Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Thursday, 10 January 2013

Teguran buat YB, ADUN2 yang pekak badak.!


   



Menurut satu  info yang gua terima, pembubaran parlimen akan di adakan seperti tarikh ini:

   PEMBUBARAN PARLIMEN 22 FEB 2013 ( JUMAAT )
- PENAMAAN CALON 16 MAC 2013 ( SABTU )
- PENGUNDIAN 30 MAC (SABTU )

- TAHUN BARU CINA 10 FEB 2013 ( AHAD ) & 11 FEB ( ISNIN )
- CHAP GOH MEI 19 FEB @ 20 FEB ( SELASA & RABU ) - KURANG LEBIH LA
- INFO SUMBER DALAMAN UMNO

Masalah sekarang bukan soal cepat atau lambat tarikh PRU 13, tetapi soal  sejauh manakah UMNO/BN sudah bersiap sedia?

Jika melihat kepada  sebilangan ADUN,  dan beberapa Ahli Parlimen, masih ramai  yang sembunyikan diri mereka. Apakah mereka ini benar-benar sibuk sehingga tiada masa menjeguk keadaan disekitar kawasan mereka?

Apakah mereka mahu mengulangi seperti PRU12 yang lalu? Last-last minit baru nak tunjuk muka?

Jika mereka menunjukkan muka last-last minit, nampak gayanya sikap sebegini boleh menyebabkan  penduduk disekeliling naik menyampah.

UMNO seharusnya memantau sikap YB-YB mereka apatah lagi ahli Parlimen dan juga  ADUN dikawasan mereka.Mereka ini perlu lebih banyak menggunakan pedekatan  berkomunikasi  bukan sahaja menggunakan Internet, malah cara dan pendekatan yang berbeza harus dilakukan. Takkanlah hanya nak mengharapkan beberapa program basi yang  selalu sangat dibuat.Pendekatan yang berbeza harus dilaksanakan.

Ketika ramai orang telah  memberi bola tanggung  untuk BN, diselangi dengan sikap beberapa bekas ahli PAS, PKR & juga DAP, mereka ADUN2 dan Datuk2 ini seharusnya mengambil kesempatan ini dengan membantu sejumlah Cybertropper & juga  Media dikawasan mereka
Tetapi nampaknya. mereka semacam tak ambil kisah bila  orang lain yang tiada kena mengena dengan BN pulak yang tolong menjawab segala isu  & fitnah demi menyelamatkan  BN.
Adakah UMNO/BN  masih ramai yang mempunyai YB-YB yang Pekak BADAK??

Tepuk dada tanya selera. Jika mereka gunakan cara pendekatan yang sama semasa PRU 12 yang lalu, nampak gayanya tidak mustahil kekalahan  bakal diperolehi.

Inilah salah satu sikap YB2 yang masih buat tak tahu. Ada sesetengah tue sampai tiada masa langsung. Kerana sikap  Pekak badak YB2 sebeginilah yang membuatkan  mereka  disabotaj.

Tidak mustahil perkara ini bakal berulang.
Aku dah tegur, tak nak dengar korang punya pasal.!

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya