Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Saturday, 26 January 2013

DAP pinggirkan Melayu.!

   

            Foto

                                                                
ISU penghijrahan orang Melayu Pulau Pinang kerana tidak mampu menampung kos sara hidup menimbulkan pelbagai reaksi. Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai menjangka lebih 80 peratus keluarga berpendapatan kurang RM3,000 sebulan di negeri itu terpaksa berhijrah menjelang 2020. Prof Ahmad Atory Hussain pula berkata keengganan kerajaan DAP meneruskan dasar subsidi Kerajaan Pusat, menyebabkan ramai orang Melayu terpaksa berpindah. Apa reaksi kerajaan Pulau Pinang?

18,000 pindah bukti DAP laksana dasar pinggirkan Melayu 

GEORGETOWN: UMNO Pulau Pinang menyifatkan pendedahan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dr Mohammad Fairus Khairuddin, mengenai lebih 18,000 orang Melayu negeri ini berhijrah sebagai bukti baru DAP memang berniat mengabaikan golongan itu. 

Apabila harga rumah mahal, mereka terpaksa menggunakan kira-kira dua pertiga daripada pendapatan bulanan untuk membayar ansuran rumah, menyebabkan kos hidup meningkat. Itu pun kalau gaji mereka RM5,000 ke atas. "Bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah? Melayu daripada kelompok ini tiada pilihan dan terpaksa berpindah ke negeri berhampiran?" - Datuk Musa Sheikh Fadzir, Timbalan Pengerusi UMNO negeri,

Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir, berkata beliau tidak terkejut dengan pendedahan berkenaan kerana dasar pembangunan kerajaan negeri sejak empat tahun lalu jelas meminggirkan orang Melayu.

Katanya, sejak empat tahun lalu, harga rumah di Pulau Pinang naik melambung sehingga ada yang berharga antara RM500,000 sehingga jutaan ringgit, sekali gus tidak mampu dibeli oleh orang Melayu.

"Apabila harga rumah mahal, mereka terpaksa menggunakan kira-kira dua pertiga daripada pendapatan bulanan untuk membayar ansuran rumah, menyebabkan kos hidup meningkat. Itu pun kalau gaji mereka RM5,000 ke atas.

                                        Foto
"Bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah? Melayu daripada kelompok ini tiada pilihan dan terpaksa berpindah ke negeri berhampiran," katanya. 
Semalam, akhbar ini melaporkan lebih 18,000 orang Melayu Pulau Pinang berhijrah ke negeri lain di antara 2009 hingga 2010 kerana tidak mampu menampung kos sara hidup yang terlalu tinggi di negeri kelahiran mereka. 

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, turut mengakui tiada projek perumahan kos rendah dilaksanakan sepanjang empat tahun pemerintahan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Katanya, kerajaan pakatan pembangkang yang tidak mempunyai dasar perumahan untuk menampung golongan berpendapatan rendah menyebabkan golongan itu tidak mampu menampung kos hidup yang tinggi di bahagian pulau dan Seberang Prai.

“Kerajaan BN dulu menetapkan dasar pemaju perlu membina rumah kos sederhana berharga antara RM45,000 hingga RM72,000 mengikut zon ditetapkan,

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya