Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 4 January 2013

Kerajaan Negeri P.Pinang abaikan hak Majlis Agama Islam.!




 Korang lihat semua pada gambar yang aku kasi ni, korang lihat bagaimana terbiarnya hak yang dikatakan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ini..



DAP melalui suaranya Roketkini bermegah dengan mengatakan Ketua Menteri Lim Guan Eng menaikkan peruntukan untuk Agama Islam  dua kali ganda pada tahun pertama, sehingga mencecah RM 33.3 juta pada tahun seterusnya, sehingga jumlah peruntukan tersebut kini bernilai RM 64 juta.



Jadi jika peruntukan ini sudah dinaikkan sehingga mencecah RM64juta, kenapa tanah milik Majlis Agama Islam ini dibiarkan kosong dan terbiar?

Kenapa Kerajaan  Negeri dibawah pimpinan DAP tidak mendirikan sebuah pusat untuk hal berkaitan Majlis Agama Islam dinegeri ini sedangkan Kerajaan Negeri  begitu ghairah mendirikan dan meluluskan beberapa projek Mega dikawasan Pulau Pinang?


Benarkah dakwaan  pihak Kerajaan pimpinan DAP begitu mengambil berat tentang hal Agama Islam dinegeri ini?

 Setakat memberi beberapa juta peruntukan dengan  harapan  mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, hanya mereka  yang mudah ditipu sahaja boleh  terpedaya , tetapi tidak kepada mereka yang  tidak buta hatinya.


Jika Benar Lim Guan Eng seorang yang bertimbang rasa & banyak membantu  hal berkaitan Agama Islam dinegeri ini, kenapa Lim Guan Eng mengelak berbincang  mengenai tuntutan umat Islam di Pulau Pinang??

Ini buktinya.


Surat yang disain oleh setiausahanya sendiri.


Adakah setakat memberi beberapa jumlah bantuan kepada Majlis Agama Islam mereka sudah boleh dikategorikan   sebagai mengambil berat sedangkan hak tuntutan umat Islam dinegeri ini langsung tidak dipedulikan??


Pepatah pernah berbunyi: jika mahu menangkap ikan, biarlah  ada umpannya, jika tidak ikan tidak akan makan. bukankah begitu wahai  semua.

So gua harap semua Melayu yang sokong PAS, PKR & DAP agar membuka mata luas-luas.


Ingatlah tatkala maruah melayu Singapura  hanya boleh dibeli dengan sebuah songkok, apatah lagi sejumlah bantuan sebegini.

Fikir-fikirkanlah..




1 comment:

Muhammad Fiq said...

So funny... DAP memang begitu..

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya