Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 16 January 2013

Kenapa media Pakatan cuba sembunyikan keputusan Majlis Syura PAS.?


HarakahDaily - Keputusan Majlis Syura
 TIADA berita tentang kenyataan Majlis Syura PAS di dalam akhbar online MalaysiaKini dan Malaysia Insider. Hanya Harakah Daily sahaja yang menyiarkan berita terbabit. Walhal bukankah sebelum ini ketika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan media bersama pimpinan Pakatan Rakyat yang lain, berita tentang kenyataannya itu telah disiarkan oleh kedua-dua media tersebut? 

Demikian juga ketika MP Shah Alam Dato’ Khalid Samad menyokong penggunaan Kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

Ini jelas menunjukkan kenyataan Majlis Syura PAS telah di-DISKRIMINASI-kan oleh media Pakatan Rakyat (PR) kerana keputusan Majlis Syura tersebut tidak memihak kepada pihak Gereja, dan keputusan yang telah disepakati oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang. Dengan kata lain, PAS mula disingkirkan secara senyap oleh PKR dan DAP.
Timbul persoalan, di mana keadilan dan ketelusan media Pembangkang? Apakah ini suatu ketelusan? Nampak seperti wujud ketidakjujuran dalam tahaluf siyasi Pakatan Rakyat.
MalaysiaKini - tiada berita Majlis Syura PASMalaysia Insider - Tiada berita Majlis Syura PAS
Kenapa Malaysiakini & Malaysia Insider baru keluarkan  artikel? adakah mereka telah berbincang dahulu @ menyemak artikel yang hendak ditapis sebelum mengeluarkannya??
Berita tentang Keputusan Majlis Syura PAS terbit setelah artikel saya dikeluarkan di blog ini.
Berita tentang Keputusan Majlis Syura PAS terbit setelah artikel saya dikeluarkan di blog ini.


Satu Pihak kata boleh, satu pihak kata tidak. Ini adalah sebuah petanda yang bagus. Petanda mereka bakal nak jahanam tak lama lagi..

Berita ini juga tercatat di MalaysiaKini selepas artikel saya dikeluarkan dlaam blog

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya