Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 29 January 2013

Kenapa Sejarah penting bagi kita?


                                                       

 Sesiapa yang tidak mengambil pengajaran daripada sejarah pasti akan menerima padah dan ditimpa musibah.Bagaimana? 

Umat itu akan mengulangi kesilapan dan melakukan kesalahan secara berterusan. Sejarah membongkar dan memperihalkan apa yang sebenarnya berlaku.Macam mana wilayah yang bernama Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia dan terbentuknya sebuah PULAU china di tengah WILAYAH MELAYU.Itulah sejarah.Ia boleh dibina dan berubah. 

Mengapa 4 buah negeri Melayu Melayu Utara jatuh ke tangan Thailand. Itu semua adalah sejarah yang wajar direnungkan.Renungkanlah ungkapan pepatah yang mempunyai latar belakang sejarah dan maksud yang tersirat di dalamnya.Pepatah yang diungkap setelah berlakunya peristiwa-peristiwa sejarah yang tidak menyenangkan.Betapa bijaknya datuk nenek moyang kita menghantar mesej.Namun masih gagal difahami dan tidak menjadi iktibar.Maka kita terus lesu meski pun telah setengah abad merdeka 
Kita masih tetap tidak berwaspada dengannya : 


YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG KECICIRAN 
10 JONG MASUK ANJING BERCAWAT EKOR JUGA 
AYAM DIKEPUK MATI KELAPARAN ITIK DI AIR MATI KEHAUSAN, 
KERA DIHUTAN DISUSUI 
ANAK SENDIRI MATI TAK MAKAN 
MUSAFIR LALU RUMAH DITINGGALKAN 

MELAYU MUDAH LUPA 

Akhir kata sebagai mukadimah fikirkanlah analisis Ibn Qaldun seorang ahli sejarah dan pengkaji masyarakat yang terkenal: 

BANGSA YANG TERJAJAH SENANTIASA BERKEADAAN LEMAH 
RASA KALAH TELAH MENGUASAI MEREKA HINGGA TIDAK ADA KEKUATAN UNTUK BANGKIT DAN MELAWAN SEMULA 
MEREKA PASRAH MENERIMA SEADANYA ! 

SEJARAH TELAH MERAKAMKAN TENTANG KEBANGKITAN BANGSA ARAB YANG MENGGEMPARKAN PADA ABAD KE 7 MASEHI. AMAT MENAKJUBKAN BAGAIMANA BANGSA YANG TENGGELAM DALAM KEJAHILAN TIBA-TIBA BANGUN MENJADI PEMIMPIN DUNIA DAN PENYEBAR TAMADUN YANG MENJADI ASAS KENGKITAN DUNIA MODEN. 

DI ATAS ROBOHAN KOTA MELAKA 
KITA BANGUNKAN JIWA MERDEKA 
BERSATU PADULAH SEGENAP BAKA 
MEMPERTAHANKAN HAK KEADILAN PESAKA 

Pantun sejarah Dr Burhanuddin Al Helmi 1946

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya