Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 27 January 2013

Orang Melayu Perlu Bangkit


    


                                 
Orang-orang melayu terutamanya dari negeri Pulau Pinang perlu bangkit tanpa mengira idelogi politik atau peribadi untuk berusaha membela nasib mereka sendiri melalui penguasaan pendidikan dan ekonomi.

Penguasaan orang-orang melayu di dalam kedua-dua bidang ini sahaja yang mampu memastikan nasib orang melayu itu sendiri terutama org melayu Pulau Pinang dapat terus bertahan dan bersaing secara sihat dengan mana-mana kaum lain di negara ini.

Orang melayu seharusnya melupakan sebarang persengketaan politik di kalangan mereka dan berhenti dari terus menunding jari sesama sendiri di dalam memperkatakan tentang nasib yang menimpa orang melayu. Perlaksanaan program-program pendidikan dan ekonomi orang melayu harus dipertingkatkan sebaik mungkin tanpa memikirkan apa idealogi masing-masing dan sebarang perbezaan pendapat harus ditangani dengan sebaiknya.

Nasib orang melayu adalah terletak di tangan orang melayu itu sendiri dan tidak mungkin bangsa lain mampu untuk mengubah nasib bangsa melayu itu sendiri. Satu usaha ke arah memperkasakan pendidikan dan ekonomi orang melayu perlu digerakkan secepat mungkin sekiranya orang melayu itu sendiri tidak mahu melihat bahawa masyarakat melayu tenggelam di dalam lipatan sejarah.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya