Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Saturday, 26 January 2013

Melayu Pulau Pinang Kritikal




Nasib Melayu Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP harus dijadikan iktibar oleh orang Melayu di negeri lain berikutan keadaan mereka yang kini cukup kritikal. Wakil Pulau Pinang, Muhamad Farid Saad berkata, kerajaan negeri sekarang semakin melampau apabila membuka kawasan yang selama ini dipertahankan daripada dibangunkan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong memberi contoh satu lot tanah yang dikhaskan untuk penanaman padi sejak dahulu lagi di Sungai Burung telah dikeluarkan daripada kawasan yang digazetkan untuk tujuan itu.

“Satu kes lagi ialah sebahagian daripada kawasan di Taman Negeri juga telah dikeluarkan daripada senarai gazet berkenaan untuk dibangunkan kawasan perumahan. Ia akan membuka laluan untuk pembukaan kawasan lain dalam kategori yang sama. “Tidak hairan jika satu hari nanti tidak akan ada lagi sawah dan kehijauan hutan di Pulau Pinang. Saya berpendapat kes ini adalah contoh penyalahgunaan kuasa dan ia mesti dihentikan,” katanya.

Beliau berucap membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kajian Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang berdasarkan maklum balas daripada kesemua 13 ketua bahagian, 60 kelompok perkampungan orang Melayu meliputi 7,000 penduduk akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka sekarang ini dibina di atas tanah milik orang lain.
Menurutnya, Kerajaan Pusat perlu memandang serius perkara itu dengan menghalang kegiatan ‘membuka’ kawasan-kawasan yang dahulunya digazetkan untuk tujuan tertentu.

“Jika tidak lebih cepat masyarakat Melayu di Pulau Pinang akan diusir keluar. Ini adalah contoh kes pengusiran melalui polisi dan dasar selain daripada pengusiran secara fizikal, peminggiran secara psikologi dan pengusiran secara terang dan nyata. “Umumnya, Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu. Menjaga keberadaan bangsa Melayu di Pulau Pinang bermakna mengekalkan keberadaan dan kewujudan Islam di sana. Ketiadaan Melayu bermakna tiadalah suara azan dan sunyilah masjid.

“Berkurangnya bangsa Melayu bermakna sepi masjid dan tenggelam suara azan. Tiada tanah bermakna tiada tempat tinggal. Justeru, sebagai generasi pewaris, saya ingin berpesan, jangan jadi seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Beliau seterusnya melontarkan persoalan bahawa menjelang 2020 apakah kerajaan sanggup melihat orang Melayu di Pulau Pinang akan hanya tinggal di rumah pangsa kos rendah di kala Malaysia diisytiharkan sebagai negara maju. “Malah, lebih teruk lagi mereka ini tidur dalam beca seperti 10 orang pengusaha beca Melayu Pulau Pinang. Mereka ini tidak mempunyai rumah dan tidur dalam beca. Kedudukan orang Melayu di Pulau Pinang selamat kerana tanah milik mereka berada di luar bandar dan zon pertanian.

“Hilang tanah, hilanglah Melayu, hilang Melayu, maka akan hilanglah UMNO. Mereka ini perlu dibela kerana merekalah yang akan membela UMNO nanti. Oleh itu, dengan penuh keinsafan, saya meminta Presiden UMNO dan semua agar cuba memahami masalah orang Melayu terutama di Pulau Pinang,” katanya.
Atas dasar itu, beliau turut mencadangkan agar Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang akan ditubuh nanti dapat diperkasa dan menjadi pemantau kepada penyertaan bumiputera di Pulau Pinang.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya