Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Sunday, 29 July 2012

Sejarah Penubuhan Malaysia.


DARI TANAH MELAYU KE PENUBUHAN MALAYSIA ::

                                        

Sungguhpun Malaya telah mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, dan setelah lebih 400 tahun dijajah oleh pelbagai kuasa luar; Eropah dan Asia, namun banyak usaha dan formula yang harus dicapai untuk penyatuan dan kemakmuran Tanah Melayu.

§ Ternyata, kemerdekaan yang diperolehi oleh Tanah Melayu dicapai dengan cara keamanan, melalui rundingan meja bulat tidak seperti negara jajahan lain.

§ Pembentukan Tanah Melayu dan kejayaan kemerdekaan itu adalah hasil usaha penyatuan tiga kaum utama; Melayu, Cina dan India berdasarkan tolak ansur sesama mereka. Atas dasar inilah kesepakatan inilah juga yang memberi asas yang kukuh dalam pembentukkan Malaysia kemudiannya.

§ Masalah utama dan paling besar pada ketika itu ialah perpaduan dan kesatuan masyarakat yang telah bertambah akibat pertambahan populasi penduduk. Selain itu pelbagai lagi rentetan dan peristiwa yang terdiri dari faktor politik, sosial dan ekonomi.

                                         

:: USUL PENYATUAN NEGERI-NEGERI ::

§ Idea penyatuan negeri-negeri di serantau Malaya telah timbul berkali-kali dalam sejarah. Keinginan itu telah timbul sejak pemerintahan British.

§ Paling awal gagasan penyatuan ini dapat dilihat dari cadangan penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.

§ Kemudian, paling serius pada tahun 1932, British berjaya menguasai 9 buah negeri serta Sarawak dan Borneo British. Rasionalnya, ini akan memudahkan pentadbiran tanah jajahan mereka.

§ Pada tahun 1955, David Marshall mencadangkan penyatuan Singapura dan Malaya yang juga disuarakan oleh Ghazali Shafie [1954], Tan Cheng Lock [1955]. Dan, pada tahun 1959 Lee Kwan Yew mencadangkan usul penggabungan Singapura dan Malaya. Akhirnya, cadangan yang konkrit datang dari Tunku Abdul Rahman, dalam persidangan UMNO 1955. Tunku menyatakan kesediannya untuk menerima Singapura, Serawak, Brunei dan Borneo Utara British.

§ Namun, cadangan ini menimbulkan reaksi sokongan ataupun tentangan dari pelbagai pihak.

                                       

:: STATUS POLITIK NEGERI-NEGERI DALAM USUL ::

Lima buah negeri yang bercadang untuk bergabung ialah
Brunei
Borneo Utara British [Sabah ]
Sarawak
Singapura
Persekutuan Tanah Melayu

                                                   
§ Selama hampir 2 tahun, usaha terhadap rundingan penggabungan ini yang menempuhi cabaran, rintangan dan kekeliruan bukan sahaja dikalangan pemimpin malah di peringkat rakyat.

§ Di antara 5 negeri-negeri itu, hanyalah Persekutuan Tanah Melayu yang bebas merdeka. Singapura pada ketika itu statusnya masih berstatus koloni, sementara Sarawak, Borneo Utara dan Brunei masih dalam naungan penjajahan British.

§ Jadi 4 buah negeri itu belum merdeka, dan kemasukkannya ke dalam Malaysia membolehkan negeri-negeri itu mendapatkan kebebasan dari kuasa kerajaan British.

§ Perkara ‘ bebas melalui percantuman‘ ini menjadi satu faktor umum yang dianggap pendorong negeri-negeri bakal anggota itu menyertai Malaysia.

                                      
:: DORONGAN UNTUK PENUBUHAN MALAYSIA ::

§ ‘Bebas melalui percantuman’ inilah yang menjadi pendorong bagi semua negeri untuk merdeka. Hal ini telah disebut berkali-kali oleh beberapa pihak di Britain dan pemimpin-pemimpin di Asia Tenggara.

§ Tunku sendiri kerap menekankan peluang kemerdekaan dan bukan soal pengembangan wilayah bagi kepentingan Kuala Lumpur.

§ Di Singapura, Singapore People’s Alliance berkata bahawa cara terbaik untuk merdeka ialah melalui penyertaan dalam Malaysia.

§ Tunku juga sanggup bersabar dengan perihal politik dalaman Singapura, dan menyelesaikan masalah-masalah dalaman tersebut.

§ Tunku menolak sebarang fahaman berunsurkan komunisme, dan mahukan Singapura benar-benar sanggup bersikap Malaysian.

§ Satu sebab dorongan penubuhan Malaysia ialah untuk memupuk persefahaman serantau, dan melahirkan satu bangsa yang kaya warisan kebudayaannya. Dengan ini ia akan membentuk identiti yang tersendiri.

§ Kerana itulah, Tunku menekankan Malaysia dalam lingkungan kelima-lima buah negeri bukan mendahulukan kepentingan Singapura.

§ Satu sebab lagi ialah mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan serantau. Pengekalan majoriti penduduk berketurunan Melayu dan sukukaum pribumi dapat menjamin keamanan dan kestabilan serantau.

§ Faktor yang lain ialah mengenai soal keselamatan, keamanan dan kestabilan politik serantau. Pada ketika itu pengaruh Komunis kian menular. Inggeris berpendapat penubuhan Malaysia akan dapat membendung rebakan semangat komunisme di Singapura, Serawak dan Brunei.

§ Kebimbangan ini sangat dirasai oleh British kerana kepentingan pelaburan dan kepentingan ekonomi mereka di timur.

§Faktor ekonomi juga menjadi pendorong penubuhan Malaysia. Ringkasnya, Singapura dengan perdagangan antarabangsa, perusahaan dan pelancongannya, Brunei dengan hasil minyaknya, Sabah dan Serawak dengan hasil hutan sementara Malaysia dengan hasil galian dan pertaniannya.

                                               
RINGKASAN NOTA

POLITIK
Mempercepatkan kemerdekaan bagi negeri-negeri Brunei, Singapura, Sarawak dan Sabah

Membanteras ancaman komunis, lalu mengekalkan keamnan dan kestabilan politik

Mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan

EKONOMI
Memajukan ekonomi serantau untuk kepentingan negara dan rakyat negeri-negeri anggota

Kepentingan pelaburan Inggeris di Asia Tenggara melalui keselamatan dan kestabilan politik [ ancaman komunis ]

SOSIAL
Memupuk bangsa Malaysia dengan identiti yang baru berteraskan perkongsian warisan budaya yang kaya

                                                 
:: REAKSI TERHADAP PENUBUHAN MALAYSIA ::

Komitmen Tunku Abdul Rahman dan Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu menimbulkan pelbagai reaksi dan positif .Dalam negeri-negeri anggota terdapat keputusan atau ulasan yang sering berubah-ubah, dan kadangkala mengelirukan.

1. Singapura
Lee Kwan Yu dikatakan paling berminat, dan menyetujui cadangan yang diusulkan. Bagaimanapun, ramai sangsi dengan ketelusan dan keutuhan Malaysia. Pada awalnya memberi sokongan dan akhirnya memberi tentangan sehingga menyebabkan kekalahan part yang dipimpin oleh Lee Kwan Yu di 2 pilihanraya kecil di Singapura. Sungguhpun begitu Lee Kwan Yu masih tetap dengan pendirian untuk menyertai penubuhan Malaysia.

2. Brunei
Sambutan rakyat Brunei juga tidak sebulat suara. Berlakunya juga tentangan antara beberapa pihak samada pro ataupun kontra terhadap usul penubuhan tersebut.

3. Sabah dan Serawak
Penyertaan Sabah dan Serawak memberi erti kemerdekaan dua negeri tersebut dari jajahan British. Mereka juga percaya sentimen komunis semakin membimbangkan dan ianya mudah diatasi secara bersama dalam satu pemerintahan yang baru.

Bagaimanapun, ada sesetengah pihak khuatir kepada ‘Malayan domination’. Orang-orang bukan Melayu khususnya, takut didiskriminasikan atau tidak mendapat layanan yang sama. Perasaan ini timbul kerana kuasa politik dipercayai akan bertumpu di pihak Kuala Lumpur.

4. Persekutuan Tanah Melayu
Sokongan terhadap Malaysia lebih menyeluruh, walaupun terdapat berlainan pendapat. Pemimpin-pemimpin sering menimbangkan untung ruginya jika penubuhan Malaysia ini dilaksanakan. Pada ketika itu terdapat juga pemimpin-pemimpin yang lebih berminat terhadap gagasan penubuhan MAFLINDO [gabungan Malaya, Filipina dan Indonesia]

5.Britain
Secara tuntas, Britain menyetujui pakatan penubuhan Malaysia ini, sungguhpun secara dasarnya Britain menyerahkan kembali tanah jajahan yang mereka niliki ke asalnya. Namun, mereka masih mempunyai kepentingan ataupun keuntungan dari segi pelaburan ekonomi mereka.

 

Walaubagaimanapun, masih terdapat masalah dalaman yang melambatkan proses penubuhan. Justeru itu, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bagi meninjau pendapat rakyat dan kerjasama British sehingga Malaysia lahir.

                                        

:: KAJIAN KE ATAS PENUBUHAN MALAYSIA ::

Tunku melakukan kunjungan muhibbah ke Sabah dan Serawak [1961], tujuannya ialah supaya Tunku dapat meyakinkan kepada rakyat Sabah dan Serawak terhadap gagasan penubuhan Malaysia. Tunku juga berjaya mengurangkan kekeliruan yang timbul sebelum ini.

Pada pertengahan 1961 juga, Tunku melakukan kunjungan ke Brunei atas tujuan yang sama. Ekoran daripada itu, Sultan Brunei menubuhkan satu suruhanjaya tinjauan untuk menentukan pendirian sebenar rakyat Brunei.

Pada Ogos 1961 satu rundingan telah dibuat antara Malaysia dan Singapura. Antara persetujuan yang dicapai ialah Singapura mendapat kuasa autonomi dalam hal-hal pendidikan dan buruh. Kerajaan pusat akan bertanggungjawab atas soal pertahanan , hubungan luar dan keselamatan dalam negeri.

Pada Julai 1962, Tunku dan beberapa orang penting dari Malaysia melakukan satu lagi rundingan di London. Antara perkara yang tidak disenangi oleh Tunku ialah perlaksanaan Malaysia dalam 2 peringkat yang mengambil masa tempoh selama 5 tahun. Pada kali ini, rombongan Tunku mengalami cabaran besar untuk meyakinkan pihak Britain tentang usul mereka. Pada 1 Ogos 1962, Suruhanjaya Cobbold mengemas laporan untuk disiarkan secara rasmi pada 1 Ogos 1962

Pada Ogos 1962 Suruhanjaya Cobbold telah dilancarkan. Ia dipimpin oleh Lord Cobbold dengan empat anggota lain [ 2 British dan 2 rakyat Malaysia] meninjau pendapat rakyat Sabah dan Serawak. Lebih 70 peratus penduduk dua buah negeri itu bersetuju. Seterusnya mereka memperakukan supaya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

                                  

Malaysia tanpa Brunei
Keghairahan awal Sultan Brunei untuk menyertai Malaysia anehnya tidak berkesudahan apabila Sultan Omar Ali Sarifuddin membatalkan rancangan untuk menyertai Malaysia. Perubahan itu berlaku kerana Sultan Brunei kecewa sebab ada di antara tuntutan baginda tidak dipenuhi.

Malaysia dan tentangan luar
Proses pembentukkan Malaysia sebenarnya mendapat tentangan dari Filipina dan Indonesia. Indonesia cuba menghalang pembentukkannya dan terus memusuhi Malaysia setelah negara baru itu lahir.

Filipina pula mendakwa Sabah adalah asalnya sebahagiannya daripada milik negerinya. Jadi pembentukkan Malaysia yang memasukkan Sabah ke dalam Persekutuan baru itu akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina ke atas Sabah. Sungguhpun majoriti rakyat Sabah menyokong penubuhan Malaysia, Filipina terus membantah lalu memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaya.

                                          
Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno, menumumkan dasar Konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’ . Penubuhan Malaysia didakwa akan menggagalkan rancangan Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya. Dasar ini telah memuncak dengan keganasan, yang melancarkan serangan di sekitar sempadan Sabah dan Serawak. Sukarno juga menghantar gerilanya mendarat di pantai barat Johor untuk mengintip.

Pada tahun 1965, Parti Komunis Indonesia gagal dalam usahanya merampas kuasa di Indonesia, dan Sukarno berjaya digulingkan. Seterusnya Sukarno digantikan dengan Jeneral Suharto. Rundingan damai berjaya dicapai dan ditandatangani pada bulan Ogos, 1966.

                                    

:: PENGUNDURAN SINGAPURA DARI MALAYSIA ::

Pelbagai masalah dalaman timbul di Singapura hingga minat Singapura untuk kekal dalam Malaysia tidak kekal.2 tahun selepas pembentukkan Malaysia mengalami polarisasi kaum yang berbahaya, antara pelampau-pelampau Cina Singapura dan pelampau-pelampau Melayu, yang mengancam toleransi hubungan Melayu-Cina secara menyeluruh.

Keretakan hubungan Singapura-Kuala Lumpur mula timbul dalam suasana pilihanraya pertama Malaysia pada tahun 1964. Keretakan ini timbul apabila Singapura mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.

Keretakan ini berpanjangan dan berbagai usaha penyelesaian dilakukan berkali-kali. Akhirnya pada 7 Ogos 1965 Tunku dan Lee Kwan Yu menandatangani perjanjian perpisahan. Pada 9 Ogos 1965 parlimen meluluskan rang undang-undang perpisahan. Dengan itu Singapura keluar daripada malaysia dan menubuhkan republik.

                                           
:: KONKLUSI ::

Sejarah pembentukan Malaysia sebenarnya tidak panjang. Ianya tidak mempunyai tahap-tahap yang lama seperti ditempuh dalam mencapai kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Namun begitu pelbagai peristiwa berlaku dalam jangkamasa dua atau tiga tahun sebelum penubuhan yang menimbulkan reaksi penentangan, konflik antara negeri dan kesemuanya ini adalah perkara-perkara mustahak untuk difahami.

Peristiwa – peristiwa ini membawa banyak implikasi dan pengajaran. Akhirnya, 30 bulan selepas hasrat penubuhan malaysia diumumkan dengan serius oleh Tunku Abdul Rahman, Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.



Rujukan:

1. Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayuim A. Jawan. 1997. Kenegaraan Malaysia. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

2. Nazaruddin M. Jali, Nazami Kuntum dan Ismail Rashid, 1996. Kenegaraan Malaysia. Sejarah Awal, Kemerdekaan dan Pembentukan Malaysia, [Edisi Baru], Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

3. Noordin Sopiee, 1974, From Malayan Union to Singapore Separation, Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Isu nama Allah




                                                   

Isu nama Allah ini bukan bermula hari ni, tapi sudah lama. Ramai ulama’ yang memberikan komen dan pandangan gagal memahami isu ini dari objektif gerakan Kristian di Malaysia. Saya tak punya banyak masa.. saya muatkan kronologi ringkas dan secara mudahnya begini, saya ambil rujukan dari buku History of Catholic Faith in Malaysia dan beberapa sumber penerbitan Kristian yang ada dalam simpanan saya. Ia perlu kerana terdapatspin doctors di luar sana yang cuba menangguk di air keruh. Isu ini sebenarnya bermula dari tahun 1981 dan di kala itu, oleh kerana tiada pihak yang memandang isu ini dari kacamata keuntungan politik, ianya tidak di bawa ke mahkamah untuk dipanaskan.
 Pelik apabila setelah hampir 30 tahun, isu ini timbul atas tujuan tertentu. Berikut kronologi ringkas untuk sahabat semua nilaikan. Selama hampir 30 tahun isu ini dikawal dan dijaga oleh pihak kerajaan supaya ianya tidak menjadi api yang membakar semangat persaudaraan, tiba-tiba sahaja sejak dua tahun kebelakangan ini ianya ditimbulkan pada skala besar-besaran.Saya tidak menyokong mana-mana parti politik, tetapi saya hanya mahu jelaskan apa yang benar dan perkara yang berada dalam pengetahuan saya. Nilaikan kronologi berikut:

 
                                 
o Import dan penggunaan Bible dalam bahasa Indonesia dengan tajuknya alKitab pertama kali diharamkan pada 1981 secara total oleh Kementerian Dalam Negeri di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

o Pengharaman ini diprotes oleh kumpulan Kristian, lalu ia dibenarkan import dengan syarat yang ketat, iaitu hanya boleh dijual di kedai2 buku Kristian dan gereja2.

o Alasan pengharaman yg diberikan kerajaan ialah kerana di dalam Bible berbahasa Indonesia tersebut mengandungi beberapa kalimah yang menyentuh sensitiviti serta mengelirukan umat Islam.

o Kumpulan kristian berhujah bahawa nama Allah sudahpun digunakan oleh orang-orang Arab sebelum Islam. Anuar Ibrahim pada ketika ini bersama kerajaan.

o Dalam tahun 1980-an, negeri2 Perak, Kelantan dan Terengganu mengharamkan 36 perkataan yang diharamkan pihak bukan Islam gunakannya. Berikut perkataan tersebut : (Akhirat, Dakwah, Ibadat, Kadi, Mufti, Syeikh,al Qur’an, Fatwa, Ilahi, Karamah, Nabi, Syariah, Al Sunnah, Firman Allah, Imam, Khalifah, Qiblat,Tabligh, Allah, Hadis, Iman, Khutbah, Rasul, Ulama’, Azan, Haj(Haji), Injil, Masjid, Solat, Wahyu, Baitullah, Hauliak, Kaabah, Mubaligh, Syahdah, Wali).

o MCCBCHSS lantas berjumpa Dr. Mahathir pada 10 April 1990 dengan isu ini sebahagian dari beberapa agenda yang diktengahkan mereka untuk dirundingkan. Mereka kemudiannya mendakwa kerajaan tidak melaan tuntutan mereka. Tuntutan ini di buat semasa UMNO baru berpecah dengan sebahagian besar dari ahlinya menyertai Semangat 46. 

o Selepas tu pihak yang mewakili pertubuhan Kristian menghantar sepucuk surat kepada (Tun) Ghafar Baba dalam satu surat bertarikh 11 Januari 1992 dalam percubaan menjelaskan bahawa perkataan yg disebut di atas merupakan sebahagian dari bahasa harian penganut Kristian. Mereka juga berhujah bahawa apa-apa bentuk pengharaman perkataan untnk digunakan oleh kumpulan Kristian, hendaklah dengan alasan bahasa penggunaan perkataan itu benar-benar dianggap mencemar kesucian agama Islam. Tuntutan itu juga tidak dilayan.

o Mereka adakan banyak protes dan menggunakan pelbagai saluran tuntutan.

o Tahun 1992 ini jugalah mereka melancarkan projek D.A.W.N. (Discipling A Whole Nation – Mengkristiankan Seluruh Negara). Perhatikan dimana mereka meletakkan pada perkara pertama apa isu yang menjadi batu penghalang kebebasan mereka untuk berdakwah di Malaysia. Buku tersebut menyatakan sikap PAS yang keras menuntut negara Islam membuatkan UMNO juga bersaing untuk bersikap mesra Islam dan kesudahannya orang-orang bukan Islam mendapat kerugian apabila kedua-dua parti ini bersaing untuk menjadi lebih Islam dari yang lain.

o Oleh kerana melihatkan kerajaan sudah kehilangan sokongan orang Melayu, mereka sekali lagi mendesak kerajaan berkenaan isu ini. Akhirnya, Christian Federation of Malaysia (CFM) dibenarkan menggunakan kesemua perkataan yang disebut di atas kecuali empat, iaitu, Allah, solat, Kaabah dan Baitullah.

o Pemimpin Kristian secara bersatu menolak ketetapan ini dan mendesak kesemua perkataan itu dibenarkan.

o Beberapa akhbar Katolik (Catholic Sabah & Asian Beacon) terpaksa membuat rayuan agar permit terbitan mereka dibenarkan KDN.

o Pada 1996, kerajaan memberikan ruang kepada pihak Kristian menggunakan bahasa melayu untuk penerbitan mereka. Tetapi masih dengan syarat ketat bahawa empat perkataan yang diharamkan seperti yang disebut di atas tidak boleh mereka gunakan.

o 1998, Anuar Ibrahim dipecat dari kabinet. Melihat orang Islam sekali lagi berpecah, mereka mencuba lagi, tetapi tetap gagal di bawah era Dr. Mahathir. Desakan demi desakan diteruskan juga.

o 2001, lima buah gereja dibakar di Malaysia.
o 2003, Dr. Mahathir letak jawatan. Pak Lah ambil alih dengan dasar terbuka. Muslim berpecah dan pada ketika ini timbul pelbagai perkara yang selama ini berjaya dihalang. Islam mula diperkotak-katikkan malah oleh orang Islam sendiri.

o Mei 2004 kumpulan Artikel 11 ditubuhkan. Objektif pertubuhan dan misi mereka boleh ditelitikan dengan klik sini. http://www.article11.org/

o 2005-2006 proposal IFC dibuat dengan beberapa tuntutan. Googlekan untuk membacanya.

o 2007, sebelum menjelang pilihanraya pihak gereja berjumpa dengan pihak MCA dan kemudiannya DAP untuk mendengar perancangan dan manifesto parti-parti terbabit dan untuk menyatakan hasrat dan perubahan-perubahan yang mereka ingin lihat berlaku.


o Perhatikan isu-isu yang ditimbulkan mereka kepada MCA & DAP. Mereka mahu MCA & DAP tahu bahawa jika mereka mahukan sokongan masyarakat Kristian, mereka perlu membantu kumpulan Kristian dalam perkara-perkara yang ditimbulkan berikut. Berikut apa yang mereka sampaikan kepada parti terbabit.
1) Aktiviti Pengislaman Malaysia yang terlalu radikal kata mereka harus disekat.
2) Menentang Malaysia dijadikan negara Islam.
3) Perasaan tidak senang mereka dengan parti-parti politik bukan Islam dalam Barisan Nasional yang diam dan terlalu tunduk kepada UMNO.
4) Peruntukan dan pelaksanaan undang-undang yang dirasakan tidak menyebelahi mereka.

5) Mereka mahukan sebuah mekanisne perundangan yang melindungi dan muslim mudah murtad dan tidak dihalang. Mereka mengatakan BN disebalik semua halangan ini.

6) Mereka tidak senang dengan operasi cegah maksiat oleh Jabatan Agama Islam yang semakin menjadi-jadi dan pembabtitan Jabatan Agagam Islam dalam kes tuntutan mayat mualaf.

7) Diskriminasi peruntukan rumah ibadat bukan Islam.

8) Meminta perkataan-perkataan Allah dan 3 lagi yang diharamkan di atas dibenarkan utk mereka gunakan.

9) Mereka berharap bahawa kesemua masalah yang mereka senaraikan di atas dapat diatasi secepat mungkin.


o Mereka memastikan segala tuntutan mereka difahami oleh DAP dan MCA sebelum pilihanraya Mac 2008 berlangsung. Itu hak mereka untuk menyuarakan hasrat dan apa yang diingini mereka. Jika kita di pihak mereka tentu sahaja perkara yang sama kita akan lakukan. Tetapi dalam hal ini, hak kita sebagai muslim dipertikaikan dan diperlekehkan. Jadi menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan hak ini dengan cara yang berhemah dan aman tanpa menimbulkan kekacauan. Semua orang harus aktif dan semua orang harus mengambil peduli.

o Selepas perjumpaan dengan M.CA pada 16 November 2007, pihak Sidang Injil Borneo memfailkan saman kepada KDN pasal isu nama Allah ini.

o Blogger-blogger sondol muslim mula menyokong perjuangan mereka tanpa mengetahui apa kesan terhadap kedudukan Islam di Malaysia.

o 31 Disember 2009, Hakim Lau Be Lan memutuskan pihak SIB boleh menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka.

o 31 Disember 2009, saya membulatkan tekad untuk membebaskan diri dari sebarang faktor pengaruh politik dan tidak akan mempersekutukan Allah dengan sesuatu kepentingan dunia, baik dalam bentuk baik atau pun buruk. Berhabisan saya akan menentang golongan berskirt mini berbulu kaki belakang lorong gelap di kalangan muslim.

o Malang sekali apabila kemudiannya PAS menggunakan slogan yang sama dengan motto perjuangan kumpulan Kristian dalam isu ini. Allah for All di dalam statement gumby mereka adalah dengan tujuan bagi memastikan pihak Islam memahami mereka disokong PAS dan pihak Kristian memahami mereka juga disokong PAS. Jelas apa yang saya takuti berlaku ke atas PAS sejak sekian lama, telah pun berlaku dalam dua tahun kebelakangan ini, di mana suara ulama' dan mereka yang benar-benar mencintai Islam sudah tenggelam lemas di dalam kebanjiran pihak-pihak yang dihantar untuk merosakkan mereka dari dalam. Sebelum 1998, PAS hanya mempunyai sekitar 400 ribu lebih ahli, sekelip mata selepas satu peristiwa dalam tahun 1998, keahlian mereka meningkat 100 kali ganda. Ketika itulah Pas mula ditembusi dengan segala hama dan kutu penghisap darah. 
   Hanya beberapa kerat pemimpin di dalam PAS masih kekal memperjuangkan agenda utama penubuhan mereka dan ketika isu nama Allah ini timbul, dapat kita kenal siapa orang yang masih boleh kita harapkan berada dalam PAS. Dato' HAron Din, TAib Azamudeen dan beberapa orang lagi. Malangnya suara mereka tenggelam dalam ombak wahan yang memukul pantai PAS. Allah For All untuk pengetahuan tuan-tuan merupakan slogan perjuangan kumpulan Kristian yang mahukan nama Allah digunakan dalam penerbitan mereka. Allah for All juga dimasukkan ke dalam kenyataan akhbar PAS tempoh hari. Apakah statement yang ditunggu-tunggu orang Islam yang menanti penyatuan Muslim telah dirodok dari jalan belakang yang haram oleh pihak-pihak yang berkepentingan? Apakah Pas kini sudah sepenuhnya sudah mudah disabotaj oleh ahli-ahli mereka sendiri yang berbaju Pas tetapi hakikatnya berwala' dengan puppet master dari luar?

o Kerana tunduk, pihak Kristian redha dengan Pakatan Mereka lalu membenarkan apa yang disebut dalam surah al Baqarah ayat 120: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Al Baqarah 42

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Al An’am 81 – 83

"Dan bagaimanakah aku hendak takutkan apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? Maka yang manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui?"

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. Dan itulah hujah (bukti) Kami, yang Kami berikan kepada Nabi Ibrahim untuk mengalahkan kaumnya. Kami tinggikan pangkat-pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

Maaf, saya tak bermaksud untuk berlebihan dalam isu politik dan itu yang sudah lama saya elakkan dalam blog ini. Tetapi hal ini mudaratnya sangat besar dan harus saya lebih berterus terang. Saya hanya menyokong mana-mana pihak yang saya yakin kedudukan Islam di negara ini tidak akan terjejas. Isu ini merupakan satu isu yang panjang dan harus diselesaikan dengan cara paling berhemah dan dalam masa yang sama meletakkan kepentingan Islam di kedudukan utama sesuai dengan kedudukannya dalam negara ini. Pihak yang berdiam diri untuk mendapat laba politik dan mempolitikkan isu ini merupakan pihak yang menangguk di air keruh. 
Motif mereka ialah untuk mendapatkan sokongan dalam pilihanraya negeri Sarawak tidak lama lagi. Ini sejarah perjuangan mereka untuk menggunakan nama Allah melalui proses undang-undang dan sokongan undi ditawarkan kepada sesiapa yang mahu menurut kemahuan mereka. Ia bermula sejak 1981. Kronologi ini dinukil bagi menjawab tuduhan spin doctors yang cuba mengkeldaikan isu ini supaya muslim berterusan tidak akan bersatu biar apa juga pemasalahan yang dihadapi. Ada lagi cerita.. insyaAllah saya bentangkan dalam waktu terdekat supaya semua faham bahawa isu ini bukan isu politik yang cuba dipolitikkan oleh kumpulan yang mendapat sokongan dari pihak bukan Islam. Ia sebuah kisah bermula dari zaman Nabi Sulaiman a.s. Tak percaya...? Tunggu saya updatekan psoting di sini.. InsyaAllah. Wallhua'lam.

Saturday, 28 July 2012

PAP bantu DAP dalam politik negara?





PESAN LEE KUAN YEW KEPADA DR. CHAN MEN HIN = SEBELUM SAYA MATI SAYA MAHU MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA WALAUPUN 1 MINIT


Sumber Dalaman DAP=

Beberapa perkara tidak diketahui apa yang dilakukan anak-anak muda kita di Dataran Merdeka. Ini Rahsianya, bacalah dengan serius...

1. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Jeff Ooi, Elizeberth Wong,  Tian Chua, Tony Pua dan beberapa lagi pemimpin DAP dan PKR Kristian telah mengadakan pertemuan dengan pastor-pastor dan wakil-wakil gereja dari luar negara untuk membincangkan  dua perkara penting menjelang Dua Kali PRU kelak. Target mereka yang pertama ialah PRU13 dan kedua PRU14. Apakah Target mereka?

2. Jeff Ooi memanjangkan pesanan para penderma Kristian di luar negara bahawa mereka mahukan kejayaan hasil sumbangan tidak terkira mereka. Jeff Ooi menunjukkan rasa cemas dan bimbang kerana beliau merupakan wakil parti pembangkang dalam mendapatkan dana-dana PRU.

3. Lim Guan Eng menyatakan dalam PRU13 nanti, pasukan PAP di bawah arahan Lee Kuan Yew akan menghantar beberapa pasukan untuk membantu PR yang merupakan modus operandi yang diasingkan daripada keterlibatan PAS. LGE kata dalam modus ini PAS diketepikan, sebab ianya melibatkan cita-cita Kristian yang PAS tak boleh tahu! Kenyataan LGE ini mengimbas kembali PRU di negara kita tahun 1960an dahulu di mana PAP menghantar 9 hingga 11 Calon PAP bertanding di Parlimen Malaysia. PAP hanya menang di Bangsar sahaja. Sudahkah kamu lupa??? Kini PAP kembali lagi.

4. Perdebatan berlaku antara Karpal dengan Tian Chua. Tian Chua membangkitkan kelambatan Dana yang sampai kepada PKR dan bertanya mengapa poster-poster PR yang dibuat di negara China belum sampai-sampai lagi. LGE meyakinkan Tian Chua poster-poster itu akan sampai melalui Pelabuhan di Pulau Pinang dan Singapura dalam seminggu dua lagi. Jika lambat juga kata LGE, poster-poster dan bendera itu akan dikirim melalui kapal terbang ke Pulau Pinang.

5. Pasal Dana lambat, Karpal minta dia terus rujuk kepada bosnya, Anwar Ibrahim. Karpal meminta Tian Chua jangan percaya Anwar kerana dia Islam, bila-bila boleh pusing. Karpal ingatkan Tian Chua, Anwar memiliki rumah dan harta di Amerika, jika dia kalah dia boleh pindah di sana. Karpal meminta Tian Chua fokus kepada bagaimana menjayakan DAP menjadi PM Kristian yang pertama di Malaysia. Karpal kata undang-undang di Malaysia boleh diubah dengan syrarat DAP mesti menang 80 Kerusi Parlimen dan PKR mesti menang 30 Kerusi Parlimen. Karpal juga ingatkan Tian Chua gunakan PAS hanya untuk lemahkan UMNO sahaja.

                                            

Wednesday, 25 July 2012

Fitnah Rosmah Mansor & Farith Ismeth terjawab!!



 Terima kasih diucapkan kepada blogger ZamzarinaZamri atas pendedahan ini.


WIKIPEDIA

Disinilah antara punca hal ini berlaku.. Ramai yang tak pasal-pasal dapat dosa kering menyebarkan fitnah yang mereka percaya ia perkara sahih! Jom kita baca sikit tentang Wikipedia..


Maafkan ZZ andai penjelasan ZZ ini kurang tepat.. Almaklumlah ZZ bukan seorang yang arif dari segi teknikal dan internet.. Apa yang ZZ cuba jelaskan adalah berdasarkan bacaan dan pemahaman sendiri..

Jika dilihat daripada penerangan di atas.. Wikipedia adalah 'Open Source' yang mana artikelnya disumbangkan oleh 'volunteers'.. Justeru, rujukan di sini tidak semestinya tepat dan diragui.. Bak kata orang, 'baca boleh percaya jangan'..

Berbalik kepada emel yang ZZ terima, menurut pengirim Dalang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah di Wikipedia terdiri daripada beberapa individu yang sengaja nak memutarbelitkan fakta.. Mari kita dedahkan sekarang... Lihat gambar dibawah..

 
'Screen shot' di atas menunjukkan tiada maklumat 'Farid Ismeth' seperti yang telah diubahsuai pihak tertentu.. Walaubagaimanapun, maklumat di Wikipedia tersebut telahdiubah sebanyak lebih 60 kali dengan memasukkan beberapa fakta 'negatif' dan palsu.. Menurut pengirim emel, beliau telah membetulkan fakta yang sebenar bagaimanapun pihak satu lagi akan menukarkannya kembali.. lihat dibawah:

SC1

SC2

SC3

Pada 5 June 2012,  seseorang yang menggunakakan alamat IP: 115.134.32.194 telah mengubah maklumat 'spouse' dan memasukkan nama Farid Ismeth..

SC 1: Rekod pengguna IP address 115.134.32.194 telah melakukan beberapa perubahan maklumat
SC 2: Menunjukkan maklumat Farid Ismeth telah dimasukkan
SC 3: Menunjukkan versi sebelum diubah oleh 115.134.32.194

Lagi individu yang bertanggungjawab menyebar fakta fitnah:

SC4

Mengguna ID: Mrarifufu, telah memasukkan fakta dibawah (bold) (rujuk SC 4)

She married Najib Tun Abdul Razak in 1987 and the couple have two children - Nooryana Najwa and Norashman Razak. In addition to them, Rosmah also has three other children - Azrene Soraya on her first marriage with Farid Ismeth Emir, and two other children from her second marriage with Abdul Aziz Nong Chik..

Walaubagaimanapun, setelah disemak, user “Mrarifu” telah memadamkan akaun Wikipedianya. Rujuk SC 5..

SC5

Seorang lagi pengguna “Plastikspork” telah memasukkan Farid Ismeth Emir as the 1st spouse of Datin Seri Rosmah, rujuk SC 6..
SC6
Juga lihat SC7 bagaimana pemilik akaun yang menggunakan IP 115.134.32.194 telah membuat beberapa perubahan fakta dalam tempoh 24 jam..

SC7

Justeru, ZZ menyeru agar pihak berwajib seperti SKMM & PDRM dapat mengambil tindakan terhadap individu-individu terbabit yang telah menyelewengkan fakta melibatkan Isteri Perdana Menteri.. Individu tersebut juga bertanggungjawab menyebabkan ramai rakyat Malaysia terpengaruh dan percaya dengan cerita fitnah mereka itu.. 

Tambahan pula, sudah tentu maklumat ini juga menjadi rujukan 'dunia luar' untuk mengetahui latarbelakang negara kita termasuklah pemimpin dan keluarga mereka.. Dalam hal ini, kita semua tak kira latar belakang dan fahaman politik, tidak seharusnya menjadikan sumber rujukan ini sebagai tempat 'main-main' atau apa saja maksud.. Kita perlu hormat kepada pemimpin dan sejarah..




Komen gua: Pakatan Haram sibuk memfitnah tak tentu hala.. Kitaa Lebih Malang lagi apabila Mempunyai Menteri KDN Yang Keparat macam sial yang lembik tak amik tindakan terhadap mereka yang menabur fitnah sesuka hati.,


SKMM jugaa termasuk diantara Badan yang Lembab dalam menjalankan kerja.. Mungkin kakitangan SKMM sedang  sibuk melayan Internet dengan berFesbook Siang malam tanpa henti.. Inilahh satu contoh  kakitangan Kerajaan yang bekerja dgn kerajaan tapi buat kerjaa macam Celaka!!

Aku semakin hari semkain Menyampah dgn KDN Musibat.!!

Saturday, 21 July 2012

Updated! Kapal Singh nafi kenyataan Hudud Pemuda PAS!



 AIDCNews – 21/07/12 – Gesaan Ketua Dewan Pemuda PAS, ustaz Nasruddin Tantawi supaya ustaz Fathul Bari mengemaskini maklumat terjawab apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kenyataannya dalam New Straits Times (NST) hari ini masih berpegang dengan prinsip lama iaitu tidak berkompromi dengan hukum hudud.


                                            


                      Link: Karpal slams Pas Youth head’s hudud comment





“Bila keluar kenyataan dalam akhbar NST hari ini,  agak terkejut apabila Karpal Singh menyatakan bahawa beliau masih lagi tidak menerima (hudud)


“DAP tidak menerima ini telah kita ketahui tentang pelaksanaan hudud di negara ini, cuma kita tidak mengetahui berlangsung atau tidak perbincangan-perbincangan sesama mereka.




“Berlangsung atau tidak kenyataan-kenyataan seperti ‘kami menerima’..tetapi secara jelas pada hari ini saya kira ustaz Nasruddin dan sahabat-sahabat PAS dan semua rakyat Malaysia perlu kemaskini maklumat bahawa DAP masih lagi dengan pegangan mereka iaitu tidak ada kompromi dalam isu seperti ini,”kata ustaz Fathul Bari.


Kenyataan Nasruddin :

"Saya mintak...saya mintak jasa baik kawan saya Ust. Fathul Bari update maklumat dia berkait dgn Karpal Singh. Karpal Singh dia kata...dia kata langkah mayat saya tu hok 20 tahun dulu dan dia pun beritahu itu ucapan saya 20 tahun dulu. Skrg, dlm Konvensyen PR di Pulau Pinang baru2 ni..saya (dia?) kata, setelah saya berkawan dengan PAS, saya tengok HUDUD, masalah HUDUD ialah kita boleh bincang semula...." [di sambut dgn sorakan dr penonton fanatik PAShit]



Karpal Singh seperti dilaporkan NST menyatakan kemarahan melampau apabila Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi telah menyarankan bahawa beliau telah bersedia untuk mempertimbangkan undang-undang itu di negara ini dalam debata politik anjuran Sinar Harian, 19 Julai.


Yesterday, DAP chairman Karpal Singh expressed extreme displeasure upon learning that Pas Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi had suggested that he had been willing to consider such laws for the country during a political debate.


“I will NEVER compromise,” said Karpal in a telephone interview with the New Straits Times.


“I have always been very public and absolute on my stand to never have hudud implemented in the country... how then can he (Nasrudin) claim such a thing?” said the DAP stalwart, who is well known for his strong opposition to any attempt to introduce Islamic laws in this country



“Saya tidak akan bertolak ansur,” kata Karpal dalam satu temubual telefon dengan akhbar New Straits Times.


“Saya sentiasa dikenali umum dan mutlak dengan pendirian saya bahawa tidak akan bersetuju hudud dilaksanakan di negara ini … bagaimana pula boleh dia (Nasrudin) mendakwa perkara seperti ini?” katanya yang terkenal sebagai pembangkang kuat untuk sebarang percubaan memperkenalkan undang-undang Islam di negara ini.


Komen aku: Kesian kat Puak2 PAS masih lagi dok terhegeh2 nak Hudud?? kahkahkah.!! aku tengok PAS nie semakin hari semakin bodoh.!



biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya