Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 2 January 2013

BN perlu belajar dari kedudukan tergugat PAP Singapura.


  




 Pada pilihan raya umum kali ini, kemaraan pembangkang boleh dilihat apabila bertanding 82 daripada 87 kerusi. Sebenarnya angka-angka ini adalah petunjuk kebangkitan terbesar rakyat yang menolak dasar kerajaan PAP. Sebahagian besar daripada mereka pula adalah generasi muda yang terputus daripada nostalgia Singapura seperti yang dirasai oleh generasi Lee Kuan Yew.

Generasi muda inilah yang akan membentuk alam politik Singapura yang baru masa depan. Mereka menjadi petunjuk bentuk dan hala tuju pendemokrasian politik Singapura. Maka kebimbangan Lee Kuan Yew tentang masa depan PAP itu sangat berasas sama sekali. Ini kerana kesedaran politik generasi muda dibina oleh jaringan maklumat yang lebih luas berbanding generasi lama yang terbius oleh kegemilangan silam Lee Kuan Yew.

Kejayaan Parti Pekerja menumbangkan calon PAP yang juga bekas Menteri Luar, George Yeo pada pertandingan Perwakilan Kumpulan Kawasan (GRC) Aljunied adalah pukulan terbesar. Aljunied adalah kawasan selamat PAP. Tetapi kali ini menjadi kawasan panas dengan kebangkitan pengundi muda memainkan peranan dalam politik Singapura.

Demokrasi Singapura tidak lebih daripada mengundi. Tetapi tiada demokrasi untuk menuju hari mengundi. Demokrasi itu tidak wujud dalam erti kata sebenar apabila pembangkang akan “dibunuh” dengan pelbagai cara termasuk memperalatkan institusi kehakiman untuk memufliskan pembangkang. Sementara media arus perdana pula dikawal ketat oleh kerajaan dan tidak sedikit pun memberi laluan kepada pembangkang. Sebelum ini kaedah tersebut berjaya melemahkan pembangkang kerana tiada laluan untuk menyampaikan tawaran yang terbaik kepada rakyat. Sekarang pembangkang mempunyai banyak pilihan termasuk menggunakan kemudahan Internet.

Untuk menyekat pembangkang, PAP mewujudkan sistem yang dipanggil Perwakilan Kumpulan Kawasan pada 1988. Sistem ini memberi kelebihan kepada PAP untuk menang dalam sesuatu kawasan. Tetapi apabila kebangkitan rakyat berlaku dengan derasnya, sistem yang dibuat untuk memudahkan kemenangan PAP sudah tidak berperanan malah memakan diri.


Kemenangan mudah sejak 1965 menjadikan PAP leka dan selesa. Kerajaan meminggirkan kepentingan rakyat terbanyak dan suara protes tidak kedengaran di Parlimen. Kerajaan membuat dasar dengan sesuka hati untuk kepentingan pemimpin-pemimpin PAP. Semua ini memberi kesan secara langsung kepada rakyat seperti kenaikan harga rumah sebanyak 70 peratus sejak 2006, pembanjiran pekerja asing mencecah sejuta orang yang mengambil peluang pekerjaan warga tempatan, sistem pengangkutan yang tidak cekap, kenaikan sara hidup yang mendadak serta jurang kaya miskin yang semakin besar akibat acuan sistem ekonomi neoliberalisme.

Dengan menggunakan teknologi maklumat dan jaringan sosial di Internet, generasi muda berjaya disatukan untuk melancarkan perang perubahan. Laman-laman sosial ternyata memberikan kesan hebat sekalipun media arus perdana menutup peluang kepada pembangkang.

Melihat kemunculan muka-muka baru dalam pembangkang, PAP juga mengemukakan banyak calon-calon muda kalangan profesional untuk mengimbangi populariti pembangkang. Masalahnya bukan sahaja soal calon tetapi dasar PAP. Tukar calon tetapi dasarnya sama tentu tidak akan ada perubahan. Meremajakan PAP tidak berhasil kecuali mengubah dasar supaya peka kepada masalah rakyat.

Modal kempen PAP ialah pencapaian cemerlang Singapura sebagai negara bebas rasuah, peningkatan 14.4 peratus ekonomi selepas kegawatan 2009. Tetapi Perdana Menteri Lee Hsien Loong terpaksa menerima kenyataan apabila berkata, “Kami mendengar suara anda” merujuk sokongan hebat rakyat kepada pembangkang. Dia juga secara terbuka memohon maaf kerana kerajaan pimpinannya tidak peka dengan permasalahan rakyat. Setidak-tidaknya dia seorang pemimpin yang bertanggungjawab kerana mengakui kelemahan dasar-dasarnya. Hanya Lee Kuan Yew yang gagal melihat sosiopolitik semasa Singapura dari sudut pandangan generasi baru yang lebih terbuka.


Jika kita melihat dari sudut ini, jelas sekali inilah seperti yang sedang dilakukan  pembangkang di  Malaysia. dari segi penggunaan Internet, kebebasan bersuara dan berbagai-bagai arah yang menentang dasar kerajaan, tambahan pula sikap sesetengah menteri BN yang lembik dan slow ini juga boleh dikategorikan  keuntungan dipihak pembangkang.

Kemarahan rakyat boleh menyebabkan sesebuah parti yang memerintah itu tergugat.

Apa yang gua lihat, jalan terakhir supaya rakyat marah ialah perlaksanaan AES & dipihak kerajaan juga semacam ada satu link berurusan dengan pihak pembangkang (sabotaj). Umum semua ketahui, kebanyakkan kakitangan kerajaan sendiri merupakan penyokong kuat pembangkang. Inilah yang harus di teliti oleh pihak kerajaan.

it's not time you all tido.!


No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya