Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 2 January 2013

GERAKAN MENGKRISTIANKAN UMAT ISLAM DAN DUNIA



   



Di Malaysia kini heboh diperkatakan tentang berbagai cara para pendakwah dan gereja Kristian mengKristiankan orang Melayu/Islam yang menimbulkan ketegangan agama. Hal ini telah lama berlaku tetapi ianya dibuat secara sulit/sembunyi-sembunyi, bermula daripada pemerintahan penjajah Inggeris lagi di mana mereka mendirikan berbagai sekolah, hospital dan rumah kebajikan Kristian. 


Para pendakwah Kristian yang mengikuti misi tentera mereka (Barat) ke berbagai negara di seluruh dunia telah menjalankan kegiatan penyebaran agama Kristian di kalangan umat bukan Kristian dengan motif tersembunyi. Motif nyata adalah mengaut kekayaan material dan kuasa. Agama Kristian pula digunakan oleh kuasa-kuasa penjajah Barat (Inggeris, Portugis, Belanda, Sepanyol, Jerman, Itali dll) untuk mendapat kekayaan dan kuasa daripada negara-negara yang dijajah supaya rakyat yang memeluk agama Kristian akan patuh kepada penguasa dan gereja.

Selain daripada gerakan dakwah dan penyebaran agama Kristian yang dilakukan oleh orang-orang Roman di benua Eropah dan Pesisir Laut Mediterranean pada zaman dahulu, dan para pendakwah Kristian di zaman penjajahan pada kurun kelima belas dan keenam belas, kini terdapat gerakan dakwah Kristian berbentuk baru, iaitu tanpa mengamalkan apa-apa bentuk kekerasan, penindasan dan pembunuhan. Gerakan dakwah ini berselindung di sebalik kegiatan sosial dan kemasyarakatan yang mempunyai berbagai nama, simbol dan objektif-objektif kemanusiaan. Para mubaligh Kristian ini bergiat cergas di berbagai negara di seluruh dunia, khasnya di negara-negara Islam, seperti:

Afghan Border Crusade, Africa Enterprise Incorporated, Africa Evangelical Fellowship, Africa Inland Mission, Andes Evangelical Mission, Asia Outreach, Bible Christian Union, Belgian Evangelical Mission, Bethany Fellowship Mission, Bible & Medical Missionary Fellowship, Central African Mission International, Central Asian Mission, Campus Crusade for Christ International, Child Evangelical Fellowship Incorporated, Cambodia for Christ (South-east Asian Outreach), Christian Literature Crusade, Christian & Missionary Alliance, Christian Witness to Israel, Dorothea Mission, Evangelize China Fellowship, European Christian Mission, Every Home Crusade (World Literature Crusade), Evangelical Union of South America, Far East Broadcasting Association, Far East Gospel Crusade,Fellowship of Faith for Muslims, Greater Europe Mission, Gospel Missionary Union, Gospel Recordings Incorporated, International Christian Fellowship, Indian Evangelical Mission, International Hospital Christian Fellowship, International Mission Incorporated, Indonesian Missionary Fellowship, International Nepal Fellowship, Inter-Varsity Christian Fellowship, International Fellowship of Evangelical Students, Japan Evangelical Band, Jesus to the Communist World, Latian American Mission, Messianic Testimony, Navigators Incorporated, Leprosy Mission, Middle East Christian Outreach, Missionary Aviation Fellowship, New Tribes Mission, Open Doors with Brother Andrew, Operation Mobilisation, Oriental Missionary Society International, Overseas Missionary Fellowship, Overseas Crusades Incorporated, Qua Iboe Mission, Red Sea Mission Team, Regions Beyond Missionary Union, Scripture Gift Mission, Scripture Union, Sudan Interior Mission, Sudan United Mission, The Evangelical Alliance Mission, The Evangelical Alliance Relief Fund, Trans-World Radio, Underground Evangelism, Unevangelical Fields Mission, United Bible Societies, United World Mission Incorporated, Universities & Colleges Christian Fellowship of Evangelical Unions, West Indies Mission (World-team), World Radio Missionary Fellowship, World-wide Evangelical Crusade, World Vision International, Wycliffe Bible Translators Incorporated, Salavation Army, dan Young With A Mission Incorporated.

Selain itu, penyebaran agama Kristian di seluruh dunia, khasnya di negara-negara Islam turut dibantu oleh pertubuhan-pertubuhan seperti:-

Association of Evangelicals of Africa & Madagascar (beroperasi di Kenya), Assemblies of God (AoG), Asia Pacific Christian Mission (Australia), Bible Churchman's Missionary Society (Anglican), Christian Missions for Many Lands (Christian Brethren), Church Missionary Society (Anflican), Church of North India, Church of South India, Church of Christ in Nigeria, Dutch Reformed Church (Holland, South Africa & Indonesia), Evangelical Churches of West Africa, Evangelical Fellowship of India, Far East Gospel Crusade, Japan Mission for Hospital Evangelism (beroperasi di Afica Selatan), London Missionary Society (Congregational Church), Roman Catholic Church, Seventh-Day Adventist Church, South American Missionary Society (Anglican), South Seas Evangelical Mission (Australia), Student Christian Movement, Youth for Christ, dan Young Men Christian Association (YMCA).

Kegiatan Kristian di negara-negara Islam ditumpukan kepada kelompok rakyat yang hidup miskin dan buta huruf kerana diabaikan oleh pemerintah negara dan penguasa agama Islam. Kebanyakan para pendakwah Kristian itu bermazhab Protestantyang mengajar kepada campuran agama Kristian dan agama tempatan (ini fasa pertama). Mereka dilengkapkan dengan dana dan peralatan canggih di bidang komunikasi dan perhubungan, termasuklah kakitangan terlatih dalam bidang dakwah. Mereka ini sungguh-sungguh komited, rajin, jujur (amanah) dan bertanggungjawab semasa menjalankan tugasan tanpa mempunyai agenda peribada (kepentingan diri sendiri). Bandingkan dengan para pendakwah dan alim ulama Islam!

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya