Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 16 January 2013

PR sepakat guna Kalimah Allah: PAS diam membis.!


 PR - Kalimah Allah untuk bukan Islam


        
Pakatan Rakyat (PR) telah bersetuju membenarkan golongan bukan Islam untuk menggunakan kalimah ALLAH.


Hal ini telah berkali-kali diperdebatkan dan ternyata ianya seolah tidak pernah reda. Keputusan Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan Kalimah ALLAH oleh bukan Islam adalah amat menyakitkan. Tuntutan penggunaan kalimah tersebut sudah cukup mengguris perasaan umat Islam di Malaysia, dan keputusan PR semalam menambahkan lagi luka yang semakin mendalam. Sebagai umat Islam, sudah pasti keputusan PR tersebut terasa bagai satu tikaman tajam ke jantung yang mampu membunuh jiwa.
Mengapa mesti begini jadinya? Mengapa PR  khususnya yang turut dianggotai oleh PAS sanggup menggadaikan nama ALLAH Yang Maha Suci demi meraih sokongan politik (political mileage) mereka?
Sedarkah anda, selama ini ketika mana kita di Malaysia menetapkan bahawa kalimah ALLAH hanya boleh digunakan oleh umat Islam, ini bermaksud kita bukan sahaja telah mengakui ALLAH sebagai Tuhan Yang Esa, malah sehinggakan nama-NYA juga telah kita bersihkan dari sebarang syirik!
Perkara inilah yang tidak difahami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) yang seumpama mereka. Alangkah jijiknya sikap mereka yang asyik bercakap tentang sunnah Rasulullah s.a.w, bercakap tentang hukum ALLAH, berpakaian jubah dan serban, menayang-nayang gambar kononnya zuhud dan kuat agama walhal dalam masa yang sama menikam umat Islam dari belakang.
Terus terang saya katakan.. mereka ini semua mengejar nama, pangkat, jawatan, populariti dan habuan dunia.
PR - Kalimah Allah bukan IslamPerlu kita ketahui di sini bahawa kemahuan golongan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH adalah suatu taktik dan strategi bagi mempermudahkan usaha pemurtadan dilakukan di Malaysia. Malah hari ini, bukan sahaja golongan Kristian sahaja yang bersuara, tetapi juga masyarakat Sikh juga telah berani bersuara tentang penggunaan kalimah ALLAH (Sila lihathttp://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/sikhs-say-selangor-allah-decree-will-restrict-their-religious-freedom/).
SJ melihat keputusan PR itu sebagai suatu keputusan yang membawa kepada syirik dan kufur.
Soalan saya : Apakah Haji Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim dan mereka yang menyokong keputusan tersebut adalah orang-orang yang kufur dan secara tidak langsung menjadikan mereka golongan yang mensyirikkan ALLAH s.w.t? Tidakkah ini boleh dikira sebagai syirik khafi?
SUARAJAGAT ingin tegaskan dengan sesungguhnya :

SAYA SANGGUP MATI MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH

Sikh komen Kalimah Allah
Dr MAZA sokong Kristian

Hari tu PAS kata mahu berdakwah kepada DAP. Apakah DAPyang sudah  berdakwah kepada PAS?

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya