2007.pdf
es/pdc_pictures/annualrepo
rt/annualreport2007.pdf



 .. Pg 18


2 ) Manakala Semasa DAP Memerintah, Laporan Tahunan PDC 2009 Pula Menunjukan Sejumlah RM 137.5 Juta Telah Hilang Daripada Account PDC, Manakala Tanggungan Semasa Bertambah Ke RM 129 Juta? 


Kemana Duit Lesap? 
Hutang Bertambah, Tiang Rumah Sebatang Pun Tak Tterpacak!


http://www.pdc.gov.my/imag
es/pdc_pictures/annualrepo
rt/annualreport2009.pdf
 ...Pg 56


Apa yang paling bestnya., kedua2 link maklumat ini telah dipadam oleh DAP Komunis untuk menghilangkan bukti!


Manakala Semua Kampung-Kampung Tradisional Melayu Habis Di kelilingi Dengan Kondo Mewah, Dan Orang-Orang Melayu Islam Yang Tiada Memeliki Tanah & Tidak Mempunyai Kekuatan Ekonomi TERPAKSA Berpindah Lari Ke Tanah Besar (Semenanjung Tanah Melayu).




Apa Adat Melayu Di Kampung Yang Masih Tinggal? 
Pastinya Terhimpit & Tertekan Manakala Tanah Yang Disediakan Untuk Rumah Kos Rendah Cuma Tinggal Sedikit Berbanding Demografi Kaum Lain.

Akhirnya Orang Melayu Akan Terpinggir Seperti Melayu Singapura & Cuba Mengekalkan Budaya Melayu Islam Di Dalam Flat Yang Mereka Mampu Sewa!

SOALANNYA SEKARANG:

Sila Ambil Maklum Bahwa Crony DAP Yang Di Beri Kuasa Telah Misled Segala Informasi Dalam Laporan Tahunan Mereka Seolah-Olah Mendapat Izin (Green Light) Daripada Pejabat Auditor General?

Kita Harus Sedar Bahawa Pejabat Auditor General Hanya Melakukan Operational Audit.

Segala Wang Keluar Masuk Adalah Dibawah Kuasa Hak Lembaga Pengarah Yang Di Ketuai Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Selaku PENGERUSI Penang Development Corporation. Dan Perlu Di Ingatkan Bahawa Ahli Lembaga Pengarah Adalah Golongan Terdiri Dari Pemimpin Dari Pakatan Rakyat. Ia Termasuk Melayu Dalam PAS & Juga Ahli PKR.

Lazimnya Jika BoD PDC Memberi Clearance Maka Pejabat AG Tidak Akan Menimbulkan Banyak Soal. Pegawau Dari AG Hanya Audit Supaya Wang Yang Dikeluarkan Mengikut Prosedur. Selalunya Badan Corporate Mempunyai Audit Committee nya Sendiri ( Selalunya Dilantik Oleh BoD)....So Macam Lutut Tanya Buku Lali..Jawabnya PASTI Cnsistent Punya...







Marik Kita Check Balik The Latest Housing Development Di Kawasan Tg Tokong, Feringghi & Tanjung Bunga....SEMUANYA High End For Exclusive Market.!! Memang PASTI Orang Melayu Tak Mampu Untuk Beli. 
Ini Tidak Berlaku Di Kawasan Bayan Baru, Seberang Jaya & Batu Kawan....Kebanyakannya Flat Yangg PDC Bina Untuk Rakyat Biasa ( Orang Melayu ADALAH Rakyat Biasa Di Penang)


Maka Retorik SELCAT Atau CAT Di Penang Adalah DUSTA. 
CAT Mereka Tidak Bertindak Atas Dasar Laungan Mereka Yang Konononya Transparent!!


Jelas Ada SALAH LAKU & BAD GOVERNANCE YANG BERLELUASA DI PENANG!!




Orang Cina Dari MCA & GERAKAN Tidak Bersuara Kerana Kepentingan Cina Adalah Kepentingan Mereka. 
Jadi Orang Melayu Islam Di Penang, Sendiri Mau Ingat Lepas Ni..Pikiaaq Betoi-Betoi Nooo


Adalah Satu Harapan Yang GILA Untuk Meramaikan Lagi Penduduk Melayu Islam Di Penang Sebelum Pilihanraya 
Mana Ada Kerajaan Yang Boleh Siapkan 22 000 Unit Rumah Rakyat Dalam Masa 2 Tahun.....Tu Pun Tak Sedag Lagi?


Bak Kata Orang Penang Di Melaka "Orang Melaka bole Jadi Boss Kat Penang...Haru Betoii Hangpa Sema Ni...


Kenapa Pula Bila DAP Gagal Untuk Bina Rumah Murah Maka UMNO Disalahkan? 


Analogi Soalan Ini Sama Nanti Bilamana Ditakdirkan Allah SWT Jika DAP Memerintah MALAYSIA (Nauzubillah)
. Maka Kegagalan Dalam Pentdabiran Mereka Akan Disalahkan Kepada UMNO. Kalau Begitu Teruk Tadbir Urus DAP Di Negeri Yang Diperintah (Selangor & Penang) Mana Mungkin Boleh Perintah Negara?


PAS Telah Terbukti TIDAK Menjaga Kepentingan Melayu Islam Di Penang, Selangor, Kedah & Kelantan Apabila Berada Di Bawah Telunjuk Pakatan Rakyat Yang DAP Sebagai Dominan Utama & PKR Sebagai Jambatan DAP Memperkosa Segala Prinisip Islam & Melayu Dalam PAS!


Orang Melayu Islam Kena FIKIR Bagaimana Nak Buat Rumah Di Penang Sebab DAP Tak Buat 1 Biji Pun? Tak Cukup 40 Rumah Di Penang, Maka Tak Perlu Masjid. Tiada Cukup Rumah Tiada Masjid : Tiada Masjid BERKUBUR Islam Di Penang: PANDAI STRATEGY DAP : Adakah BODOH Kita Orang MELAYU ISLAM Jikalau Tak Buat & Fikir Sesuatu Yang Strategic?




SPNB Juga Berkata Buat Rumah Ini Tak Untung : So REVAMP Sahaja SPNB Kalau Asyik Fikir Untung. Kalau 
Nak Untung Buka Syarikat Sendiri Wahai SPNB..Ini Pelan Negara Bukan Pelan Otak Sendiri.


But Nobody Knows How Much Orang Di SPNB Buat Untung Out Of The Contract Especially Kalau Sub-Contractors & Suppliers Are Towkeys DAP. Kita Selalu BLOCK Melayu PAS Tapi Kita OK Dengan Cina, Ingatkan MCA @ GERAKAN. Rupa-Rupanya DAP!!


Sekarang Ini Bhg Perumahan Swasta Dari Jab Perumahan Negara of KPKT - Di Ketuai Oleh Bangsa Cina LEBIH AKTIF Dari SPNB. Tanya Balik Berapa Banyak Rumah SPNB Buat Tahun Ini & Berapa Hutang SPNB Belum Bayar Kepada Kontraktor Bumi? Yang PASTI Beribu Rumah SPNB Buat Di Sabah Dengan Bumiputera Sabah Yang Sebenarnya CIna. Itu Yang SPNB Kata Untung & Bijak.


Kontraktor Melayu Di Himpit Oleh Orang-Orang GLC Melayu Secara Sistematik. Akhirnya Mereka Akan Buat UNDI PROTES! PRU 12 Telah Terbukti




Kaji Semula Keperluan Memahami KONSEP EKONOMI DALAM RUKUN ISLAM!!


http://echelon-vedasara.blogspot.com/2011/04/konsep-ekonomi-dlam-rukun-islam.html


Dalam Menunaikan Solat Selepas Mengucap & Beriman. Maka Adab Solat Kena Ada. Menutup Aurat Memerlukan Pakaian, Maka Fardhu Ain Untuk Menutup Aurat & Fardhu Kifayah Untuk Umat Islam Mengeluarkan Pakaian, Kain DSB. Membekalkan Air Bersih Untuk Berwudhu Memerlukan Teknologi Serta Menjaga Kitaran Air Bersih & Dunia Agar Bersih. Maka Untuk Menjalankan Solat Secara Berjemaah Di Masjid. Eco-System Pembinaan/Construction MESTI Di Kuasai Oleh Orang Islam.


Hendak Berjemaah MESTI Ada Perkampungan (Settlement) Islam. Kena Ada Rumah!! Dan Orang Kafir Telah BERJAYA Meruntuhkan Eco-System Dalam Rukun Islam Dengan Menghapuskan RUMAH Di PENANG!!

Pas Sanggup Jadi `Kafir’ Dan `Munafik’ Kerana Takut Dihalau Dari BA



                                  Image

Akibat terlalu suka mengkafir dan memunafikkan orang lain, akhirnya tuduhan tersebut berpatah balik kepada Pas. Hari ini, umat Islam Malaysia menjadi saksi kepada kesanggupan Pas untuk menjadi `kafir’ dan `munafik’. Lebih malang lagi, Pas sanggup menjadi `kafir’ dan `munafik’ semata-mata kerana takut dihalau dari Barisan Alternatif (BA).

Benar, New Straits Times dan media perdana yang lain tersilap bila melaporkan “Keadilan, PRM may leave front”. Laporan ini telah ditegur oleh Dr Syed Husin melalui kenyataan akhbar yang disiarkan secara penuh oleh Harakahdaily. Kata Syed Husin, itu bukan apa yang dimaksudkan olehnya.
Sebaliknya, menurut Syed Husin kenyataan yang lebih tepat ialah, jika kata muafakat gagal dicapai kerana Pas tidak mungkin mengubah pendirian, bentuk kerjasama ini perlu diubah.

Boleh baca disini: http://www.harakahdaily.net

Menurut Syed Husin, semua parti yang bersetuju dengan perjanjian ini boleh menyertai pakatan tersebut. “Sekiranya ada parti yang tidak menyetujuinya, mereka bolehlah mengasingkan diri. Terserah kepada Pas atau parti lain untuk menentukan sama ada mereka hendak menyertainya atau tidak.”
Kenyataan Syen Husin ini jelas membuktikan bahawa bukan PRM atau Keadilan yang mahu keluar dari BA tapi Pas sebenarnya dihalau keluar dari BA jika masih berdegil.

Akibat ugutan PRM, Pas jadi serba salah. Reaksi pertama Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang menampakkan yang dia agak emosi sehingga mengeluarkan kenyataan berbunyi, “Pas tidak mempunyai sebarang keinginan untuk mempersoalkan polisi SOSIALIS yang dianuti oleh rakan-rakan di dalam dan di luar BA.”
Bagaimanapun segalanya berubah selepas itu. Mungkin disebabkan ketakutan, Hadi segera membuat kenyataan balas, tetapi kali ini Harakahdaily hanya menyiarkan kenyataan penuh Hadi dalam bahasa Inggeris.
Kata Hadi, Pas sekadar menunaikan `janji’ kepada rakyat negeri Kelantan dan Terengganu. Bagi negeri lain, termasuklah kerajaan Persekutuan, Hadi menyebut, "Sekiranya Pas diizinkan Allah untuk memerintah, pembentukan Kerajaan Pusat bergantung kepada persetujuan dalam Barisan Alternatif sebagaimana yang dibincangkan.”

Ada beberapa persoalan yang timbul berikutan kenyataan Pemangku Presiden Pas ini.
Pertamanya, adakah kenyataan Hadi ini bermaksud bahawa jika BA tidak mahu melaksanakan undang-undang hudud dan menegakkan negara Islam, maka Pas juga bersetuju untuk tidak melaksanakannya?
Semua rakyat Malaysia tahu, tidak mungkin Lim Kit Siang dan DAP akan bersetuju untuk menegakkan negara Islam. Tidak mungkin Syed Husin yang berfahaman sosialis (saki baki peninggalan komunis) juga mempersetujuinya.

Hishammuddin Rais juga telah membuat satu kenyataan yang menyeru agar semua intelektual, golongan pekerja, buruh dan semua rakyat untuk memikirkan secara serius mengenai pembentukan sebuah negara yang benar-benar demokratik dan sekular (bukan `Islamik’ seperti yang diimpikan oleh Pas).
Jelasnya dengan meletakkan keputusan di tangan orang bukan Islam dan orang yang tidak jelas fahaman Islamnya, bukankah Pas telah melanggar satu prinsip yang benar-benar diperjuangkan selama ini, iaitu "janganlah orang-orang mukmin menjadikan orang-orang kafir sebagai wali selain orang-orang mukmin. Siapa saja yang berbuat demikian, maka terlepaslah dari pertolongan Allah"?
Bukankah ayat ini yang telah dijaja oleh Pas di merata-rata termasuklah di dalam usrah-usrah dan kursus-kursus latihan mereka?
Bukankah suatu masa dulu Pas pernah mengeluarkan `fatwa’ bahawa haram bagi mana-mana orang Islam bekerjasama dengan orang bukan Islam, apatah lagi melantik mereka sebagai `wali’ atau pemimpin dalam kerajaan?


Mustahil Hadi Awang dan Pas lupa tentang hadis riwayat Imam Ahmad, yang sering mereka sebutkan di dalam ceramah mereka di kampung-kampung, iaitu, "Janganlah kalian mencari penerangan dari api Musyrikin (yakni meminta pertolongan kepada kaum musyrikin untuk berdepan dalam sesuatu peperangan)"
Lupakah Pas? Perlukah kita ingatkan Pas bahawa amat besar kemurkaan Allah swt ke atas orang yang berkata-kata tapi tidak pula melakukannya?
Persoalan yang kedua ialah, kenapakah Pas yang kononnya begitu gagah perkasa, kelihatan amat takut dengan ugutan PRM? Apa sajalah PRM untuk dibandingkan dengan Pas? PRM bukan parti popular di kalangan orang Melayu.

Umat Melayu yang kuat pegangan dan kukuh pengetahuan Islamnya tidak akan sedikitpun terpengaruh dengan ideologi sosialis.
PRM juga bukan sebuah parti yang popular di kalangan bukan Melayu, kerana ia tidak dapat membantu kaum bukan Melayu untuk mendapat sebarang pembelaan. Jasa MCA, Gerakan dan MIC jauh lebih besar kepada orang bukan Melayu, berbanding apa yang telah dilakukan oleh PRM sejak dari mula penubuhannya lagi.

Bukan senang bagi PRM untuk memenangi, walaupun sebarang kerusi di Kuala Lumpur, sebaliknya Pas memiliki dua buah negeri dan kononnya bakal menawan dua buah lagi neger, iaitu Kedah dan Pahang. Kenapa Pas perlu takut?
Hanya terdapat dua saja kemungkinan dari sikap `takut’ Pas ini. Salah satu darinya ialah, pemimpin-pemimpin Pas sudah merasa terancam dan semakin kehilangan sokongan rakyat Islam dan bukan Islam, Bumiputera dan bukan Bumiputera.

Pas bernasib baik kerana isu `mata lebam’ menguntungkan mereka. Rakyat yang tidak bersetuju dengan dasar-dasar Pas telah menyokong Pas hanya kerana mereka mahu mengundi BA. Oleh kerana `mata lebam’ bukan merupakan isu lagi, Pas agak gentar untuk berdepan dengan kekuatan UMNO dan Barisan Nasional.
Mungkin juga ada sebab keduanya. Mungkin `keakuran’ Pas ini hanya sandiwara bermusim Pas untuk memperalatkan BA bagi mendapatkan sokongan orang bukan Islam dan juga penyokong-penyokong BA yang lain. Pas tahu, tanpa `kesepakatan’ ini mereka boleh melupakan hasrat untuk menawan Kedah dan Pahang.

Sikap `bermuka-muka’ Pas sebenarnya bukan asing kepada rakyat Malaysia. Serban dan jubah hanyalah sekadar `topeng’ bagi menunjukkan sifat mereka yang kononnya `beragama’.
Ingatkah kita suatu masa dulu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pernah menyebut yang Pas hanya mempergunakan Keadilan, begitu juga sebaliknya? Sebagai orang Islam kita tahu kenyataan Nik Aziz itu tidak Islamik, kerana dalam Islam, kita diajar bahawa sebarang kerjasama sepatutnya harus lahir dari keikhlasan dan semangat bertolak ansur.

Bagaimanapun, sebagaimana sifat seorang ulama palsu, Nik Aziz tanpa sebarang rasa bersalah menghalalkan kerjasama yang tidak diasaskan mengikut prinsip ajaran Islam, sebaliknya dia lebih selesa berkiblatkan ajaran politik Barat yang menghalalkan sikap tidak jujur dan perbuatan mempergunakan orang lain demi mencapai matlamat politik.

Pas amat licik dalam hal `bermuka-muka’ ini. Pas tahu, sekiranya Pas bertindak memungkiri perjanjian yang dibuat pada masa hadapan, Pas akan sentiasa dapat mempertahankan diri dengan meletakkan kesalahan tersebut ke atas bahu rakan-rakan di dalam BA.

Di antara hujah yang mungkin digunakan oleh Pas, ialah, mereka tidak bersalah kerana setiap ahli BA sendiri tidak bersikap jujur dan niat asal masing-masing hanyalah untuk mempergunakan di antara satu sama lain.
Nyatanya, Pas bukan sebuah parti Islam tetapi hanya sebuah parti politik yang boleh bertukar rupa dan berubah warna pada bila-bila masa. Sebagai parti politik mereka tidak pernah mengikat diri mereka dengan prinsip dan hukum Islam yang sebenar – hari ini mereka boleh jadi `munafik’, besok mereka boleh jadi `kafir’.
Demi kuasa, Kerajaan Persekutuan BA sudah hampir pasti menjadi sebuah kerajaan yang perlembagaannya tidak mungkin berlandaskan Al-Quran dan Sunnah sebaliknya ditentukan oleh logika kelompok sosialis dan sekularis.

Di bawah per`sepakatan’ BA, Malaysia tidak mungkin lagi menjadi Negara `Islam’ Pas sebaliknya akan menjadi Negara `kafir’ Pas. 

Agenda Kristian DAP Menghentam Ehwal Ekonomi Melayu Islam





                              

Pernahkah Org Melayu Tak Kira UMNO, PKR, PAS! DAP! PERKASA Terfikir Bahawa......TAK PERNAH SEKALI DAP PERTIKAI HAL EHWAL EKONOMI CINA....Yang Sering Mereka Hentam & Complaint IALAH Perihal Ekonomi Melayu & Hak Keistimewaan Org Melayu Yg Berhubungkait Dgn Ekonomi.

Kenapa PAS, PKR & Melayu Dalam DAP Yg Berpakatan Dgn DAP Tak Pernah Sekali Bantah?

Hal Hudud DAP Bantah, PAS Senyap. PKR Nyanyi Kesamarataan Agama.
Hal Negara Islam Karpal Bantah, PAS Senyap. PKR SOKONG DAP.
Hal Beer 7-Eleven & Pusat Hiburan Yg PAS Bertindak, DAP Bantah PAS Mengalah Demi Politk Bukan Demi Islam. MB PKR Tekan ExCo PAS.

Dan Dalam Semua Perkara Islam Yg Di Henyak Oleh DAP, Presiden PAS & Bekas Presiden Angakatan Belia ISLAM Malaysia Juga Senyap.

Sekarang Hal Ekonomi Melayu Pun PKR, PAS Nak Diam & Biarkan DAP Hentam?

Kalau PAS Kata Hal Melayu Bukan Agenda PAS Yg Islamic, Kenapa Hal Islam Pun PAS Senyap?

PAS Nak Bela Islam Ke Melayu Ke Atau Syok Syok Jadi Pembangkang?

Yg Pelik Presiden ABIM Yg Islamic Dgn Jawatan Bekas Menteri Kewangan Yg Kononnya Pakar Ekonomi Pun SENYAP Tak Bela Islam & Ekonomi Melayu Islam?

Mohon Allah SWT Sedarkan Kedangkalan Mereka Yg Tiada Prinsip & Maruah Agama Bangsa Ini Dari Mendapat Sokongan Rakyat.

DAP Dah Buat List Usaha Mereka Bangunkan Penang, BUKAN Malaysia.
Apa Usaha PAS & PKR Dlm Membangunkan Islam & Ekonomi Melayu Islam & Malaysia?

Biar Mati BerMARUAH, Dari Hidup Jadi BARUAH & Mati Jadi PARIAH!

Monday, 16 April 2012

PR & BN mana lebih teruk?


1. Anwar Ibrahim kata 16 Sept .2008 Pakatan Rakyat akan jadi kerajaan di Malaysia. berdegar degar dia mengaum, tapi tak jadi pun……
2. Anwar Ibrahim kata dalam sebuah jurnal bahasa Inggeris, (dia fikir dia saja yang pandai cakap Bahasa Inggeris), dia sokong keselamatan kewujudan sebuah negara Israel.
3. Anwar Ibrahim biar dahi dia dicalit abu merah, siap senyum lagi….
4. Penyokong PAS tak boleh kata, kami tak kisah.
Penyokong PAS tak boleh kata, itu pandangan peribadi dia. Penyokong PAS tak boleh kata, apa yang Anwar Ibrahim buat- tak ada kena mengena dengan kami.
5. TAK BOLEH !!! why, you ask me?
6. Kan Si Anwar Ibrahim tu you all punya Bakal PM? So, apa yang dia kata, kalau you all tak kata apa-apa, maknanya you all SETUJU…
7. You all orang PAS setuju ka, tertegaknya negara ISRAEL?
8. You all orang PAS setuju ka, you all punya PM pakai calit merah kat dahi?
9. Kalau you all SETUJU… maknanya, you all BUKAN Parti yang memperjuangkan agama ISLAM. You all kemaruk pangkat, kemaruk takhta, kemaruk harta… macam orang lain jugak la….
10. wahai orang-orang PAS….bukalah mata… (nauzubillahi min zaalik) kalau Putrajaya jatuh ke tangan Anwar pada PRU13 nanti, dan jika PM you all sokong Israel lepas itu, you all akan bertanggungjawab atas setiap titik darah merah anak-anak, wanita-wanita dan orang-orang tua Palestin yang mengalir di bumi Anbiya’ itu.
11. Hilangkah you all punya capacity of thought? Tak boleh tengok sendiri ka gelagat Anwar and his way of politicking? Macamana dia memang sokong LGBT? Tak nampak kah you all orang PAS, that Anwar is FOR LGBT, NOT AGAINST? You all pun sokong kah LGBT tu? Sokong kah??????? Kalau tak sokong, kenapa sokong Anwar?
12. So, BN is not that good, but is PAS , PKR and DAP any better?
13. PKR Selangor tak rasuah ka? DAP Penang issue-free ka? PAS is worst.
14. Adakah dalam ISLAM, orang bawahan boleh tentang ketua secara terbuka? Waaahhhh… nampak macam selesai dengan baik lah kat KEDAH tu.
15. Mana adaaa????? Tak tau taat pun masih nak diangkat duduk dalam EXCO? Hancus KEDAHku…. Jawatankuasa PEmandu konon.. Tu lah tanda Kerajaan PAS KEdah tak tau buat kerja. Tak paham-paham lagi kah you all???? You all punyai Parti ni, tak tau buat kerja, tak reti buat kerja??? Tak boleh terima ya??? In denial yaa????
16. Well, I’m here calling a spade a spade. PAS, PKR dan DAP tak boleh diundi semula sebagai kerajaan in the next general election because they are simply not ready and they do not have the skills to rule this wonderful country of mine. They know only how to wreak havoc and chaos.
17. Maybe BN is not perfect, but at least they do not blame others for their failures and they do not use the conspiracy theory all the time. And the past BN leaders have done some good work, I have no big complaints. At least they have visions to make life in Malaysia at a standard comparable to some developed societies in the developed world. I’m not comparing Malaysia to Australia or New Zealand or Germany. That wouldn’t be fair.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya