Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 16 January 2013

Kalimah Allah: Paderi Kristian Vs Ulama Islam.


lampiran 2


Artikel ini bersumber dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan :-http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/Paderi_Indonesia_mengakui_ALLAH_adalah_Eksklusif_untuk_orang_Islam.pdf

PADERI INDONESIA MENGAKUI “ALLAH”
ADALAH EKSKLUSIF UNTUK ORANG ISLAM

Seorang Paderi dari Indonesia Pdt. Jahja Iskandar Mth. mengakui bahawa kata “Allah” khas untuk umat Islam. Perakuan ini termuat dalam bukunya “Mengapa Nama YAHWEH Semakin Popular” yang diterbitkan oleh Pt Abiyah Pertama Jakarta (hlm. 116). Menurut beliau, kata yang tepat bagi nama Tuhan sembahan orang Kristian berasaskan bahasa asli perjanjian lama, iaitu Ibrani ialah “Elohim” (hlm. 144, 145). Jika diterjemah ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi menggantikan “Elohim” ialah “Ilah” bukan “Allah”. Ini berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab, iaitu Inskripsi Zabad, tahun 512M (hlm. 127).
2. Sehubungan itu, Yayasan Lentera Bangsa yang diasaskan oleh beliau telah menerbitkan KITAB SUCI Indonesia Literal Translation (KS-ILT). Terjemahan ini tidak lagi tertera nama “Allah” sebaliknya menggunakan “Elohim” sebagai nama sembahan orang Kristian. Menurut Pdt Jahja Iskandar, penggunaan nama Allah dalam versi Terjemahan Baru Al Kitab (PL & PB) oleh Lembaga Al Kitab Indonesia adalah bertentangan dengan ketetapan Konferensi Para Penterjemah Al Kitab Bahasa Indonesia pada tahun 1952 yang diadakan di Jakarta, Konferensi ini menetapkan bahawa Nama HUWA/HOEWA/JOHOEWA hendaklah digantikan dengan “TUHAN” (hlm. 109).
3. Dalam suratnya kepada saya, beliau berharap agar KS-ILT dapat menjadi jalan keluar bagi menyelesaikan kemelut penggunaan nama “Allah” oleh umat Kristian di Malaysia. Beliau juga menyatakan kesediaan untuk datang ke Malaysia bagi memberi penjelasan jika diperlukan.
4. Dikemukakan di bawah ini lampiran-lampiran berikut :
i) Pengenalan diri Pdt. Jahja Iskandar MTh.
ii) Kulit Hadapan buku “Mengapa Nama YAHWEH Semakin Popular”
iii) Halaman : 116, 144, 145, 127, 109 daripada buku di atas.
iv) Salinan surat saya kepada Pdt. Jahja Iskandar MTh. Dan jawapan
beliau.
v) Halaman judul KITAB SUCI (ILT)
vi) Halaman 1 kitab berkenaan.
Datuk Hj Wan Zahidi bin Wan Teh
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
28 Safar 1436/11 Januari 2013
LAMPIRAN I
Lampiran1
LAMPIRAN II

LAMPIRAN III
Lampiran 3
Lampiran 3b
Lampiran 3cLampiran 3dLampiran 3e
LAMPIRAN IV
Lampiran 4aLampiran 4bLampiran 4cLampiran 4d
LAMPIRAN V
Lampiran 5
LAMPIRAN VI
Lampiran 6

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya