Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 29 January 2013

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan








                      

Penulis ingan mengajak tuan-tuan dan puan-puan merenung semula kemelut politik tanahair kita untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Seperti yang kita sedia maklum, terdapat golongan bukan melayu dengan secara terbuka dan sangat berani mempertikaikan apa saja yang berkaitan dan dikaitkan dengan orang melayu. Mereka ini sengaja mengapi-api sentimen anti-melayu dan apabila terdapat golongan orang melayu bangkit mempertahankan hak mereka, maka mereka ini dilabelkan sebagai pelampau bangsa atau 'racist'. Siapa yang sebenarnya 'racist'? Jawapan itu ada pada tuan-tuan dan puan-puan sekelian.

Cuba lihat semula Perlembangaan Persekutuan yang menyatakan tentang hak-hak keistimewaan orang-orang melayu.
Perkara 152Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.
Kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadam kerana Perkara 159(5)Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda. menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda.

Namun telah temaktub bahawa,
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Ini bermaksud bangsa bukan melayu bebas menggunakan bahasa mereka masing selain dari urusan rasmi sebebas-bebasnya. Tiada sebarang halangan mahupun sekatan dikenakan kepada bangsa bukan melayu terhadap penggunaan bahasa mereka sendiri. Namun harus diingatkan kepada mereka-mereka ini bahawa salah satu syarat untuk menjadi warganegara Malaysia adalah berkebolehan bertutur dalam bahasa melayu. 

Penulis pernah bertanyakan sesuatu pada seorang warga emas berbangsa Cina di kawasan Bagan, Pulau Pinang tentang satu soalan. Apa yang amat mengejutkan penulis adalah reaksi warga emas tersebut yang mengelengkan kepala dan bertutur di dalam bahasa cina. Terdetik pada masa itu di hati penulis mempersoalkan adakah beliau layak untuk menjadi warganegara Malaysia..

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya