PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.

PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Friday, 30 November 2012

Fitnah!! Desak Felda saman Harakah & Keadilan!





 Merujuk kepada keratan akhbar yang disiarkan Utusan Malaysia, hari ini kita mendesak FELDA amik tindakan dengan menyaman  kedua-dua akhbar Keadilan & Harakah yang sedang giat membuat fitnah.. ini bukan lagi masa nak bagi amaran.! Jika ianya berlaku  di pihak PR. mereka akan terus menyaman  tanpa meneliti  terlebih dahulu..

Kami yang bertungkus lumus kat bawah ni kadang-kadang merasa penat dengan sesetengah tindakan kerajaan & mana-mana badan yang terbabit yang tidak berani  berhadapan terutamanya bila membabitkan soal Fitnah.!

 So lepas nie giliran Felda menyaman kedua-dua akhbar ini !!

 Jangan jadi pengecut.!!!

Thursday, 29 November 2012

Updated.! Lagi rumah penduduk Pulau Pinang dirobohkan Kerajaan Negeri



  Kezaliman Kerajaan DAP Pulau Pinang yang menindas masyarakat Pulau Pinang kini semakin menjadi-jadi. Hasil kajian membuktikan Bumiputera Pulau Pinang dipinggirkan secara halus oleh kerajaan negeri pimpinan cina DAP.

Jumlah penduduk Cina yang berjumlah 670,400 orang pada 2010 menjadi kumpulan etnik terbesar iaitu 42.9 peratus, manakala Melayu 40.7 peratus. Ini berbanding pada 2009, orang Melayu menjadi kumpulan terbesar iaitu 42.4 peratus, manakala kaum Cina (40.9 peratus).

Strategi disusun kerajaan negeri dalam melaksanakan dasar peminggiran Melayu di Pulau Pinang.

“Nasib Melayu Islam di Pulau Pinang semakin kritikal. Statistik terbaru mendedahkan ramai orang Melayu membawa diri ke negeri lain kerana tidak mampu menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.
 Gambar dibawah nie gambar yang aku ambil  semasa proses merobohkan rumah pendduduk setempat.


 Kedai makan yang  telah beroperasi bertahun-tahun kini terpaksa berpindah untuk memberi laluan kepada pembinaan projek Mega yang giat dibangunkan Kerajaan DAP Pulau Pinang.




Kajian yang dikeluarkan Oktober tahun lalu, mendapati jumlah penduduk Melayu berkurangan daripada 654,300 orang pada 2009, kepada 636,146 orang pada 2010, iaitu penyusutan 18,154 orang dalam tempoh setahun.

Lim Guan Eng dan pemimpin DAP apabila berdepan orang Melayu cakap manis tetapi di belakang memburukkan Melayu, tanpa mengetahui beliau memahami bahasa Mandarin yang mereka tuturkan.

Kajian Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi Pulau Pinang (PReCISE) yang dikeluarkan Oktober lalu juga menunjukkan purata harga rumah melebihi RM500,000 seunit di negeri itu dikenal pasti antara faktor ramai orang Melayu berhijrah ke kawasan luar bandar dan negeri jiran sejak 2010.

Kajian mendapati purata harga rumah di Pulau Pinang pada 2011 melonjak kepada RM540,000 seunit, iaitu lapan kali lebih tinggi daripada purata pendapatan tahunan isi rumah, iaitu RM67,500.


Inilah agenda DAP dalam merampas Pulau Pinang & menjadikannya Singapura ke-2.


UNDI PR: DAP BAKAL JADI PM.!



Tuesday, 27 November 2012

Nilai emas bakal mengatasai nilai wang di peringkat antarabangsa-Tun M


 
.
Peraturan mengenai perdagangan emas perlu dilaksanakan bagi memberi garis panduan jelas kepada pelabur dan pedagang, cadang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Jelasnya, terdapat banyak kekeliruan yang timbul disebabkan ketiadaan peraturan tersebut, sekali gus menyebabkan perdagangan dan pelaburan emas kurang diminati.
"Saya mempromosikan perdagangan emas untuk disimpan kerana nilai wang akan menyusut sedangkan nilai emas tidak, jadi kita perlu membeli emas kerana ia amat penting," katanya selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Riba Dunia di sini hari ini.

Mengikut peraturan Bank Negara Malaysia, bank pusat tersebut hanya bertanggungjawab terhadap perdagangan emas oleh institusi-institusi kewangan dan tertakluk kepada jenis perniagaan yang mereka jalankan.
Dr. Mahathir turut menyentuh mengenai pelaburan emas Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva) yang digantung operasi kerana mengambil deposit haram, beliau berkata, siasatan perlu dijalankan dengan teliti sebelum sebarang tindakan diambil.

"Tidak wajar menghukum semua yang terlibat (dalam pelaburan tersebut) kerana hukuman tersebut patut dijatuhkan kepada individu yang melakukan kesalahan sahaja, saya tidak menentang tindakan kerajaan dalam hal ini tetapi saya merasakan setiap manusia berhak untuk mendapat layanan adil.
"Saya tidak tahu di mana silapnya (Genneva), siasatan teliti perlu dijalankan dahulu kerana apabila terus diharamkan, pembeli akan kerugian, mereka juga tidak dapat emas mereka semula," ujar beliau lagi.
Mengenai dinar emas yang sering menjadi perhatian beliau sejak beliau memimpin negara, Dr. Mahathir berkata, mata wang tersebut seharusnya menjadi elemen penting dalam perdagangan antarabangsa kerana emas tidak susut nilai dan boleh menjadi sandaran sebenar.

Beliau bagaimanapun tidak menggalakkan penggunaan dinar emas dalam urusniaga harian.
"Dinar emas seharusnya digunakan untuk perdagangan antarabangsa dan bukannya penggunaan domestik, tetapi di Kelantan mereka keluarkan dinar emas sendiri dan ini menyukarkan urusniaga harian," jelasnya.

Monday, 26 November 2012

Hassan Ali masih tak puas hati dengan PAS.! mahu JAIS bertindak.!



  



 Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu mengambil tindakan tegas terhadap khatib yang mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam doa penutup khutbah Jumaat lalu di Masjid Al Falah, Hulu Yam.

Bekas Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata, perkara itu jelas bertentangan dengan peraturan Jais kerana diakui sendiri khatib terbabit bahawa doa tersebut merupakan tambahan dan bukannya dalam teks khutbah.

Menurutnya, perkara ini perlu ditangani dengan tegas kerana bimbang akan terus berleluasa dan mendatangkan impak negatif kepada perpaduan ummah.

“Apabila doa tersebut tidak terkandung dalam teks khutbah Jumaat, ini jelas bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan dalam pentadbiran dan pengurusan Jais sendiri.

“Kita juga bimbang sekiranya doa negatif sebegitu dibenarkan dan tiada sekatan, sudah pasti ianya akan ‘berjangkit’ ke tempat-tempat lain pula.

“Jika ia terus dibiarkan berlaku, dikhuatiri akan timbul perpecahan dalam masyarakat kerana sesiapa yang mendengarnya akan timbul kemarahan dan tidak mustahil boleh berlaku pergaduhan melibatkan perilaku fizikal dan  sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, institusi masjid sebagai rumah ALLAH SWT juga akan tercemar sekiranya berlaku pergaduhan di dalamnya seterusnya kesucian agama Islam akan tercemar.

Dalam pada itu, Adun Sementa, Datuk Abd Rahman Palil yang juga bekas Exco Agama Selangor berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana masjid bukan gelanggang politik.

Abd Rahman turut menyifatkan doa tersebut lebih menjurus kepada hawa nafsu semata kerana sebagai orang Islam tidak sepatutnya mendoakan kehancuran saudara seagama.

“Ajaran apa yang dia (khatib) itu ikut kerana dalam Islam kita ditegah mendoakan yang tidak baik lebih-lebih lagi sesama kita Islam, bagaimana kalau yang didoakan itu termasuk keluarga dan saudara maranya, adakah dia rela melihat kehancuran mereka?” katanya.

Jumaat lalu, jemaah Masjid Al Falah terkejut apabila khatib menutup khutbah dengan doa meminta kehancuran Umno dan BN selepas mendoakan kesejahteraan Sultan Selangor.

Sementara itu, khatib terbabit yang merupakan Imam II masjid itu, Mohamad Azmi Hassan mengakui doanya itu adalah tambahan beliau sendiri dan tidak terkandung dalam teks asal dan tindakannya itu semata-mata mahu meluahkan segala yang terbuku di hatinya.

Pihak kalah perlu terima hakikat, kata Dr M


Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada Forum Antarabangsa di PWTC hari ini. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
KUALA LUMPUR - Mana-mana pihak yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) harus menerima kenyataan itu dan diharap tidak membuat sebarang provokasi seperti demonstrasi yang akhirnya akan menyebabkan huru-hara berlaku dalam negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pada masa kini terdapat juga pihak yang sudah pun mencipta suasana tidak selesa itu dengan memberitahu orang ramai bahawa PRU13 akan datang adalah pilihan raya yang tidak adil.

"Mereka menghasut orang ramai sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka, mereka akan  membuat demonstrasi.

"Ada pihak yang tidak boleh menerima kekalahan dan akan membuat demonstrasi.

"Mereka akan mengata ketidakadilan dan penipuan telah berlaku," kata beliau pada sidang media Forum Antarabangsa bertemakan Konflik dan Perdamaian Dalam Politik: Mengimbas Kembali atau Memandang Ke Hadapan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan media tentang demokrasi yang dilihat sudah tidak lagi relevan pada masa ini.

Beliau bagaimanapun berpendapat, pendekatan demokrasi itu sendiri tidak cacat tetapi terpulang kepada pengamalnya.

"Semuanya bergantung kepada pengamalnya terutamanya ketika menerima kekalahan," kata beliau.

Mengulas mengenai taktik pembangkang yang menggunakan demonstrasi untuk menyatakan bantahan, beliau mendakwa, perkara itu menjadi satu instrumen kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengatur langkah ke Putrajaya dan untuk menjadi
Perdana Menteri.

Dr Mahathir juga mendakwa, merancang demontrasi merupakan kemahiran tinggi Anwar dalam membuat persiapannya itu.

"Persiapan Anwar ialah membuat demonstrasi awam. Sebelum ini tidak pernah ada demonstrasi.

"Malah masa dia (Anwar) dalam kerajaan, dia sendiri menentang demonstrasi,tetapi sekarang sejak dia keluar penjara, sering kali berlaku demonstrasi termasuk Bersih dan Himpinan Hijau," katanya.

Dr Mahathir: Jangan salah guna hak demokrasi



Mahathir: Kelewatan perkhidmatan sebabkan rasuah
Tun Dr Mahathir Mohamad
 KUALA LUMPUR - Hak demokrasi tidak harus disalah guna untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata, sesetengah pihak yang tidak berpuas hati setelah kalah dalam pilihan raya seringkali menyebut hak demokrasi sebagai contoh ketika mereka cuba menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk menerajui kepimpinan negara.

"Mereka menimbulkan kekacauan di seluruh negara, mereka mengadakan demonstrasi jalanan dan mengadu bahawa kerajaan menipu dalam pilihan raya, oleh itu perlu diadakan satu lagi pilihan raya dan menjatuhkan kerajaan yang telah pun dipilih," katanya.

Ini boleh membawa kepada keganasan, serangan dan pembunuhan, katanya pada majlis makan tengah hari yang dianjurkannya bagi perwakilan yang menghadiri Forum Antarabangsa Umno bertemakan 'Konflik dan Perdamaian dalam Politik Rakyat - Menoleh ke Belakang atau Memandang ke Hadapan?' di sini hari ini.

Forum dua hari itu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Raza, diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 yang bermula esok.

Dr Mahathir menegaskan ada antara negara yang baru mengamalkan demokrasi tidak menghargai sepenuhnya sistem demokrasi.

 "Kita hanya menyukainya apabila kita menang, tetapi tidak apabila kita kalah," katanya.

Dr Mahathir turut menyentuh tentang kuasa asing yang menyokong perubahan rejim dengan mempergunakan kumpulan minoriti dan memberi mereka wang serta segala bentuk sokongan.

Beliau berkata ini boleh mengakibatkan negara menjadi tidak stabil dan dalam keadaan itu, faedah daripada demokrasi tidak boleh dinikmati oleh rakyat.

Mengulas lanjut, beliau berkata: "Dalam demokrasi, anda perlu menerima keputusan pilihan raya. Parti yang memperoleh majoriti mesti diberi hak untuk memerintah negara sekurang-kurangnya bagi keseluruhan penggal. Maka, demokrasi akan berkesan.

"Konflik tetap ada tetapi tidak akan membawa kepada keganasan, kemusnahan dan ancaman keselamatan kepada rakyat," katanya. - Bernama

Sunday, 25 November 2012

PAS menipu tentang Hudud.






5 April 1993 - Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAs Kelantan telah memutuskan bahawa Hukum Hudud tidak akan diwartakan.

25 November 1993 - Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Hukum Hudud namun masih belum diwartakan.

9 Oktober 1994 - Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS Pusat telah memutuskan Hukum Hudud adakah satu undang-undang yang sah dan boleh dikuatkuasakan dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.


3 Oktober 1996 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong pertikai mengapa kerajaan Kelantan tidak pernah mengemukakan rangka atau 'blue print' ke arah perlaksanaan syariat.

18 April 1998 - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Abdul Mutalib Embong persoal mengapa kerajaan Kelantan belum melaksanakan Hukum Hudud sedangkan mampu dan berkuasa melaksanakannya.

Mengapa PAS begitu munafik dan berbohong kepada umat Islam di Malaysia malah kepada rakyat Kelantan bahawa Kerajaan Pusat yang menghalang perlaksanaan Hukum Hudud?

Selama 20 tahun PAS berbohong mengenai perlaksanaan Hukum Hudud. Apa maksud PAS sebenarnya, Parti Islam Semalaysia atau Parti Anutan Syaitan? Hanya Syaitan sahaja yang sentiasa menghasut untuk berbohong dan mengadu domba sesama umat Islam

Angka murtad akan meningkat jika PR memerintah.!




Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).


Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.


Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agama dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.


Jika PR memerintah. kemungkinan besar angka ini  menjadi lebih besar ditambah pula dengan Kenyataan Nurul Izzah "melayu bebas murtad".

Kenyataan kebebasan beragama ada kaitan dengan IFC.!





Sama ada secara sedar atau sebaliknya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah sebenarnya telah menjadi penyambung lidah kepada agenda Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang sebelum ini telah berjaya digagalkan hasil dari kesedaran dan kebangkitan umat Islam membantahnya.

IFC adalah lanjutan daripada IRC, matlamat dan tujuan penubuhannya adalah sebagai badan berkanun yang berkuasa penuh untuk mengubah ajaran sesuatu agama khususnya Islam dengan menerima desakan atau tuntutan agama lain.

Dengan kata mudah sekiranya IFC dibenarkan bebas bergerak, maka peranannya akan setara dengan SUHAKAM. Bezanya, IFC akan mencampuri urusan agama khasnya Islam, manakala SUHAKAM memantau aduan berkaitan hak kemanusiaan.

Apabila anak perempuan kepada Ketua Umum PKR itu menyatakan persetujuan bahawa hak kebebasan agama sepatutnya tidak terhadap kepada orang bukan Melayu sahaja sebaliknya perlu juga meliputi orang Melayu, jelas sejelasnya ada persamaan dengan perjuangan IFC.

Nurul Izzah mungkin sahaja tidak kisah pandangannya begitu berbahaya kepada akidah umat Islam sementelah lagi diakuinya sendiri yang beliau sudah terbiasa belajar di Sekolah Kristian Assunta di Petaling Jaya.

Namun, bagi orang Melayu yang agamanya wajib berakidahkan Islam sebagaimana disebut oleh Perlembagaan Negara dalam Artikel 160 (2),pandangan Nurul Izzah ni agak keterlaluan 'liberal'nya..yg mana kenyataan Nurul Izzah itu sudah seumpama cubaan menyemarakkan kembali agenda IFC.

Antara tuntutan-tuntutan IFC termasuklah;-

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Kesemua tuntutan IFC di atas itu senada dengan dakyah Yahudi Nasrani dalam usaha mereka untuk menghancurkan akidah umat Islam melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan mengisytiharkan Deklarasi Hak Manusia Sejagat.

Dalam Artikel 18, Deklarasi Hak Manusia Sejagat itu, antaranya menuntut supaya hak individu untuk bebas menukar agama dan kepercayaan serta kebebasan berfikir perlu dihormati tanpa sebarang halangan. 

"Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance" (Article 18, Universal Declaration Of Human Rights, United Nations).

Bagaimanapun pengisytiharan PBB di atas jelas bercanggah dengan Perlembagaan Negara yang secara rasmi memutuskan orang melayu wajib beragama Islam, di masa yang sama melindungi setiap orang Islam dari dakyah agama lain.

Akan tetapi, melihat pada sikap liberal anak beranak keluarga puaka yang menguasai PKR itu, tidak mustahil seandainya negara ini berjaya dikuasa oleh PR, ada kemungkinan semua peruntukkan dalam perlembagaan yang melindungi agama Islam dan penganutnya akan tergugat.

Melihat kepada kemungkinan ini serta betapa bersungguhnya gerombolan puak liberalisme dan pluralisme yang semakin berjaya menguasai halatuju parti-parti politik dalam PR, amatlah wajar umat Islam segera bangkit dari lena untuk menepis ancaman yang sedang bergentayangan di tanahair kita ini.

Pembersihan etnik di Palestin


  






   

 SEJAK tertubuhnya "negara Israel" di tanah air Palestin pada 1948, Israel telah melakukan ratusan siri pembersihan etnik dan mahu mengusir Palestin dari tanah air mereka. Ini bukan peperangan. Ini pembersihan etnik seperti yang berlaku di Eropah Timur semasa Perang Dunia Kedua termasuk di Bosnia pada awal 1990-an. Bukanlah peperangan namanya kalau kekuatan antara kedua-dua pihak bagai langit dengan bumi.
Israel menggunakan senjata pembunuh termoden termasuk penangkis berteknologi tinggi berbanding Palestin yang masih menggunakan senjata konvensional dan selebihnya menggunakan lastik. Dalam serangan terbaru, 168 orang awam Palestin terbunuh dan lebih 1,000 orang lagi cedera. Tetapi di sebelah Israel hanya mengorban lima tentera. Daripada angka ini, siapakah yang melakukan kekejaman?


Khamis lalu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan pejuang Hamas. Walaupun semasa menghadiri sidang Kemuncak ASEAN ke 21 di Phnom Penh, Kemboja minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berjanji menghentikan serangan, reaksinya terhadap gencatan senjata adalah berbeza. Obama tetap berat sebelah apabila berkata, "Israel perlu mempertahankan diri." Ini memberi gambaran bahawa Israel diserang bukan menyerang yang mengakibatkan 168 orang awam Palestin terbunuh.

AS memang terlibat dalam perang ke atas Palestin. Buktinya AS menyumbangkan sebanyak AS$290 juta kepada Israel untuk membangunkan sistem penangkis peluru berpandu, Iron Dome. Sistem penangkis ini digunakan dalam serangan terbaru untuk menangkis serangan balas pejuang Hamas. Israel kini menggunakan lima bateri pelancar yang menelan belanja AS$50 juta dan memerlukan tujuh lagi untuk mendepani Hamas.
Pembiayaan tambahan bateri dan pelancar penangkis itu ditanggung oleh AS. Obama telah memohon kepada Kongres pada 2011 untuk menyalurkan dana kepada Israel bagi mempertingkatkan sistem pertahanannya. 

                                                       

Semua ini membuktikan bahawa dalang di sebalik pembersihan etnik di Palestin adalah AS. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dalam reaksinya tidak yakin gencatan senjata ini akan bertahan lama. Ini terbukti apabila tentera Israel membunuh seorang awam Palestin dan mencederakan sembilan yang lain. Israel telah mencabul gencatan senjata yang hanya bertahan sehari.
Sejak tercetus konflik Israel - Palestin pada 1948, lebih 100,000 orang awam Palestin terbunuh dan dianggarkan 1.8 juta cedera. Angka ini tidak sepadan dengan hanya 3,700 tentera Israel yang terbunuh dalam konflik tersebut. Perkara ini berlaku kerana Israel menyerang dan melakukan pembersihan etnik.


Lautan darah

Lihat sahaja apa yang berlaku di kem pelarian Sabra dan Shatila di sempadan Lebanon pada 16 hingga 18 September 1982. Kem itu menjadi lautan darah apabila rejim zionis membunuh lebih 3,000 orang awam sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, tidak ada seorang pun pejuang Palestin di situ. Kekejaman itu berterusan apabila Israel dinaungi oleh kuasa besar seperti AS. Di Sabra dan Shatila adalah pembersihan etnik walaupun dinafikan oleh rejim zionis.

Dalam serangan terbaru Israel menafikan mereka mensasarkan orang awam, sebaliknya kepada pejuang Hamas. Penafian ini sama dengan serangan di kem Sabra dan Shatila, alasannya mereka memburu pejuang Palestin tetapi yang dibunuh adalah wanita dan kanak-kanak.

                   
Serangan di Masjid Dahmash pada 11 Julai 1948 juga serupa. Pasukan komando Israel yang diketuai oleh Moshe Dayan telah membunuh lebih 100 orang awam yang sedang sembahyang. Katakan apakah ini bukan pembersihan etnik? Moshe Dayan yang kemudian menjadi Menteri Luar Israel digelar "syaitan mata satu" kerana sebelah matanya cedera dan memakai penutup mata di majlis rasmi. Dia telah menyumbangkan banyak catatan berdarah pembersihan etnik ketika mengetuai pasukan tentera Israel.
Kenyataan Obama bahawa Hamas pengganas ternyata berat sebelah kerana statistik menunjukkan hanya lima tentera Israel yang terbunuh berbanding lebih 168 orang awam Palestin terkorban.
Obama terus menafikan hak Palestin yang menuntut status negara di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Walaupun menjadi sasaran pembersihan etnik, Palestin terus dihalang untuk mendapat status negara bukan anggota di PBB. Semua ini kerana status itu akan membolehkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) di The Hague mendakwa Israel melakukan jenayah perang.

Kerana itu yang menjadi kunci kekuatan Palestin adalah Mesir. Negara yang baru merdeka dari menjadi proksi AS ini adalah faktor kebangkitan Palestin. Perubahan politik Mesir yang menyaksikan tumbangnya diktator pro Israel, Hosni Mubarak menjanjikan harapan kepada Palestin.

Kemenangan Morsi menggugat Israel apabila secara terbuka beliau menyatakan sokongan kepada Palestin dan pejuang Hamas. Keadaan ini telah mengubah geopolitik Asia Barat apabila Palestin mendapat tenaga baharu daripada jiran seperjuangan seperti Mesir. Ketika era rejim Hosni Mubarak yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel, Palestin dijadikan mangsa penindasan Mesir.
Janji Obama tidak membawa makna berbanding kewujudan "Mesir baharu" yang lebih dekat dengan perjuangan Palestin di Gaza. Malah sepenggal yang lalu Obama tidak memperlihatkan usaha yang bersungguh-sungguh membela Palestin yang dizalimi Israel. Sebaliknya kenyataan awal Obama semasa Palestin diserang baru-baru ini menyalahkan Palestin dan melabelkan Hamas sebagai pengganas yang mengancam Israel.

                                                   

Menebus derhaka

Ketika rakyat Palestin menderita diserang Israel pada 2008 yang mengakibatkan lebih 250 orang terbunuh, beribu tan makanan untuk Palestin terbiar dan rosak apabila Hosni Mubarak menutup sempadannya. Kerana itu perkara pertama yang boleh dilakukan Mesir ketika ini ialah membuka sempadan untuk membolehkan dunia menyalurkan bantuan kepada Palestin.

Sebelum perancangan jangka panjang untuk membebaskan Palestin, usaha jangka pendek yang diperlu dilaksanakan adalah membuka pintu masuk melalui Mesir. Morsi mesti menebus derhaka Presiden Anwar Sadat kepada saudara Islamnya di Palestin apabila menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada 26 Mac 1979. Anwar Sadat dibunuh pada 6 Oktober 1981 ekoran bantahan perjanjian damai dengan Israel. Bermula dengan Anwar Sadat hingga Hosni Mubarak, Presiden Mesir adalah kalangan tentera dan mereka mendapat dana khas daripada AS.

Bantuan menerusi laut seperti sebelum ini telah disekat oleh Israel dan sukarelawan dari pelbagai negara telah dibunuh. Maka pilihan utama adalah jalan darat menerusi sempadan Mesir. Ketika ini Palestin menderita ketiadaan air bersih, makanan, perubatan, sumber tenaga dan juga bahan-bahan binaan untuk membangunkan semula kediaman yang dimusnahkan Israel. Dengan adanya laluan di sempadan Mesir, bantuan dunia kepada Palestin dapat diuruskan dengan lebih berkesan. Kunci untuk membebaskan Palestin adalah kesepakatan Islam khususnya di Asia Barat. Kahadiran Mesir telah menunjukkan petanda positif kepada Palestin. Kesediaan Iran dan Jordan dengan sendirinya memberi tekanan kepada Israel. Obama tidak akan membuat sesuatu untuk Palestin kerana itu bertentangan dengan dasar Yahudi. Obama akan meneruskan dasar luar AS yang menyokong Israel dan menindas Palestin.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya