Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Monday, 14 January 2013

Bible bahasa Indonesia sudah dicetak & menunggu masuk ke Malaysia?




 Satu lagi berita hangat tentang isu penggunaan perkataan “Allah” dalam buku Al Kitab Injil dalam Bahasa Malaysia dan 35,000 naskah buku ini telah tersadai di Pelabuhan Kuching. Pelbagai pihak telah memberi pandangan masing-masing; ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. PAS dan Abim bersetuju kehadhiran buku tersebut di Malaysia, Mufti Perak memang tidak bersetuju.

Akhirnya kerajaan terpaksa akur dengan kehendak orang ramai dan hanya memberi kelulusan bersyarat dengan meletakkan cop “Untuk penganut Kristian sahaja” di buku tersebut. Ada lagi 5,100 naskah yang serupa tersangkut di Pelabuhan Klang dan pihak Bible Society of Malaysia (BSM) dikatakan tidak mahu mengambil buku-buku tersebut kerana telah di cop oleh Kementerian Dalam Negeri.

Apabila sebilangan masyarakat Malaysia menerbitkan buku-buku yang menyeleweng atau menggugat akidah Islam, tindakan akan terus diambil kerajaan keatas penulis dan penerbit. Ini akan berlaku dengan syarat penulis dan penerbit adalah dari golongan Muslim. Sekiranya mereka bukan dari golongan Muslim dan dari penganut ugama lain, tiada tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan. Ini lah yang berlaku sekarang.

              
Apabila Tok Guru Nik Abdul Aziz membenarkan penggunaan perkataan “Allah” dalam buku Al Kitab Injil, adakah beliau menyetujui penggunaan buku ini di Malaysia? Bagaimana terjemahan-terjemahan ayat-ayat di dalam kitab tersebut? Seperti ayat-ayat yang memperlekehkan para nabi? Ayat-ayat tentang ketuhanan yang bertentang dengan Akidah Islam? Tok Guru tidak boleh hanya memberi komen tentang kegunaan perkataan “Allah” sahaja; Tok Guru wajar memberi penerangan tentang ayat-ayat lain dalam kitab tersebut.

Sekiranya Tok Guru tiada masa untuk melihat perkara ini, mungkin ada ulama’ lain yang berani menghuraikan kandungan kitab tersebut dan menerangkan kepada masyarakat Islam khususnya dimanakah terdapat penyelewengan dari Akidah Islam. Perkara ini harus diumumkan kepada semua masyarakat Islam melalui semua media, termasuk tv, internet dan juga dalam bentuk tulisan akhbar dan majalah.

Penerangan tentang penyelewengan Al Kitab ini bukan sahaja patut dibuat dalam Bahasa Malaysia, bahkan dalam Bahasa Inggeris dan juga China. Ini adalah kerana orang yang membaca Al Kitab tersebut adalah dari golongan yang pandai Bahasa Inggeris tapi tidak pandai Bahasa Malaysia dan cuba menterjemahkan Al Kitab Bahasa Malasyia kepada orang Islam.

Setidak-tidaknya, JAKIM dan IKIM patut mengeluarkan satu buletin bagi menangkis akibat pembenaran kemasukan Al Kitab Injil dalam Bahasa Malaysia mau pun dalam Bahasa Indonesia ke Malaysia.. Buletin ini hendaknya disebarkan keseluruh umat Islam di Malaysia secara percuma dan secara menyeluruh agar sampai ke setiap individu Islam. Penyebaran ini patut dilakukan oleh semua media.


Usaha ini juga patut dilakukan oleh PAS yang merupakan Parti Islam Malaysia, yang mendokong teras Islam sebagai perjuangan partinya. Jika perlu, buku-buku penerangan ini boleh dicop “UNTUK BACAAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAH SAHAJA”.

Kita tahu Bible yang asal sudah diubahsuai mengikut kehendak penulisnya. Bible yang dalam Inggeris jika digunakan sebagai asas terjemahan kedalam Bahasa Melayu, lagi lah banyak lari maksudnya dari yang asal. Perkara-perkara begini patut diberitahu kepada umat Islam di Malaysia. Maka wajarlah pendedahan tentang perkara-perkara bertentang dengan akidah kita di beritahu kepada kita dan anak-anak kita yang masih lagi dalam peringkat pelajar. Pendedahan bukanlah setakat penggunaan nama “Allah” dalam Al-Kitab Injil.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya