Najib makin takut dengan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib makin takut dengan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Monday, 24 September 2012

Kegagalan melaksanakan hukum ‘Hudud PAS’, UMNO pula dipersalahkan?



 

Jika sebelum ini bukan Husam Musa sahaja yang tunduk, malah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz juga telah mula tunduk dengan DAP tentang hudud.

"Kita tidak payah tekan atau paksa untuk orang ramai terima undang-undang Allah, 20 atau 30 tahun lagi orang terima pun tidak apa. Hudud ini benda besar dan ia makan masa lama untuk dilaksanakan. Dulunya bila PAS sebut politik Islam, orang tidak boleh terima. Mereka kata mana ada politik Islam tapi bila kami memerintah atas Islam orang boleh terima begitu juga dengan hudud," kata Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) pada 27 Disember 2008 di Kota Bharu.

Apakah kenyataan Nik Aziz ini dibuat semata-mata untuk menjaga hati DAP? Mengapa tidak kecam kembali Karpal dan Guan Eng yang terang-terangan tentang hudud dan pemerintahan Islam? Bagaimana nak buat cara Umar Abdul Aziz jika pemerintahan Islam pun telah ditolak oleh DAP. Buat tarian jalanan, i-Dance boleh pula.

Lim Kit Siang menganggap undang-undang hudud dan qisas bukan dasar perjuangan Pakatan Rakyat. "Hukum hudud bukan menjadi dasar DAP dan Pakatan Rakyat," katanya di Kuala Terengganu, semasa hari penamaan calon pada 6 Januari 2008.

Sekali lagi, Kit Siang mahu menunjuk belang berkaitan isu hudud. Adakah Mohd Abdul Wahid Endut berani mengecam kembali Kit Siang tentang isu hudud ini? Kenapa PAS takut dan tunduk dengan DAP seolah-olah pak turut kaldai kepada DAP? DAP berkata yang bukan-bukan, PAS tetap mengiyakan sahaja.

Untuk menutup malu PAS, maka siapa lagi "scapegoat" kalau bukan UMNO yang menjadi bahan kempen murahan PAS.. tak kira kenyataan baik dari ketua mereka mahupun dari tukang bawa beg, bunyinya sama sahaja.

Hukum Hudud bukanlah sesuatu yang baru dalam jajaan PAS dalam arena politik Malaysia. Sejak daripada tahun-tahun awal penubuhan PAS, Hudud dijadikan sebagai agenda utama PAS sekiranya PAS memerintah negara. Bagi PAS, ia adalah yang mesti direalisasikan walau apa keadaan sekalipun. Namun sampai ke hari ini, PAS masih lagi gagal memenangi hati masyarakat Malaysia khususnya daripada pakatan politik mereka DAP dan PKR.
 

Persoalannya, bila PAS nak memerintah negara? Apakah PAS akan berjaya melaksanakan hukum tersebut bila mereka memerintah kelak? Kenapa PAS tak mahu laksanakan hukum hudud di tiga negeri yang dikuasai mereka khususnya di Kelantan yang telah lama mereka kuasai? Dengan bersandarkan ALASAN apabila "memerintah negara" maka penipuan mereka sudah terserlah.

Secara realitinya sekarang apabila KEDAH dan KELANTAN bertopeng PAS masih tidak mampu melaksanakan hukum Hudud. Jika benar-benar PAS ikhlas dalam memperjuangkan syiar Islam. Inilah masanya untuk PAS merealisasikan hukum HUDUD sebagai utama sebagai permulaan. Persoalannya kenapa tidak berani melaksanakannya?

Permintaan PAS kini Allah telah makburkan sebagai ujian untuk memerintah sebagai KETUA kepada 2 negeri sebagai ukuran, kenapa ingkar? Kenapa masih berdolak-dalik? Kenapa menuduh UMNO? Rakyat yang beragama Islam kini pasti mencabar PAS (kononnya meletakkan Islam sebagai perkara utama) supaya melaksanakan hukum HUDUD, tetapi kini PAS seolah dayus apabila berhadapan dengan DAP dan PKR. Adakah PAS bertuhankan DAP dan PKR atau ALLAH yang Maha Esa?

Hudud Sebagai Isu Pilihanraya

Seperti yang dinyatakan bahawa PAS sejak dahulu lagi akan memainkan atau membawa perkara ini dalam setiap pilihanraya tak kira PRU mahupun PR kecil. Ia adalah salah satu perkara yang terkandung dalam manifesto PAS. Nik Aziz dan Haji Hadi telah banyak kali menyatakan bahawa hudud menjadi teras utama bagi PAS sekiranya PAS menang pilihanraya.
 

Ia bukannya jajaan semasa kempen pilihanraya sahaja. Ia adalah tuntutan yang berterusan dan hasrat yang tidak boleh diketepikan daripada perjuangan PAS. Bagi Menteri Besar Kedah, Azizan, beliau menyatakan bahawa hudud adalah isu yang dibawa untuk kempen pilihanraya. Walaupun nada berbeza, PAS tetap menjadikan hudud sebagai bahan utama dalam kempen pilihanraya dan akan melaksanakannya sekiranya mereka memerintah kelak.

Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah sama ada berjaya atau tidak mereka merealisasikan hasrat tersebut, bagi PAS mereka akan tetap meletakkan hudud sebagai "senjata lelongan" bagi menawan hati pengundi Islam khususnya yang berbangsa Melayu dalam setiap kempen pilihanraya kerana ia adalah platform terbaik bagi mereka memancing undi dan sokongan.

Kini PAS telah berjaya memerintah di dua negeri; Kelantan dan Kedah walaupun terpaksa bersekongkol dengan DAP dan PKR sebagai salah satu strategi politik mereka. Namun apa yang nyata, kedua-dua "rakan politik" mereka tidak bersetuju dengan hasrat PAS. Jadi adakah mereka ini sebagai KETUA pemerintah negeri atau balaci 'pion' DAP?

Hukum Hudud PAS tidak mendapat sokongan daripada DAP dan PKR. Kenyataan-kenyataan pedas dan amaran keras khususnya daripada Lim Kit Siang, Karpal Singh dan beberapa orang kanan DAP bahawa PAS jangan cuba membawa isu hukum hudud kerana dalam perbincangan mereka tidak pernah timbul.

Anwar Ibrahim pula telah berkali-kali diminta untuk memberikan pendirian beliau dan PKR mengenai perkara ini oleh Karpal dan DAP. Beliau tetap membisu seribu bahasa kerana beliau tahu perjuangan PKR adalah lebih mirip kepada DAP - bukan untuk orang Islam atau Melayu. Tambahan pula PKR adalah wadah bagi beliau merealisasikan hasrat beliau untuk jadi PM Malaysia.

Sekiranya sokong hasrat PAS, beliau takut akan kehilangan sokongan daripada bukan Melayu dalam DAP dan PKR. Sekiranya menyatakan sokongan kepada DAP, maka beliau akan kehilangan kepercayaan sebahagian sokongan pengikut Melayu dalam PKR dan ditolak oleh orang PAS.

Maka jelaslah kepada kita bahawa pakatan pembangkang adalah sesuatu yang "superficial" sahaja. Pakatan mereka lebih berbentuk individualistik. Dengan kata lain, hanya untuk menjayakan hasrat parti masing-masing. Pakatan yang tidak sempurna ini hanya untuk mengaburi mata rakyat, sedangkan pada dasarnya, mereka tidak pernah lupa bahawa parti-parti dalam pakatan mereka juga merupakan musuh politik yang perlu diawasi dan dikawal tindak tanduknya.

Suara-suara rasa tidak senang di kalangan mereka acap kali kedengaran. Walaupun dalam mesyuarat pakatan nampaknya seolah-olah mereka bersetuju untuk membantu satu sama lain namun dalam mesyuarat parti masing-masing, lain pula ceritanya.

UMNO Tak Bantah Hudud

Amat menghairankan pula, UMNO tidak pernah menyatakan tidak menyokong unjuran PAS untuk melaksanakan hukum Hudud. Malahan UMNO pernah menyuarakan agar PAS melaksanakan hukum tersebut di negeri Kelantan suatu ketika dahulu. Sekiranya PAS dapat menjayakannya, tidak mustahil bagi UMNO khususnya dan BN amnya akan mengikut jejak PAS.

Namun maklum balas daripada PAS melalui Nik Aziz Nik Mat dan Haji Abdul Hadi Awang telah memberikan alasan bahawa PAS tidak dapat melaksanakannya kerana belum menguasai kerajaan sepenuhnya. Kemana letaknya slogan "Serambi Mekah" yang dilaungkan?
 

Tetapi apa yang lebih mengejutkan, PAS beriya-iya marahkan UMNO, kononnya halang hudud untuk dilaksanakan tetapi berlembut dengan DAP dan PKR yang secara terang-terangan menentang perlaksanaan hudud. Langkah berlembut ini kononnya nak jaga hati "rakan politik" dalam pakatan pembangkang walaupun terpaksa menggadai kepercayaan penyokong fanatik PAS dan prinsip perjuangan mereka.

Selain daripada PAS menuduh UMNO menolak Hukum Hudud, maka timbul pula tuduhan lain yang tak kurang pentingnya untuk PAS, iaitu menuduh UMNO hendak membuangkan Islam. Tuduhan ini dibuat oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS berikutan satu cadangan yang dikemukan oleh para perwakilan UMNO di Perhimpunan Agong parti pada 18, 19 dan 20 November 1994, supaya kerajaan mengharamkan perkataan Islam yang dinamakan kepada parti PAS.

Cadangan ini dikemukakan iaitu berdasarkan pandangan bahawa menamakan Islam kepada sebuah pertubuhan politik itu adalah suatu perbuatan menghina dan mengotori kesucian Islam kerana Islam itu adalah satu agama (addiin) yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T melalui kitab AL-QURAN kepada junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang tidak ada tolok bandingnya sebagaimana firman ALLAH S.W.T. dalam AL-QURAN Surah Al Imran ayat 19 bermaksud "Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah Islam". Sedangkan parti politik ialah merupakan suatu badan yang mengandungi peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia, di dalamnya menjelma berbagai-bagai sikap dan perilaku manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.

Kalaulah Islam dicampur aduk dan dinamakan kepada sebuah pertubuhan politik maka ianya boleh diibaratkan sebiji permata yang dicampakkan ke dalam lumpur sehingga menyebabkan orang tidak mengenali permata itu kecuali mereka yang benar-benar ahli, demikian juga Islam sebagai agama (Addiin) yang maha suci, kalaulah perkataan Islam itu dinamakan kepada sebuah parti politik seperti PAS yang kita kenali sekarang ini, maka jelas ianya terpesong dan mengelirukan akidah umat Islam.

Bukan akidah orang-orang yang berkelulusan Al-Azhar yang menjadi pemimpin PAS, tetapi akidah umat Islam di kampung-kampung seperti di Kelantan dan Terengganu yang tidak mendalami Islam hanya setakat tahu sembahyang dan puasa.

Oleh kerana itulah tidak ada sebuah pertubuhan politik pun dalam dunia Islam yang menamakan Islam terus kepada pertubuhan itu, umpamanya di Mesir dinamakan "Ikhwanul Muslimin", di Pakistan "Jamiatul Islamiah", di Indonesia "Mahsumi" yakni Majlis Syura umat Islam Indonesia kecuali di Malaysia iaitu PAS (Parti Islam Semalaysia).
 

Oleh yang demikian janganlah terperanjat kalau kalau ada umat Islam di negara ini yang meletakkan lambang PAS di tempat sujud sembahyang, di masjid, di surau, di bilik sembahyang dan mengatakan PAS itu Islam, Islam itu PAS, serta menuduh kapir kepada umat Islam yang tidak menyokong PAS, melakukan pernikahan dua kali, tidak menunaikan fardhu Jumaat beberapa ketika kerana Imam di kampungnya menyokong UMNO dan bermacam-macam peristiwa lagi.

Atas dasar untuk memelihara kesucian Islam dan mengelakkan daripada kekeliruan inilah maka cadangan untuk mengharamkan perkataan Islam kepada parti PAS dikemukakan di Perhimpunan Agung UMNO dahulu, tetapi oleh kerana kepentingan politik dan muslihat-muslihat tertentu PAS maka pemimpin dan ahli-ahlinya telah memutarbelitkan cadangan itu serta menuduh UMNO hendak membuang Islam.

Tuduhan ini disebarluaskan ke seluruh negara sebagai isu politik PAS dan yang lebih mendukacitakan PAS telah mempolitikkan ibadat puasa dan sembahyang hajat dengan maksud bermunajat kepada Allah swt bagi menentang golongan yang mahu membuangkan Islam.

Sebenarnya tidak ada siapa yang boleh membuangkan Islam, hanya yang boleh sekadar untuk menjatuhkan maruah Islam dan memporak perandakan umatnya dan orang yang boleh melakukan semua ialah orang yang bertindak kasar tidak menurut cara dan tata tertib Islam seperti parti pembangkang Melayu yang kita kenali kini. Cara parti itu sangat-sangat bercanggah dengan tuntutan AL-Quran 42:13 yang bermaksud "Tegakkanlah agama (Islam) jangan (haram) berpecah belah padanya".

Oleh itu tuduhan yang mengatakan UMNO hendak membuang Islam itu adalah amat sukar untuk diterima oleh umat Islam yang berpandangan waras, ianya hanya sekadar untuk menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan umat Islam sesama umat Islam yang tidak memahami sejarah, kerana umum diketahui bahawa lahirnya UMNO pada tahun 1946 itu adalah umtuk membela umat Melayu dan Islam negara ini angkara dasar penjajah Malayan Union yang akan menghakiskan ketuanan Melayu dan agama Islam dan dinyatakan bahawa penubuhan parti itu antara lain untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam di negara ini.

Justeru itulah tidak ada siapa pun yang boleh menafikan bahawa pembangunan dan kemajuan Islam yang kita saksikan pada hari ini sehingga Malaysia menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain adalah hasil daripada perjuangan UMNO yang memerintah sejak merdeka lagi, bukan hasil perjuangan PAS, walaupun pembangunan dan kemajuan itu terdapat juga kelemahan dan kekurangan di sana sini, itu adalah perkara biasa kerana yang melakukan adalah manusia dan manusia tidak seratus peratus sempurna.
 

Oleh yang demikian tidaklah keterlaluan kalau kita menyatakan bahawa terhalangnya sedikit sebanyak kelancaran pembangunan baik di bidang ekonomi maupun agama di negara ini adalah angkara sikap dan tindak tanduk PAS yang lebih mementingkan politiknya daripada pembangunan itu, umpamanya penubuhan Bank Islam yang dilancarkan oleh kerajaan pada 1984, PAS awal-awal lagi telah menuduh dan memfitnah penubuhan bank itu dengan mengatakan ia hanya sebagai kulit yang tidak memberi erti apa-apa.

Tuduhan dan fitnah itu sudah belum tentu dapat melemahkan semangat orang ramai khasnya umat Islam untuk memberi sokongan terhadap kewujudan bank itu, sehingga perkembangannya tidak secepat yang dijangka, sedangkan penubuhan bank itu, penubuhan bank itu adalah sebagai asas untuk melaksanakan pengurusan ekonomi dan kewangan Islam pada keseluruhannya, demikian jugalah pembangunan-pembangunan Islam yang lain.

Di sini jelaslah bahawa tuduhan PAS terhadap UMNO hendak membuangkan Islam itu adalah palsu dan putar belit belaka, sebaliknya cara dan tindakan PAS yang bertopengkan Islam itulah yang akan melemah dan memporak perandakan Islam, hanya orang yang melampau, dungu, mistik dan tidak faham politik saja yang menyokong PAS.

Wednesday, 5 September 2012

Persamaan PAS & Khawarij



Ramai yang tidak tahu apa itu KHAWARIJ dan bagaimana sejarah KHAWARIJ serta signifikannya kumpulan ini dalam sejarah ketamadunan Islam.
Secara harfiahnya, KHAWARIJ bermaksud ‘mereka yang terkeluar’. Kali pertama gerakan ini muncul adalah pada penghujung abad ke-7 di kawasan selatan Iraq. Pada mulanya mereka merupakan kelompok orang Islam yang menyokong Syaidina Ali bin Abi Talib r.a. Namun akhirnya menolak kepimpinan Ali r.a. Khawarij ditanggapi secara berbeza daripada golongan Sunni dan Syiah.
Gerakan khawarij mula berakar umbi setelah pembunuhan Syaidina Uthman bin Affan r.a, khalifah Ar-Rasyidin ketiga. Pembunuhan tersebut mengakibatkan kaum keluarganya dari Bani Umayyah menuntut agar Syaidina Ali bin Abi Talib r.a yang diangkat menjadi khalifah Ar-Rasyidin keempat mengambil tindakan pantas terhadap pembunuh dan ahli-ahli komplot jenayah itu.
Bagaimanapun, Syaidina Ali r.a yang agak sibuk menguruskan negara yang mula berpecah belah angkara Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi dan munafik yang menjadi dalang kepada pembunuhan Syaidina Uthman r.a, mengambil masa yang agak panjang untuk menyelesaikan maslahat berkenaan.
Umat Islam pada waktu itu terpecah akibat tiga bidang iaitu;
(1) Bidang politik
(2) Bidang aqidah
(3) Bidang syariat (penetapan hukum ibadah)

Keadaan semakin tegang apabila Bani Umayyah yang dipimpin oleh Muawiyyah bin Abi Sufyan yang mempunyai pertalian kekerabatan dengan Syaidina Uthman Affan r.a menuntut agar Syaidina Ali r.a mempercepatkan siasatan dan menjatuhkan hukuman untuk keseluruhan ahli keluarga pembunuh khalifah ketiga itu. Syaidina Ali r.a bagaimanapun tidak bersetuju, sebaliknya hanya ingin menghukum si pelaku pembunuhan itu sahaja, bukan keseluruhan keluarga atau puaknya.
Kesempatan itu dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Khawarij segera berpihak kepada pasukan Syaidina Ali r.a dan mengacum-acum agar berlaku peperangan antara kumpulan Syaidina Ali r.a dengan kumpulan Muawiyyah bin Abi Sufyan r.a. Ternyata usaha mereka berhasil sehingga tercetusnya dua peperangan iaitu Perang Jamal dan Perang Siffin. Taktik khawarij ialah apabila pasukan Syaidina Ali r.a mahupun Muawiyyah bin Abi Sufyan lemah, mereka akan memerangi kedua-duanya dan merampas tampuk pemerintahan.
Sewaktu Perang Siffin, pasukan Muawiyyah bin Abi Sufyan hampir mengalami kekalahan. Lantas mereka segera mengangkat al Quran dalam apa yang dikenali sebagai Tahrim. Syaidina Ali r.a apabila melihat peristiwa tersebut segera mengarahkan pasukannya menghentikan serangan ke atas pasukan Muawiyyah r.a dan memutuskan untuk berdamai. Satu perjanjian dibuat dan atas kebijaksanaan atau lebih tepat lagi, tipu daya Amr Al-As, Syaidina Ali r.a kehilangan jawatan sebaliknya yang naik menjadi khalifah adalah Muawiyyah bin Abi Sufyan.
Ketika itulah, khawarij keluar daripada menyokong Syaidina Ali r.a. Mereka membuat perancangan untuk membunuh Syaidina Ali r.a, Muawiyyah r.a dan Amr Al-As. Bagaimanapun, mereka hanya berjaya membunuh Syaidina Ali r.a ketika menantu dan sepupu Nabi s.a.w itu sedang mengimamkan solat.
Itu adalah penglibatan aktif pertama khawarij dalam mengucar-ngacirkan Daulah Islamiyyah yang dibentuk oleh Nabi s.a.w daripada kesepaduan iman, dan kasih sayang antara umat Islam. Khawarij pada ketika itu sering berkumpul di suatu tempat yang disebut Khouro yang terletak di daerah Kufah sekaligus membuatkan mereka juga dikenali sebagai golongan Al-Khoruriyyah. Golongan khawarij bagaimanapun merujuk diri mereka sebagai ahl al-adl wal istiqama (golongan ahli keadilan dan kejujuran).
Secara umum, antara intipati ajaran utama golongan khawarij adalah;
1. Kaum muslimin yang melakukan dosa besar adalah kafir (bertentangan dengan pendapat golongan Muktazilah)
2. Kaum muslimin yang terlibat dalam Perang Jamal iaitu perang antara Syaidatina Aisyah r.a, Thalhah r.a, dan Zubair r.a menentang Ali bin Abi Talib r.a serta orang perantara (termasuk yang menerima dan membenarkannya) adalah kafir.
3. Khalifah harus dipilih rakyat serta tidak semestinya daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w dan tidak semestinya berketurunan Quraisy. Jadi, seorang muslim dari golongan mana pun boleh menjadi khalifah asalkan mampu memimpin dengan baik.

Khawarij sebenarnya terbahagi kepada 8 firqah besar yang daripada 8 firqah tersebut berpecah kepada beberapa firqah-firqah lain yang lebih kecil. Bagaimanapun, kesemua firqah Khawarij itu berkongsi beberapa persamaan:
(1) Persamaan pandangan tentang kepimpinan. Mereka sepakat bahawa khalifah hendaklah diserahkan secara mutlak kepada rakyat untuk memilihnya dan tidak ada keharusan dari segi kabilah atau keturunan tertentu seperti Quraisy atau keturunan Nabi s.a.w.
(2) Persamaan pandangan tentang aqidah. Mereka berpendapat bahawa perintahperintah agama adalah sebahagian daripada iman, bukan iman secara keseluruhan.

Suatu perkara yang sangat sinonim dengan khawarij ialah kecenderungan mereka untuk mengajak umat mengikut garis pemikiran mereka. Kaum khawarij juga sering menggunakan kekerasan dan pertumpahan darah. Paling nyata, mereka mudah menghukum seseorang agar kewujudan khawarij kurang ditentang atau dipersoalkan. Mereka juga cenderung dengan amalan takfir iaitu amalan mengkafirkan orang Islam yang lain yang tidak sealiran dengan mereka.
Mengikut tafsiran konvensional, hukum bagi mereka yang menjadi kafir (murtad) adalah bunuh. Dengan menggunakan tafsiran inilah, kaum Khawarij menghalalkan darah Syaidina Ali r.a dan Muawiyyah r.a untuk dibunuh.

PAS menipu tentang tabung Memali


 FITNAH terkini PAS terhadap UMNO dan pemimpin negara ialah mensensasikan perkataan 'sandiwara'. Pemimpin-pemimpin PAS mula mensensasikan istilah ciptaan baru mereka itu ekoran peristiwa rompakan senjata di Kem 304, Gerik dan Tragedi Bukit Jenalek, Sauk, Perak pada 2 hingga 7 Julai 2000. Pada mereka segala yang terjadi itu adalah 'sandiwara' kerajaan dan UMNO. Ketika 'tukang-tukang karut' PAS sibuk mencanangkan apa yang mereka anggap sebagai 'sandiwara' UMN0 dan kerajaan dalam banyak peristiwa mahupun tragedi, tiba-tiba dengan kehendak AIIah S.W.T tembelang PAS mengenai Tabung Mangsa Memali meletup!

Begitu cara pemimpin PAS memutarbelitkan sesuatu isu atau peristiwa. Oleh kerana tragedi itu boleh menjejaskan imei PAS, mereka secara melulu mengalihkan tumpuan umum dari menuding jari ke arah PAS kepada UMNO dan kerajaan. Tepatlah kalau ada yang mengatakan bahawa PAS merupakan parti politik yang paling pakar dalam pu-tar-belit.

Ketika 'tukang-tukang karut' PAS sibuk mencanangkan apa yang mereka anggap sebagai 'sandiwara' UMNO dan kerajaan dalam banyak peristiwa mahupun tragedi, tiba-tiba dengan kehendak Allah SWT tembelang PAS mengenai Tabung mangsa Memali meletup. Baunya sangat busuk dan hanyir. Dentumnya sangat memalukan PAS. Pemimpin PAS, khususnya Datuk Fadil Nor jadi panik. Pada mereka, jika tidak dibendung segera imej PAS akan tercemar.

Justeru, bila heboh mengenai dakwaan Tabung @ Mangsa Memali diselewengkan, Presiden PAS, Datuk Fadzil Nor, berkata peristiwa itu tidak ada kena-mengena. Alasan beliau ialah segala urusan mengenai tabung berkenaan ditadbir oleh sebuah jawatankuasa madrasa di kampung itu.

Akal siapa yang boleh menerima hakikat bahawa PAS tidak terlibat, sedangkan lidah rasminya, Harakah masih menyiarkan iklan untuk tabung mangsa itu walaupun tragedi berkenaan telah telah berlalu 15 tahun.

 
Lebih mencurigakan lagi, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Mohammad Sabu pula telah mengadakan ceramah di Madrasah Islahiah Diniah, Memali pada 8 September 2000, kononnya untuk mengendurkan ketegangan yang gagal ditangani dengan baik oleh Datuk Fadzil.

Malangnya, ceramah Mohamad Sabu mengeruhkan lagi suasana malah menyerlahkan sikap 'sandiwara' PAS selama ini. Oleh kerana para pemimpin PAS suka melabel seseorang dengan pelbagai andaian yang mencemuh, maka golongan yang tidak puas hati dengan perjalanan dan pentadbiran tabung berkenaan dikecam hebat. Mereka yang membuat aduan polis dicap sebagai sama seperti kaum Nabi Noh, dan Nabi Lut yang ingkar. Mereka juga dipetuakan sebagai ahli neraka.

ltulah 'sandiwara' permimpin-pemimpin PAS. Daripada membela waris mangsa tragedi agar mendapat bantuan dan perhatian sewajarnya melalui kutipan tabung berkenaan, Mohamad Sabu memilih untuk menghina, membersendakan, memperlekeh mereka pula. Kalau selama ini mereka bertindak memecahbelahkan masyarakat Melayu setempat kerana politik PAS dan UMNO, kini mereka juga bertindak terhadap sesama ahli PAS.

lsu utama kes ini bukanlah laporan oleh seorang bekas petugas Madrasah Islahiah pada 27 Julai 2000 yang dianggap oleh Mohamad Sabu sebagai perbuatan terkutuk. Persoalannya ialah apakah yang dilakukan oleh PAS selama ini untuk memastikan Tabung Mangsa Memali itu diurus dengan telus, dan ikhilas agar waris mangsa tragedi itu mendapat bantuan dan pembelaan ?

Kalau barisan pemimpin PAS sudah tidak sanggup lagi membela nasib mereka biarkan tanggungjawab itu diambil oleh kerajaan. Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa pihak lain boleh membantu mereka dengan lebih baik dan telus. Kalau PAS memikirkan waris mangsa tragedi sudah tidak lagi memberi keuntungan politik, biarkan mereka menentukan nasib sendiri. Bebaskan mereka dari kongkongan PAS yang ternyata gagal melaksanakan tanggungjawab.

 
Apa yang berlaku membuktikan bahawa PAS menerusi pelbagai sandiwaranya tidak mahu dipertanggung-jawabkan. Kerana itulah mereka enggan menjawab segala persoalan mengenai berapa banyak sumbangan yang sudah dikutip, berapa banyak sudah dibelanjakan dan kepada siapa telah diagihkan. Bukankah para penyumbang juga berhak mengambil tahu?

Satu memorandum telah lama disampaikan kepada Datuk Fadzil Noor supaya menyiasat perkara itu tetapi bukan saja tiada sebarang tindakan diambil, sebaliknya mereka yang sepatutnya mendapat pembelaan pula dimarahi dan dilabel dengan pelbagai istilah yang mencemuh.

Apakah ini tidak membuktikan bahawa dalam kes Tabung Mangsa Memali ini sahaja, PAS dan para pemimpinnya telah menutup pekung dengan 'sandiwara' ? Dan sesungguhnya 'sandiwara' mereka memakan masa yang amat panjang - 15 tahun.

Kalau kes sekecil itu menampakkan bahawa selama ini PAS bersandiwara, bagaimana pula dengan isu-isu penting yang lain ? Tidakkah PAS juga bersandiwara dalam lsu "Amanat Haji Hadi" ?

 
Apa pula 'sandiwara' PAS Terengganu dalam isu wang Ihsan ? Bagaimana pula dengan sandiwara Datuk Nik Aziz dalam isu wabak taun di Kelantan baru-baru ini ?

Apapun, kesimpulannya PAS hanya mampu bersandiwara dan menimbulkan perasaan benci-membenci. Malangnya kebencian yang ditanam oleh PAS itu cuma berkisar pada isu sesama Melayu.

Mungkin itulah antara sebab mengapa Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS membuktikan khidmat dan jasa mereka pada agama, bangsa dan negara.

Sunday, 2 September 2012

ASAL USUL SEJARAH BENDERA MALAYSIA




 
Mohamad Hamzah adalah arkitek kerajaan di Johor.

Bendera Malaysia pada asalnya ialah bendera Persekutuan Tanah Melayu yang mula digunakan dengan rasminya pada 26 Mei 1950. Bendera ini telah diilhamkan melalui satu pertandingan khas mencipta bendera Persekutuan Tanah Melayu.


Hasil ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor, Mohamad Hamzah telah terpilih tetapi dibuat beberapa perubahan pada reka bentuk asalnya. Antara perubahan yang dibuat ialah menukar warna putih pada bulan dan bintang kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi raja-raja Melayu dan juga menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil kira jumlah negeri yang ada dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Dengan penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, bendera tersebut telah diubah suai sewajarnya menjadi bendera Malaysia.


 

Bendera Persekutuan Tanah Melayu Semasa Dikibarkan di Bangunan United Nation


Hanya pada tahun 1995 barulah ada suatu inisiatif untuk memberi nama khas atau nama rasmi kepadanya. Idea menamakan bendera negara adalah ilham Datuk Hashim Mat Dris, seorang bekas pegawai kerajaan yang dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri.

Menurut beliau, setelah 45 tahun bendera negara berkibar dengan megah tetapi tanpa satu nama yang boleh dibanggakan, sudah tiba masanya bendera Malaysia diberi satu nama rasmi. Nama ini patut diberikan sebagaimana bendera-bendera negara tertentu memilikinya seperti bendera kebangsaan Indonesia digelar Sang Saka Merah Putih, United Kingdom – Union Jack, Amerika Syarikat – Star Spangled Banner dan bendera Perancis digelar Tricolor.

Hashim berpendapat nama yang sesuai untuk bendera negara ialah ‘Si Tuah’ sempena nama Hang Tuah, pahlawan Melayu yang berani, gagah perkasa dan setia kepada raja.

Cadangan Hashim itu kemudiannya dibawa kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu. Pada 11 Julai 1995 Tun Dr. Mahathir telah bersetuju supaya diadakan satu peraduan bagi memilih nama yang sesuai untuk bendera Malaysia.

Penyertaan bagi peraduan tersebut dihadkan kepada pihak-pihak tertentu sahaja iaitu kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan. Berikutan itu, Jawatankuasa Induk Peraduan Mencipta Nama Bendera Malaysia ditubuhkan. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan dianggotai oleh wakil daripada beberapa kementerian dan agensi yang berkenaan.

Dalam mesyuarat pada 1 April 1996, jawatankuasa induk peraduan mencipta nama bendera Malaysia telah bersetuju bahawa pemilihan cadangan nama bendera Malaysia tidak perlu dibuat melalui peraduan tetapi memadai dipilih daripada senarai nama yang dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil kementerian dan agensi yang berkaitan.

Ini turut dipersetujui oleh Perdana Menteri ketika itu. Berikutan itu, nama jawatankuasa ditukar kepada Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia.

Jawatankuasa itu telah menimbang 75 cadangan nama berserta huraiannya. Setelah penelitian dibuat, tiga cadangan nama dipilih iaitu ‘Setia Perkasa’, ‘Seri Setia Perkasa’ dan ‘Seri Setia Negara’. Cadangan nama-nama tersebut dipilih kerana ia didapati sesuai sebagai lambang sejarah dan perjuangan negara serta mampu memupuk semangat jitu di kalangan rakyat untuk terus maju membina sebuah negara yang aman makmur.
Bagaimanapun, apabila dikemukakan untuk mendapat persetujuan jemaah menteri pada 11 September 1996, nama-nama tersebut gagal memikat hati ahli-ahli mesyuarat Kabinet yang berpandangan bahawa ia tidak benar-benar melambangkan sifat dan semangat yang diwakili oleh bendera Malaysia itu sendiri.
Jemaah menteri kemudiannya meminta supaya cadangan-cadangan baru dikemukakan. Berikutan keputusan itu, Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia bersidang semula untuk mencari cadangan nama-nama baru untuk bendera Malaysia.

Dalam mesyuarat pada 2 Jun 1997 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Halim Ali, Ketua Setiausaha Negara pada waktu itu sebanyak 28 cadangan nama dipertimbangkan. Setelah membuat penelitian, mesyuarat bersetuju memilih tiga nama mengikut keutamaan seperti berikut: ‘Jalur Gemilang’, ‘Jalur Nusa Gemilang’ dan ‘Jalur Sinar Gemilang’.

Apabila ketiga-tiga cadangan nama tersebut dibentangkan pada 9 Julai 1997, jemaah menteri telah bersetuju supaya bendera Malaysia diberi nama ‘Jalur Gemilang’. Perisytiharan Jalur Gemilang sebagai nama bendera Malaysia telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semasa acara Di Ambang Merdeka sempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia pada 30 Ogos 1997, jam 11.58 malam.

Pada tahun 2012 ini genaplah 15 tahun nama “Jalur Gemilang” tersemat pada bendera Malaysia. Nama tersebut telah dicadangkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (sekarang Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan).

Secara ringkasnya, perkataan ‘jalur’ dalam nama Jalur Gemilang melambangkan jalur pada bendera yang menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju serta arah yang sama yang diikuti oleh rakyat negara ini manakala ‘gemilang’ pula melambangkan keadaan yang bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.

Oleh itu, Jalur Gemilang adalah lambang aspirasi rakyat Malaysia dalam mengharungi kemajuan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi membina sebuah negara yang cemerlang gemilang dan terbilang.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya