Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Monday, 7 January 2013

DAP penipu & main wayang.

  
 



 DAP tidak perlu mencipta satu lagi drama semata-mata mahu mengembalikan wakil Melayu untuk menduduki Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, insiden kesilapan pengiraan jumlah undi sewaktu pemilihan parti pada 17 Disember lalu sudah dapat dijangka dan hanya merupakan satu taktik bagi menampakkan parti itu masih mengekalkan prinsip berbilang kaum.

"DAP sebenarnya memerlukan sokongan orang Melayu bagi membantu mereka mencapai impian untuk ke Putrajaya.

"Taktik ini sudah dapat diramal apabila menyedari mereka telah melakukan kesilapan besar apabila Zairil Khir Johari tidak dilantik sedangkan beliau 'orang kuat' Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng,'' katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden memalukan DAP apabila secara terbuka mengakui berlaku kesilapan pengiraan jumlah undi dalam pemilihan parti itu.

Dalam keputusan yang dipinda itu, Zairil iaitu Setiausaha Politik kepada Guan Eng yang hanya mendapat 305 undi sebelum ini, sebenarnya memperolehi 803 undi, sekali gus meletakkannya pada kedudukan ke-20 dalam CEC parti tersebut.

Tambah Tuan Tat, DAP perlu 'membersihkan' terlebih dahulu sikap rasis, tidak demokratik dan amalan korupsi sebelum mahu mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) serta sistem pilihan raya negara ini.

''Hal remeh seperti ini mereka tidak boleh atasi, bagaimana mahu mentadbir negara,'' katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, tindakan DAP yang akhirnya 'melantik' calon Melayu dalam CEC selepas mendapat kecaman pelbagai pihak menyerlahkan lagi amalan politik tangkap muat atau politics of expediency parti cauvinis Cina berkenaan.

"Bagi DAP, kalau ada kepentingan untuk mereka, mereka akan membuat perkara itu tapi jika sebaliknya, mereka bantah sekeras-kerasnya dan tidak konsisten. Kita tengok mereka 'ketuk' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tak adil, kita lihat sekarang siapa yang terbukti tidak adil?," katanya.

Sementara itu, bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong pula mencabar DAP supaya melakukan pemilihan CEC semula memandangkan apa yang berlaku merupakan penyelewengan undi pada Kongres Kebangsaan ke-16 parti itu sebelum ini.

Beliau berkata, cabaran tersebut perlu disahut DAP dengan membubarkan CEC sedia ada kerana jawatankuasa itu dilihat tidak sah dan boleh dipertikaikan.

"Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu membuat siasatan secara terbuka berhubung pemilihan tersebut kerana banyak berlaku penyelewengan. Kita hairan kenapa selepas tiga minggu, baru DAP mahu mengakui kesilapan.

"Sekiranya mempunyai prinsip, Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga juga perlu menunjukkan ketelusan dalam memperjuangkan pilihan raya yang adil dengan menyiasat pemilihan DAP ini," ujarnya.

Bekas Ketua Bahagian DAP Sepang, R. Vellasamy pula berkata, parti anak-beranak itu hanya pandai mendakwa bahawa mereka sahaja yang mengamalkan prinsip demokrasi.

''Mereka cakap tidak serupa bikin, sekarang ini ahli banyak didominasi kaum Cina sekali gus meminggirkan ahli kaum lain.

''Mereka perlu ingat, pengasas parti ini ialah seorang berketurunan India, jadi sepatutnya kaum India harus diutamakan,'' katanya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nordin Ahmad tidak terkejut dengan insiden tersebut kerana percaya apa yang berlaku telah dirancang oleh pucuk pimpinan tertinggi DAP.

Jelas beliau, hal sedemikian turut berlaku dalam PKR apabila calon-calon pilihan akan dipastikan untuk mengisi sesuatu jawatan di peringkat parti.

''Jadi tidak mustahil ia turut berlaku dalam pemilihan DAP baru-baru ini dan saya percaya adanya unsur rasuah jika melihat perbezaan jumlah undi yang begitu ketara iaitu sebanyak 500 undi seperti diterima Zairil,''



No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya