Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Monday, 7 January 2013

Rahsia Mubaligh Kristian disebalik penggunaan kalimah Allah.



 



Pihak kerajaan kini sedang berhadapan dengan dua saman dari dua kumpulan Kristian kerana mengharamkan penerbitan Kristian yang menggunakan istilah Allah untuk merujuk kepada tuhan.

Pada Disember 2007, Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan penerbitan akhbar Roman Catholic, The Herald kerana menggunakan istilah Allah untuk merujuk kepada tuhan. Kes ini menunggu pembacaaan pada Februari 27hb, 2009. Anihnya, pertubuhan Sikh, Malaysian Gurdwaras Council (MGC) turut masuk campur.

Sidang Injil Borneo dilarang membawa masuk bahan cetak terbitan asing yang serupa pada Ogos 15, 2007. Walaupun bahan-bahan tersebut telah dikembalikan atas budi bicara pihak berkuasa, SIB telah mendaftarkan saman mahkamah pada Januari 16hb, 2008. Tarikh mahkamah terbaru adalah bulan Disember ini.

                                             

Semasa perayaan Krismis baru-bari ini, Perdana Menteri telah menerima jemputan perayaan dari Christian Federation of Malaysia (CFM). Dalam Majlis tersebut, Naib Pengerusinya, Reverend Eu Hong Seng mengulang tuntutan tarikbalik pengharaman penerbitan Bible Bahasa Melayu yang dibuat di bawah Seksyen 22 Akta Keselamatan Dalam Negeri.

                                             

                       Link : Benarkan penganut Kristian guna perkataan 'Allah', gesa DAP

Kesemua ini menampakkan kesungguhan mereka untuk menggunakan Allah dan kalimah Islam dalam penerbitan dan Bible Bahasa Melayu.

Pada mulanya mereka merayu, kemudian menuntut, bertambah hari mendesak, dan akhirnya menjadi saman mahkamah. Mereka sedia mencampur adukkan agenda mereka dengan politik kepartian dan menggunakan rangkaian gereja untuk menentang kerajaan. Pendirian kerajaan diputarbelit dan digembar-gemburkan oleh pertubuhan-pertubuhan aktivis ugama dan undang-undang sebagai penafian hak berugama.

Adakah ini soal hak kebebasan berugama? Adakah amalan ugama Islam di Malaysia menafikan hal berugama agama lain?

                                                 

 Umat Islam di Malaysia tidak pernah mempersoalkan hak pihak Gereja untuk menggunakan kalimah 'Allah'. Penggunaan Allah sebagai merujuk kepada tuhan diperakui telah diamalkan oleh gereja di sebelah Malaysia Timor.

Pihak gereja dan pertubuhan Kristian mempunyai niat licik dalam menuntut penggunaan istilah Allah. Walaupun penganut Kristian berbangsa Arab menggunakan istilah itu, ramai pendita Kristian berpendapat penggunaan kalimah Islam untuk amalan Kristian adalah bersalahan. Andak berpendapat tujuan mereka, tidak lain dan tidak bukan, untuk mengelirukan dan memurtadkan umat Islam yang kurang pengetahuan agama di Malaysia.

                                               
Ini adalah melanggar peruntukan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan dalam hal kebebasan berugama.

1. Adakah Tiada Wujud Istilah Lain Untuk Diguna?

Pihak Gereja bebas untuk menggunakan istilah Inggeris seperti 'God', 'Lord' dan 'Father'. Jika tiga istilah berkenaan masih belum cukup, maka pihak Gereja masih boleh menggunakan istilah Bahasa Melayu seperti 'Ilahi' dan 'Tuhan'.

Adakah pihak Gereja menganggap bahawa penganut-penganut Kristian di kalangan Bumiputera, terutamanya di Sabah dan Sarawak, terlalu jumud, jahil dan bodoh sehingga tidak berupaya memahami istilah Melayu seperti 'Tuhan'?

Adakah pihak Gereja menganggap sebarang doa yang menyebut istilah 'Tuhan' tidak akan dimakbulkan, tetapi doa dengan kalimah 'Allah' boleh?

                                               
Adakah pihak Gereja mengajar penganut-penganut mereka bahawa Tuhan bukan Maha Mengetahui dan tidak faham doa yang menggunakan istilah 'Tuhan'?

Seorang pembaca Malaysiakini, Fathima Idris mempersoalkan tindakan bermuka-muka pihak Gereja yang beriya-iya mengatakan kalimah 'Allah' adalah istilah umum, tetapi tidak pula mahu menggunakannya dalam terbitan berbahasa Inggeris, Tamil dan Cina:
… if Allah is a general word then why does Herald use the word “Allah” only in its Bahasa Malaysia section? Why not refer to God as Allah in their English, Tamil and Chinese sections the same way the Arab Christians refer to God? Clearly this is being done to proselytise to Muslims, which is clearly against the constitution. This is why Muslims oppose it.
2. Memudahkan Murtad

Ketika umat Islam di Malaysia leka dengan 'perjuangan' politik hingga mengabaikan tuntutan dakwah, mubaligh-mubaligh Kristian bersungguh-sungguh menjalankan aktiviti pemurtadan orang-orang Islam. Projek mubaligh Kristian di bawah Joshua Project kelolaan kumpulan U.S. Center for World Mission telah dengan teliti memprofailkan masyarakat Malaysia.

Penggunaan nama Allah adalah taktik memurtadkan umat Islam. Arbibi Ashoy menulis di Malaysiakini bahawa taktik yang sama yang diguna oleh Gereja Katolik di Indonesia digunakan di Malaysia, berikut:
There is suspicion that the Catholic Church in Malaysia is using the same tactic used by the Dutch Catholic missionaries in Indonesia. Since Islam came to Indonesia at an earlier period and the Indonesians had already embraced Islam, the Dutch missionaries used phrases common in Islam in order to attract Muslims in Indonesia by making them feel familiar and comfortable with Christianity.

                                      

These included the use of terms like ‘Allah’, ‘Baitulmal’, ‘rezeki’, ‘al-Masih’, etc.
Tambahnya lagi, niat jahat Gereja Katolik ini dibenci oleh penganut agama lain dan tidak disenangi oleh penganut Kristian sendiri. Baca berikut:

In Malaysia, on the other hand, the British, who are Protestants, did not engage in proselytising and left the Malay sultans to handle issues of religion.

The fact is that proselytising amongst Muslims is banned in Malaysia. Actually, proselytising by Catholics has offended many which is why it is also banned in many Christian Orthodox countries like Greece.

Proselytising by Catholic Christians towards Orthodox Christians became a source of enmity in the past that eventually led to the adoption of the Balamand Declaration.

Perhaps in Malaysia, Christians and Muslims should adopt something like the Balamand Declaration and agree on the use of terminology for each religion.
Mubaligh-mubaligh Kristian mengakui keberkesanan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu, berikut:

In December 1981 the government imposed a ban on the sale and distribution of the Alkitab (Bible) and the Perjanjian Baru (New Testament). Both publications of the Christian scriptures in the Indonesian language, which bears close similarities with the Malay language, had been imported from Indonesia since the mid-1970s. They were extremely popular with the younger generation of Malaysian Christians who have been educated largely in the Malay language.

- Christian Mission in Malaysia: Past Emphasis, Present Engagement & Future Possibilities
Dari tulisan di atas, siapakah yang dimaksudkan sebagai “younger generation of Malaysian Christians who have been educated largely in the Malay language”? Iban? Kadazan? Yang pasti, termasuklah Melayu sendiri!

                                        
Sejak tahun 1985, gereja-gereja di Malaysia yang sering bercanggah pendapat antara satu sama lain telah mengenepikan persaingan antara mereka untuk bersepakat dalam memperjuangkan penggunaan kalimah 'Allah'. Bible Society of Malaysia melaporkan berikut:

The Use of “Allah”

In respecting the unanimous decision of the Heads of Malaysian Churches both in the 1985 meeting (sponsored by the Bible Society of Malaysia) as well as in the 1989 Kuching Consultation of the Heads of Churches (sponsored by the Christian Federation of Malaysia) for keeping the name ‘Allah’, BSM as the servant of the Malaysian churches felt obliged to honour that decision.

                                          
Keputusan sebulat suara ini bukan sesuatu yang sukar difahami kerana penggunaan kalimah 'Allah' memang jelas adalah strategi mubaligh Kristian untuk memurtadkan umat Islam. Strategi tersebut dinyatakan oleh kumpulan Internet Evangelical Coalition di laman web People of the Book, berikut:
We believe that it can be very effective to use the Quran as a tool to share concepts that are familiar and acceptable to Muslims, and that support Biblical principles. There are many concepts that are very compatible with the Bible and there are other Quranic teachings that may actually be totally misunderstood by most Christians and Muslims. Of course, the Scriptures are the ultimate authority in everything pertaining to doctrine and lifestyle.

                                            

We believe that it is perfectly acceptable to use the name Allah, both in the Bible that we use to minister to Muslims, as well as materials that we distribute.

Lihat kenyataan Anwar Ibrahim berhubung kalimah Allah ini



3. Publisiti dunia dan jarak politik

Dengan mengheboh-hebohkan isu ini, pihak Gereja telah mendapat liputan akhbar sedunia dan memperolehi publisiti. Isu saman pihak gereja terhadap kerajaan Malaysia telah diberi liputan oleh media antarabangsa seperti BBC, USA Today, International Herald Tribune, Reuters, Al Jazeera, serta media-media Kristian seperti The Christian Post, Christian Today, Christianity Today, Christian Telegraph, Christian News Today dll.

Ketika dunia sedang heboh mencerminkan kerajaan Malaysia sebagai 'zalim', timbul pula pihak aktivis dan parti politik yang menjadi jaguh. Pihak tersebut sedia memperjuangkan penggunaan istilah Melayu oleh Gereja yang akan memurtadkan Melayu untuk meraih tujuan sempit mereka.

Pada 27 Mac 2008, ahli Parlimen PAS, Khalid Abdul Samad, telah menziarahi Roman Catholic Church of the Divine Mercy di Shah Alam dan menyatakan persetujuan kepada penggunaan kalimah 'Allah' oleh pihak Gereja. Paderi-paderi gereja tersebut sendiri terkejut dengan pendirian ahli Parlimen PAS.

"Ia adalah inisiatif beliau (Khalid). Beliaulah yang menghubungi parish priest kami, Father Paulino Miranda, dan berkata bahawa beliau mahu datang dan berbincang dengan kami," kata Joseph Victor, pengerusi parish pastoral council untuk gereja tersebut.

                                     

Respons Khalid adalah hasil kerjasama kedua-dua pihak, PAS dan Gereja, dan bukannya beliau yang 'bertepuk sebelah tangan'. Beliau kemudian menyalahkan ahli-ahli PAS yang mendesak beliau setelah 'terdengar' paderi gereja berkenaan berkempen untuk perubahan melalui pilihanraya.

Jika beliau sedang mengusahakan untuk mempererat hubungan antara agama, mengapa tidak diakui saja? Ini menimbulkan pelbagai persoalan pertanyaan sejauh mana tali tarik politik kumpulan Kristian dalam politik Malaysia.

4. Tekanan ke atas kepemimpinan yang lemah

Pada Hari Krismas tahun lepas, 2007, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah menghadiri majlis 'Christmas High Tea Reception' anjuran Christian Federation of Malaysia (CFM) di Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Jemputan itu sebenarnya mengharapkan Abdullah menarikbalik tindakan mengharamkan penggunaan kalimah 'Allah' ke atas terbitan pihak Gereja.

Kekecewaan pihak Gereja kemudiannya telah diapi-apikan oleh Lim Kit Siang. Brikut adalah sedutan dari blognya:
It is a great Christmas let down and disappointment that the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi did not assure Malaysians that he will not allow the middle ground to be intruded and encroached by extremists in UMNO or the civil service by striking down unreasonable, arbitrary and unconstitutional restrictions on Herald, the Catholic weekly.

                                         

I was expecting Abdullah to put to rest the controversy over the use of ‘Allah’ by Herald in its Bahasa Malaysia section when he attended the Christmas High Tea Reception hosted by the Christian Federation of Malaysia at Bukit Nanas, Kuala Lumpur yesterday, and I dare say that my sense of disappointment was not mine alone but of the entire audience with representatives from diverse religions in the country – Christianity, Buddhism, Hinduism, Sikkhism and Taoism.

                                               
Kelemahan yang dipamerkan oleh pucuk kepimpinan telah menyebabkan berlaku peristiwa Krismas itu dan perayaan Deepavali yang diikuti oleh rusuhan HINDRAF. Kepimpinan sebelum ini akan memadamkan awal-awal sebarang usaha yang mencabar kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini perlu dilakukan agar sebarang usaha mencabar kedudukan Islam tidak dibiarkan berleluasa dan melarat sehingga menarik perhatian asing.

Kepimpinan negara yang ada sekarang berhasrat untuk dilihat menjadi jaguh keadilan dan ketelusan, tetapi gagal menangani usaha mencabar Islam dan menjadikan ketidakpuasan ini bertunas.

Kini dalam keadaan politiknya yang semakin lemah, pihak-pihak berkepentingan telah menggunakan peluang ini untuk menarik perhatian antarabangsa terhadap isu penggunaan kalimah 'Allah'. Ini menghempapkan lagi tekanan yang lebih berat ke atas kepalanya.

                                                   

Akibatnya:

i) Buat kali pertama dalam sejarah negara, Mahkamah Tinggi telah membenarkan pihak Gereja untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mingguan mereka.

ii) Buat kali pertama dalam sejarah negara, Mahkamah Syariah Pulau Pinang telah membenarkan seorang rakyat, Fatimah yang masih hidup untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada Islam - murtad.
5. Pencabulan Kebebasan Beragama Perlembagaan Persekutuan

Dokumen undang-undang tertinggi ditanahair Melayu adalah Perlembagaan Persekutuan telah memastikan kedudukan agama suci Islam kukuh dengan memaktubkan Perkara 3 (Agama Persekutuan) dan Perkara 11 (Kebebasan Beragama) dalam Perlembagaan.

Perlembagaan Persekutuan, dalam Perkara 11, Fasal (1), telah menjelaskan sejelas-jelasnya perkara ini:
Perkara 11. Kebebasan beragama.

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
Dan kemudian, Fasal (4):

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
Nampaknya, baru beberapa hari pihak-pihak penentang Islam yang bersembunyi di sebalik Pakatan Rakyat yang memenangi 4 negeri dan Wilayah Persekutuan, mereka bukan sahaja sudah pandai mengeji 'Ketuanan Melayu', tetapi kini sudah mula menginjak undang-undang tertinggi Malaysia dan mencabar 'Ketuanan Islam'!

                                            

6. Perginya era politik berasaskan kaum, datangnya era politik berasaskan agama
National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Malaysia, merupakan sebuah badan bertindak bagi pihak Gereja-gereja di Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada Mei 1983, menyusuli pengharaman edaran kitab Bible dalam Bahasa Melayu pada 1981.

Peranan NECF sebagai sebuah badan yang menyatukan Gereja-gereja di Malaysia boleh disamakan dengan HINDRAF untuk masyarakat beragama Hindu.

Peranan NECF sebagai sebuah badan yang menyatukan Gereja-gereja di Malaysia boleh disamakan dengan HINDRAF untuk masyarakat beragama Hindu. Matlamat dan objektif penubuhan NECF Malaysia adalah seperti berikut:

Aims & Objectives

* To provide a platform for fellowship and partnership among churches especially in missions, evangelism, Bible teaching and social action.

* To assist in spurring, under the hand of god, renewal and revival in Malaysia.

* To provide a medium for the safeguard and spread of the Christian faith.

* To represent the Christian community on issues and matters affecting the Church and society at large, in consultation and joint action with other Christian and religious bodies in the country.
Jika diteliti, matlamat ketiga penubuhan NECF, iaitu 'Untuk menyediakan medium bagi melindungi dan menyebarkan ajaran Kristian' (To provide a medium for the safeguard and spread of the Christian faith), adalah secara langsung tertakluk kepada Fasal (4), Perkara 11, dokumen undang-undang tertinggi negara: Perlembagaan Persekutuan.

                                   

Jika HINDRAF tidak segan silu menggunakan pembohongan untuk mendesak pihak luar mengambil tindakan terhadap Malaysia, NECF sebagai wakil pihak Gereja bertindak dengan lebih halus untuk kepada Kerajaan dalam lingkungan Gereja.

NECF telah mempengaruhi ahli-ahli Gereja di bawah naungannya supaya melibatkan diri dan memberi sokongan kepada pihak yang akan membantu agenda mereka. Berikut adalah pengumuman dalam laman web mereka:

Press Statements and Articles

Title: Urgent Call for Continued Prayer (Malaysian General Election 2008)

Description: We thank God for the smooth, event-free election. We believe this has come about through all our prayers, so thank you for praying . . . It is therefore imperative that we continue to pray, especially during this critical transitional period.

Author: NECF

                                            

13 March 2008

We thank God for the smooth, event-free election. We believe this has come about through all our prayers, so thank you for praying.

We look forward to a new era of inter-racial respect, religious freedom, respect for places of worship and integrity in governance.

We look forward to a nation free from corruption, communal hatred, political intimidation, judicial rot and many other ills that have plagued the system.

It is therefore imperative that we continue to pray, especially during this critical transitional period.

Pray:

1. For smooth handover of power to the four new state governments;

2. For the candidates who have won that they will remain humble and work diligently to fulfill their promises to the rakyat;

3. For those who failed to win that they will be gracious in their loss, they will continue to serve the rakyat and play an effective “check and balance” role;

4. For harmonious working relations among the Barisan Rakyat parties – PKR, DAP and PAS;

5. Against those who are out to stir dissension and create strife and unrest;

6. For all to refrain from spreading messages, such as SMS and e-mails, that may cause racial and religious misunderstandings;

7. For harmonious and productive relations in all aspects between the Federal Government and the five states under opposition rule; and

8. For the elected members of parliament (MPs) that they will uphold the law-making institution, and live up to the rakyat’s expectation as role models of integrity, courage, fairness and selflessness.

2 comments:

Anonymous said...

APA yang aku faham, agama Islam di sesebuah negeri diketuai oleh Raja2, bagi Persekutuan DYMM Agong. bila Islam diperlekeh sesuka hati oleh puak2 ini, apa Raja2 tak boleh membuat keputusan ke? Semua perkara nak serah ke mahkamah? SEDIH AMAT MENYEDIHKAN

Glow In The Dark said...

Vatikan city pun tak mau campurkan nama Allah dalam kitab kristen katolik mereka kenapa di negera2 islam mereka sesuka hati saja nak guna nama Allah..?

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya