Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 17 January 2013

Makna "God" adalah tuhan dalam Kristian.





Serangan terhadap akidah umat lslam masakini bukan sahaja datang daripada golongan kafir dan kuffar, malahan umat Islam sendiri yang berasakan kepentingan politik melebihi kepentingan Islam, agama yang maha suci ini. Begitulah yang dapat kita saksikan di dalam isu penggunaan kalimah nama Allah SWT yang amat jelas berbeda bagi mereka yang beriman kepada Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran, dengan istilah God yang digunakan di dalam kitab-kitab Bible. God di dalam kitab Bible membawakan konsep Trinity sedangkan di dalam al-Quran dan pegangan akidah umat Islam, adalah Yang Maha Esa, tidak Ia beranak dan tidak pula Ia diperanakkan. Dan terdapat 98 lagi nama Allah SWT yang tidak dimiliki oleh God yang diyakini oleh penganut-penganut ajaran Kristian.

Mengapa umat Islam menjadi sasaran serangan akidah mereka ini? Jawapannya cukup mudah, kerana para ulama' politik yang sepatutnya mempertahankan Islam lebih rela mempertahankan kerusi yang dimiliki oleh tuan-tuan mereka di dalam politik kepartian PAS dan Keadilan.

Satu soalan mudah yang patut kita fikirkan dan tanya kepada Bishop Katholik, Dr Paul Tan Chee ialah apakah gantian nama God yang digunakan oleh beliau untuk Bible versi Tamil? Apakah Lord Annapurna, Lord Brahma atau Lord Ganesha? Apakah penganut-penganut agama Hindu menyetujuinya?

Bagaimana pula terjemahan nama God untuk Bible versi Mandarin?

Wahai puak pembangkang yang beragama Islam dan masih beriman kepada Allah SWT, tunjukkanlah bahawa anda meletakkan kepentingan agama Islam yang maha suci ini melebihi harga secebis politik murahan, di mana keimanan kalian dijatuhkan ke tahap yang paling rendah dan menjijikkan oleh musuh-musuh Islam.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya