Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 29 January 2013

Nasib Melayu Pulau Pinang.




  

                           



Bak kata orang-orang tua, untung sabut timbul untung batu tenggelam tapi bagi orang Melayu Pulau Pinang adakah nasib mereka timbul atau terus tenggelam dan dilenyapkan begitu saja tanpa adanya pembelaan daripada mana-mana pihak. Jika sebelum ini peduduk kampung Buah Pala disentap oleh tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang tapi kali ini penduduk kampung Asam pula bakal menjadi mangsa.


Jika penduduk kampung Buah Pala boleh menarik nafas lega jika dibayar pampasan sehingga ratusan ribu ringgit, namun nasib malang menimpa penduduk kampung pokok Asam apabila hanya kurang RM70 ribu saja pampasan yang dijanjikan untuk diberikan kepada penduduk yang majoritinya Melayu dan bekerja sebagai nelayan. Dengan pampasan hanya RM70 ribu, orang Melayu tidak mampu membeli kediaman di Pulau Pinang sebaliknya mereka hanya mampu membeli kediaman di luar Pulau Pinang seperti di Kedah. Namun, belum pun isu kampung pokok Asam selesai sebuah lagi perkampungan Melayu bersebelahan dengan kampung pokok Asam iaitu kampung Tengah pula dikatakan telah diberikan notis ‘pengusiran’.

Dengan apa yang berlaku dan akan terus dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan ‘Khalifah Umar’ tak tahu bagaimana nasib orang Melayu di Pulau Pinang kerana kampung pokok Asam dan kampung Tengah bukanlah satu-satunya kampung yang akan ‘diranapkan’ atas nama pembangunan di negeri itu, difahamkan terdapat empat hingga lima buah kampung Melayu lagi juga akan menimpa nasib serupa.

Nampaknya semakin hari orang Melayu di Pulau Pinang semakin tertekan di bawah pentadbiran ‘Khalifah Umar’ yang disanjung oleh pemimpin Pas dan PKR. Apa yang berlaku ini adalah disandarkan dengan segala bentuk alasan ‘tsunami pembangunan’ yang akhirnya bakal menyaksikan orang Melayu diusir secara sistematik dari tanah tempat tumpah darah mereka sendiri.

Namun dari satu sudut, ia bukan hanya strategi sistematik merampas tanah milik orang Melayu, sebaliknya satu strategi bagi memecahkan undi Melayu dengan menghapuskan kawasan-kawasan majoriti penduduk Melayu dan membawa dan mempelawa masuk bukan Melayu. Dengan kata lain ia sama seperti apa yang dilakukan oleh Zionis ke atas penduduk Palestine, penduduk asal dinafikan hak mereka dan tanah mereka dirampas tanpa belas ehsan hanya semata-mata untuk meluaskan dan pertahankan kuasa mereka.

Sebelum ini para penduduk kampung Melayu tersebut begitu memuja dan memuji pentadbiran ‘Khalifah Umar’ setelah mereka ‘kerjakan’ kerajaan BN kerana pemintaan mereka untuk menggantikan jalan kampung berlopak digantikan dengan jalan baru ditunaikan. Tapi keseronokan mereka hanyalah sementara apabila jalan siap diturap, notis berpindah pula mereka diberikan. Maka berkeliaranlah penduduk kampung mencari penyelamat.
Tapi secara terangnya, usaha kerajaan negeri adalah hanya semata-mata untuk memecahkan undi melayu dan jika undi kelompok Melayu dapat dipisahkan, maka undi Melayu akan menjadi lemah. Kawasan yang telah ditinggalkan oleh orang Melayu akan diisi oleh bukan Melayu dan akan diperlebarkan keluasannya sehingga mereka boleh mengistiharkan negeri tadbiran mereka sebagai sebuah Negara Republik.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya