Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Monday, 21 January 2013

Cara Pembangkang mainkan isu walaupun fitnah.




 





Kita tahu dari dulu pun pemimpin tinggi pembangkang terutama PKR pertanggung jawabkan pemimpin bawahan mereka dengan potfolio yang khusus yang mereka mahu tak mahu mesti laksana cara terbaik dan patuh serta terus akur akan perintah orang atas.

Mereka ada pelakun utama, pelakun tambahan , tukang pukul / palu dan gendang serta tukang sorak dan tempek. Sama macam dalam wayang kulit ada tukang karang, tukang karut dan tukang berlagu.
Dulu RPK boleh lah kita andaikan jadi tukang karut mereka. RPK akan create satu kisah yang baeek punya melalui blog dia. Pasti nya yang terkini dan yang paling sensasi mengikut cita rasa semasa. Orang lain tukang reka bukti, tampal sana, copy paste sini dan siarkan melalui blog yang lain.

Penyudah nya orang besar dia akan mengulas melalui cerowong (microphone) semasa kempen, ceramah atau press conference mereka. Semasa kempen atau ceramah apabila penceramah bukak topik sensasi dibelakang sana akan terdapat satu atau lebih orang yang melaung dan memekik sebagai mengeyiakan apa yang penceramah sebut tadi.

Effect nya tiap sudut akan ada orang yang mengikut atau ulangi laungan dan jadilah sesi kempen atau ceramah itu sesi yang riuh rendah dan bergema dengan gemuruh serta penuh semangat.
Contoh yang paling mudah semasa Ezam Md Nor masih bersama mereka , apa yang Ezam sering dendangkan ialah dia ada simpan 6 peti penuh bukti bertulis mengenai menyelewengan pemimpin Umno terutama Rafidah Aziz yang masih dalam kabinet ketika itu. 

Ketimur Ezam menceritakan perihal bukti 6 peti itu, kebarat pun pasal 6 peti dan kemana mana saja hingga kepala hotak kita pun hampir mempercayai nya bahawa Ezam benar benar ada menyimpan 6 peti bukti bertulis.

Ezam pun keluar. Selepas keluar dia sendiri mengaku 6 peti yang dipalu nya sejak bertahun tahun lama hanyalah satu pembohongan yang besar. Jika benar benar ada bukti sebanyak itu ramai lah pemimpin yang sudah didakwa. Keluar nya Ezam dari kumpulan itu sama sebab nya saperti orang lain yang keluar juga. Sebab nya standard iaini penyampah. Zahrain kata dia sudah bosan dan menyampah, Ezam sama juga, Zulkifli Nordin pun demikian. Penyampah dengan pembohongan, dolak dalik, penafian dan berbagai yang tidak kena, semua tidak kena tak ada yang kena.

                                         
Bagi pemimpin mereka semua ini mainan mereka. ” Apa takut. Sampai masa kita nafikan. Kita berbohong semua orang untuk dapat kuasa. Sudah dapat kuasa nanti kita nafikan semua itu, orang akan lupa dan akan maafkan kita ” .

Dengan pegangan sedemikian kita akan dapati mereka akan terus berbohong, berdusta, menafikan dan segala gala nya kerana itu semua memang cara hidup mereka.
Kita pun bertanya, manakah consience, keperibadian, watak dan sikap ? Manakah dosa / pahala, yang hak dan yang batil. Mana moral , mana harga diri.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya