Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 29 January 2013

Cara Pembangkang jatuhkan BN di Pulau Pinang.!



Kerusi yang dimenangi parti-parti politik


Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini bermakna, Majoriti Mudah di Pulau Pinang ialah 21 kerusi dan Majoriti 2/3 ialah 27 kerusi.


Secara ringkasnya, Majoriti Mudah ialah jumlah kerusi yang perlu dimenangi oleh sesebuah parti politik jika ingin menjadi kerajaan tunggal di Pulau Pinang dan Majoriti 2/3 pula ialah jumlah kerusi yang diperlukan bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan yang memerintah untuk memudahkan pindaan Undang-undang Tubuh / Perlembagaan Negeri sewaktu pengundian. Sekiranya tiada sesebuah parti politik yang mampu mencapai Majoriti Mudah secara tunggal, mereka boleh membentuk kerajaan campuran dengan parti-parti lain dengan mencukupkan jumlah kerusi menjadi 21.



Dalam PRU 2004, daripada 40 kerusi yang dipertandingkan, BN menyapu 38 kerusi dan pembangkang ketika itu hanya memenangi dua kerusi dengan masing-masing satu dimiliki oleh DAP dan PAS. Peralihan kuasa di peringkat pusat daripada Tun Mahathir kepada Tun Abdullah merupakan antara faktor utama BN berjaya mencapai kemenangan besar ketika itu.


Pada PRU 2008 pula, kerusi BN bukan saja berkurangan malah parti berkenaan gagal untuk mempertahankan Pulau Pinang apabila DAP, PKR dan PAS memilih untuk membentuk kerajaan campuran. BN melalui UMNO hanya memenangi 11 kerusi (daripada 14) berbanding DAP 19 (menang di semua kawasan), PKR 9 dan PAS mengekalkan kubu kuat tunggal mereka di Permatang Pasir. Parti-parti komponen BN (Gerakan, MCA, MIC) tewas sepenuhnya dalam PRU ini.

Antara faktor yang menyumbang kepada kemenangan kerajaan campuran ini ialah pembebasan Anwar Ibrahim, perhimpunan BERSIH dan HINDRAF, penggunaan media baru secara meluas, kritikan Tun Mahathir terhadap Tun Abdullah serta isu campurtangan "Tingkat 4" dalam pentadbiran PM.


 
Jumlah kerusi yang menyokong kerajaan dan pembangkang

Lanjutan daripada itu, secara ringkasnya, kerajaan BN yang memerintah dari tahun 2004 hingga Mac 2008 mempunyai sokongan sebanyak 38 kerusi dan pembangkang pula 2 kerusi. Kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS yang memerintah dari Mac 2008 hingga hari ini pula  mempunyai 29 sokongan dan pembangkang pula 11. Dari aspek kekuatan sokongan, ternyata kerajaan BN sebelum ini lebih kuat berbanding kerajaan campuran sekarang. Namun, harus diingat, kekuatan inilah merupakan antara faktor yang melekakan BN sehinggakan parti-parti komponennya, selain UMNO, tewas sepenuhnya.

Pecahan etnik yang menyokong kerajaan dan pembangkang

Daripada aspek pecahan etnik yang menyokong kerajaan pula, BN pada 2004 mempunyai 22 orang wakil Cina, 14 orang wakil Melayu dan 2 orang wakil India. Pada 2008, kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS mempunyai 20 orang wakil Cina, 4 orang wakil India, 4 orang wakil Melayu dan seorang wakil Singh.

Jadi secara ringkasnya, perbezaan di antara wakil Melayu (baca Islam) dengan wakil Bukan Melayu dalam kerajaan BN 2004 dan kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS 2008 adalah seperti berikut:

Jumlah wakil Melayu Islam dan wakil Bukan Melayu Islam dalam kerajaan

Jelas dapat dilihat perbezaan ketara dari aspek wakil Melayu dan Bukan Melayu dalam carta di atas. Kerajaan BN 2004 mentadbir dengan 24 wakil Bukan Melayu dan 14 Melayu manakala kerajaan campuran 2008 pula mentadbir dengan 25 wakil Bukan Melayu dan hanya 4 wakil Melayu. Ini bermakna, pada 2004, perbezaan di antara Melayu dan Bukan Melayu ialah 10 kerusi tetapi pada 2008, perbezaannya amat besar iaitu 21 kerusi.

Jurang perbezaan ini sebenarnya amat mempengaruhi corak pentadbiran kerajaan yang memerintah, sama ada yang diketuai oleh Koh Tsu Koon dulu, atau Lim Guan Eng sekarang ini. Saya berpandangan, jurang yang lebar ini sebenarnya memudahkan Lim Guan Eng dan barisan Exconya mencorakkan pentabdiran Pulau Pinang tanpa terlalu mengambil kira kepentingan orang Melayu Islam kerana suara 4 wakil Melayu (3 PKR + 1 PAS) pasti akan tenggelam dengan suara 25 orang Bukan Melayu! Faktor inilah yang menjadi penyebab isu-isu berkaitan Melayu Islam sering berbangkit dan dibangkitkan di negeri Pulau Mutiara ini. Sadis bukan?

 Jumlah wakil etnik yang dilantik sebagai Exco

Daripada aspek pemilihan Exco dalam kerajaan negeri pula, kerajaan BN pada 2004 meletakkan 6 orang wakil Cina, 4 orang wakil Melayu dan seorang wakil India. Namun, oleh kerana kekurangan wakil Melayu dalam kerajaan campuran 2008, wakil Cina ditambah 2 menjadi 8 orang, Melayu dikurangkan 2 meninggalkannya menjadi 2 dan tempat seorang wakil India dikekalkan. Situasi ini menampakkan sekali lagi suara orang Melayu pasti tenggelam dalam mesyuarat-mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri!

Jumlah wakil parti yang dilantik sebagai Exco

Dan, sesuatu yang agak menghairankan saya dalam pelantikan Exco oleh Lim Guan Eng ialah mengapa beliau tidak melantik ADUN PAS untuk menjawat jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam sebaliknya diberikan kepada ADUN PKR (Abdul Malek Kassim)?

Bukankah ini menunjukkan seolah-olah DAP tidak mengiktiraf PAS sebagai "rakan yang baik" di peringkat negeri? Adakah ini juga akan dilaksankan sekiranya mereka memerintah di peringkat Pusat?

Saya melihat, Lim Guan Eng gagal memahami isu-isu setempat khususnya berkaitan orang Melayu Islam kerana beliau bukan berasal dari negeri tersebut. Lim Guan Eng hanya membawa pakaian dan tinggal di hotel ketika kempen PRU 2008, beliau tidak mempunyai rumah di sana. Hanya apabila menang dan dilantik sebagai Ketua Menteri, barulah beliau menetap di Pulau Pinang.

Bagi saya, walaupun pelantikan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri harus diterima kerana ia adalah kehendak majoriti pengundi di Pulau Pinang, namun, ia juga seharusnya memalukan anak-anak Pulau Pinang (termasuk diri saya sendiri!) khususnya dari DAP, PKR dan PAS. Tidak adakah wakil dari DAP, PKR dan PAS anak jati Pulau Pinang yang layak untuk dilantik mentadbir negeri sendiri sehinggakan terpaksa melantik orang dari luar?

Bukan itu saja, separuh dari wakil rakyat DAP adalah mereka yang diimport dari negeri lain. Ketiadaan roh Penang Kia dalam kerajaan negeri (sama ada Melayu, Cina atau India) menyebabkan pelbagai isu-isu berbangkit dan dibangkit tidak akan dapat diselesaikan dengan mudah dan ia pasti akan berterusan..

Selain dari faktor-faktor yang dinyatakan di atas, perlu juga difahami, dalam politik, pihak yang sedang berkuasa akan mencuba apa saja untuk mengekalkan kuasanya dan lawannya pula akan berusaha apa saja untuk mengambil alih kuasa daripada mereka. Dan selepas diperoleh, ia akan cuba dikekalkan pula dengan apa saja cara, sebagaimana yang dilakukan oleh lawan mereka sebelumnya. Itulah kitaran sebenar politik yang sukar menampakkan kesudahannya.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya