Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 31 January 2013

Dana besar RM300 juta diseleweng Kerajaan Pakatan untuk golongan Kristian?



Twitter xavierjayakumar Sgorku Xmas celeb


 Di atas ialah screenshot sebuah tweet oleh Xavier menghebahkan perayaan Krismas anjuran Selangorku, iaitu projek yang menyediakan peruntukan dana RM300 juta bagi Adun-Adun Pakatan

Kerajaan Pakatan Rakyat menyediakan satu jumlah yang besar  dalam perayaan sambutan Krismas. Dana sebanyak 300 juta yang boleh diklasifikasikan sebagai satu dana untuk kepentingan individu tertentu ini juga disalah gunakan.

Mengapa?

Geran Selangorku mengagihkan peruntukan RM300 juta bagi projek-projek infrastruktur. Kawasan Sri Muda menerima kelulusan terbanyak dengan 31 projek, diikuti Meru (20 projek) dan Telok Datok (13).
Sri Muda ialah kerusi Dewan Undangan Negeri PKR sementara Meru ialah DUN PAS dan Telok Datok, DAP.

 Di antara yang paling awal menerima imbuhan ialah DUN Subang Jaya yang sudah dihabiskan mereka RM400,000 untuk menurap jalan

 Malah Subang Jaya didahulukan daripada Ijok. Tinjauan rambang media Antarapos.com mendapati jemaah surau di Ijok mendakwa tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan daripada kerajaan negeri sejak 2008 lagi walaupun telah beberapa kali permohonan dibuat.
“Malah, hasil tinjauan mendapati setiap surau di kawasan tersebut terpaksa mengambil inisiatif sendiri bagi mendapatkan dana untuk meneruskan aktiviti keagamaan mereka”








         

Baru-baru ini, setiausaha kerajaan negeri Selangor Khusrin Munawi menjelaskan bahawa Geran Selangorku diletakkan di bawah kawalan langsung Menteri Besar Incorporated (MBI) tanpa terikat kepada prosedur perbendaharaan negeri.
MBI ditubuhkan oleh Khalid Ibrahim sepertimana Chief Minister Incorporated (CMI) ditubuhkan oleh Lim Guan Eng.
Dan sebagaimana urusan peniagaan dan pemajuan hartanah yang bernilai berbilion-bilion ringgit diletakkan di tangan Guan Eng – yang menjual tanah Bayan Mutiara untuk harga RM1.1 bilion – begitu juga urusan peniagaan dan pemajuan hartanah diletakkan di tangan Khalid. MBI sebagai syarikat induk kepada anak-anak syarikat kerajaaan negeri Selangor telah menjual dua bidang tanah di Bukit Beruntung dan di Bestari Jaya dengan harga RM438.5 juta.

MBI mempunyai lembaga pengarah dan tatacara sendiri. Geran Selangorku dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Khalid dan dianggotai setpolnya Faekah Husin, setiausaha akhbarnya Arfaeza Aziz, ketua pentadbir MBI Rohani Talib serta wakil-wakil lain yang dipilih dan dilantik Khalid.

Faekah mendakwa geran RM300 juta tersebut “diperuntukkan untuk dimanfaatkan terus kepada rakyat”. Jadi kenapa butiran projek tak diletakkan dalam talian (online) supaya ianya boleh diteliti orangramai?
Khalid dilaporkan “teragak-agak apabila wartawan meminta beliau memperincikan perbelanjaan Geran SelangorKu. Sebaliknya, beliau hanya berkata sudah mula mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat bagi bertanyakan penggunaan dan tumpuan penggunaan Geran Selangorku.”

Soalnya kenapa peruntukan boleh dikeluarkan begitu cepat kepada DUN Subang Jaya? Wang habis dah dan kononnya projek sudahpun beres. Namun di Kapar, yakni kawasan Parlimen yang mempunyai paling ramai pengundi berdaftar, penduduknya masih tertunggu-tunggu?
Adakah ia kerana penduduk berbangsa India di Kapar dipandang tidak cukup “high class” macam penduduk Subang Jaya yang telah diberikan laluan ekspres?

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya