Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 2 January 2013

Saya bukan penyebab perpecahan Melayu-Tun M





By Tun Mahathir


 Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada September 1998 menjadi punca kepada perpecahan di kalangan orang Melayu.

Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, perpecahan orang Melayu di negara ini sudah pun berlaku sebelum Anwar dipecat dari Kabinet dan Umno iaitu apabila tokoh negarawan, Allahyarham Datuk Onn Jaafar mencadangkan supaya orang bukan Melayu boleh menyertai Umno.

Bagaimanapun menurut Dr Mahathir, cadangan Onn telah ditolak dan ia mendorong Allahyarham menubuhkan parti lain ketika itu.

Begitu juga dengan penubuhan Malayan Union oleh British dan kesannya telah mencetuskan pelbagai konflik dalaman Umno termasuk wujud golongan ulama daripada Umno yang kemudiannya mengambil keputusan menubuhkan parti Pas.

Selain itu, jelas Dr. Mahathir, tindakan Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (S46), yang telah dibubarkan pertengahan 1990-an, turut membuktikan telah berlaku perpecahan kalangan orang Melayu ketika itu.

 Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Umum PKR itu mempunyai “karektor yang tidak boleh sebagai pemimpin.”

“Apakah kita nak pilih orang macam ini sebagai pemimpin, orang macam ini tidak dibenarkan ganti saya (ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri). Dia harus disingkirkan.

“Dalam mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) dengan sebulat suara bersetuju Anwar dikeluarkan dari Umno, bukan keputusan saya seorang.

“Kita tak boleh terima manusia yang moral terlalu rendah untuk menjadi pemimpin kita, kita malu dengan pemimpin macam ini.

Rakyat tidak nampak masalah moral Anwar kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu cekap berpidato dan menggunakan kelebihannya itu memesongkan pemikiran rakyat.
“Sebaliknya dia menyalahkan orang lain pula.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya