Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 2 January 2013

DAP "takle" Melayu hanya kerana mahukan sokongan.




Amat jelas kepada kita yang membaca tweet Nga Kor Ming (Bapak Rasis) bahawa DAP Rasis memanipulasikan bantuan kepada sekolah agama untuk kepentingan politik. DAP Rasis tidak melakukannya kerana benar-benar mahu membantu sebaliknya ada udang di sebalik batu. 

Menaja Majlis Berkhatan, memberikan bantuan dalam surau, mengagihkan daging korban dan melakukan senamrobik bukanlah petanda bahawa DAP Rasis itu tidak anti Islam dan tidak anti Melayu. Sebaliknya ianya adalah bukti sifat anti Islam dan anti Melayu itu amat kuat dan sukar dikikiskan oleh DAP Rasis. Ianya dilakukan oleh DAP Rasis sekadar untuk memberikan gambaran palsu sahaja. Bahkan DAP rasis seperti telur di hujung tanduk.

Nga Kor Ming lupa bagaimana DAP Rasis melalui Teresa Kok, Ng Aik Weik, beliau sendiri, DAP Rasis kedah, Ronnie Liu, Karpal Singh, Jeff Ooi telah banyak kali menunjukkan sifat anti Melayu dan anti Islam terutama apabila DAP Rasis mendesak agar Pas Kedah menarik balik larangan ke atas pusat hiburan beroperasi dalam bulan Ramadan. Malah kegiatan kristianisasi yang didalangi oleh pemimpin DAP Rasis melalui gereja sel DUMC memurtadkan umat Islam begitu melukakan hati umat Islam. Menghina para Sultan Melayu. Menghalau peniaga Melayu di Pulau Pinang. Menaikkan kadar sewa di PKNS. Mengherdik dan memaki peniaga Melayu / Islam dalam kejadian kebakaran. Malah DAP Rasis disyakki memperalatkan pemimpin PAS selangor seperti Khalid Samad untuk memohon bantuan Zakat kemudian digunakan untuk membiayai kegiatan kristianisasi tajaan dap Rasis. Ketiadaan Hudud dan Negara Islam dalam Buku Jinggay. Itu baru sedikit. Banyak lagi tindakan-tindakan DAP Rasis yang membuktikan bahawa DAP Rasis akan kekal dengan sikap anti islam dan anti Melayu sampai kiamat dunia.


Kebencian DAP Rasis kepada UMNO bukanlah kerana UMNO itu zalim, boros dan sebagainya sebaliknya kerana UMNO adalah perlambangan sebuah Parti Umat Islam yang kuat selama 54 tahun. UMNO juga adalah lambang perpaduan Melayu. Lambang kekuasaan Melayu. Lambang kepada segala yang DAP Rasis anti yakni Islam, Melayu dan perpaduan kaum.

Fahaman Sosialisma DAP Rasis tidak akan memungkinkan ISLAM dimertabatkan olehnya. Sikap ultra kiasu dan cauvinis DAP Rasis juga tidak mengizinkan DAP Rasis menghormati orang Melayu. 

Justeru itu walau apa pun DAP Rasis cuba tonjolkan imej tidak anti Islam dan tidak anti Melayu itu hanya sandiwara Tok Pekong mereka sahaja. DAP Rasis ini totoks anti Islam dan anti Melayu buat selamanya.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya