Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Wednesday, 27 February 2013

Apa hubungan Anwar & Joseph Estrada??


                          PHILIPPINES-MALAYSIA-ESTRADA-ANWAR


Anwar Ibrahim lebih pro kepada Joseph Estrada (bekas Presiden Filipina) dan menjauhkan diri daripada kumpulan Islam Selatan Filipina. 

Majlis Tertinggi Ulama Bangsamoro mengeluarkan fatwa Joseph Estrada adalah 'benar-benar musuh Islam' yang diwartakan di Marawi pada 9 Mac lalu. Menurut Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Majlis Ulama Bangsamoro mengeluarkan fatwa itu setelah mengkaji tindakan Estrada semasa dipilih menjadi Presiden Filipina pada 1998 yang melaksankan polisi 'perang habis-habisan' ke atas umat Islam di Selatan Filipina


Estrada bermula sebagai datuk bandar San Juan pada 1969, kerusi senator (1987), naib presiden (1992) dan kemuncaknya sebagai presiden (1998). Pada 1998, slogan kempen beliau 'Erap Para sa Mahirap (Erap untuk rakyat miskin), membolot undi tertinggi di 12 daripada 15 wilayah dan seterusnya menewaskan pencabarnya, bekas Speaker Parlimen, Jose de Venecia dengan kelebihan undi sebanyak 6 juta.

Beliau menjadi Presiden Filipina selepas menang dalam Pilihan raya Filipina 1998. Pada 1 Julai 1998, beliau mengangkat sumpah sebagai presiden ke-13.
Beliau berikrar akan membaiki kehidupan rakyat miskin . Malangnya dia digulingkan daripada Istana Malacanang atas tuduhan rasuah.

Semasa memerintah, Estrada bertindak menyerang pemberontak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Mindanao terutama di Jolo


                         News Photo: Malaysian opposition leaders Anwar Ibrahim and his wife…

Perjumpaan  Anwar bersama Isteri Wan Azizah  bersama bekas Presiden Philipina Joseph Estrada pada 6 June 2008.


Jose Marcelo Ejercito (lahir 19 April 1937), lebih dikenali sebagai Joseph Ejercito Estrada atau Erap (kawan), ialah seorang pelakon filem di Filipina dan Presiden Filipina ke-13 dari 30 Jun 1998 hingga 20 Januari 2001. Beliau digulingkan oleh Revolusi Kuasa Rakyat Kedua selepas menjalani perbicaraan pencabaran kedua di Senat yang menyaksikan sebelas orang senator Filipina enggan memeriksa sampul kedua akaun bank Jose Velarde yang dipercayai membuktikan beliau mengamalkan rasuah.

Beliau turut bertanding dalam Pilihan raya Filipina 2010 pada 10 Mei 2010 tetapi tewas ditangan Senator Benigno Aquino III


                              

Gambar Anwar Ibrahim bersama Joseph Estrada.


Joseph Estrada antara bekas Presiden Philipina. begitu juga hubungannya bersama Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri.

Mereka ini  mempunyai agenda tertentu disebalik tadbir Amerika  dalam  menjalankan misi-misi tertentu.

Joseph Estrada antara individu yang dikecam akibat tindakannya yang dilihat memerangai habis-habisan umat Islam di negara itu.Joseph Estrada juga turut mencampuri urusan dalaman negeara ini.

                                      

Foto Anwar berdailog dengan Tan Chee Koon di Majlis Gereja Wesley pada 11 November 1979. Semasa dailog pengikut gereja memuji-muji keterbukaan penganut Islam bernama Anwar Ibrahim

Joseph Estrada merupakah seorang yang beragama Kristian.Anwar dari dahulu lagi bersifat terbukaan mengenai Islam & mendapat pengaruh dari institusi gereja.

Tidak lama selepas menang besar dan menjadi Presiden pada 1998, bekas bintang filem aksi ini melancarkan serangan tentera besar-besaran ke atas MILF dan mengusir kumpulan pemisah ini dari pangkalan utama mereka di Mindanao.

“Selepas mengkaji tindakan dan dasar Estrada sebelum dan selepas pilihan raya sebagai Presiden sehingga saat ini, kami dapati beliau sebenarnya musuh Islam,” MILF memetik Majlis Tertinggi Ulama Bangsamoro sebagai berkata. Bekas bintang filem Estrada, yang secara umum membantah rundingan damai, berada di kedudukan ketiga pilihan dalam undian pendapat, sembilan tahun selepas disingkir dalam rampasan tentera tanpa pertumpahan darah diikuti pendakwaan atas tuduhan rasuah.

“Ulama yang berpengalaman dalam selok belok Islam, berhak untuk mengeluarkan satu fatwa bagi menentang sesiapa saja jika menerusi tindakan mereka terbukti mencela Islam, negara Moro dan hak kami,” 


Joseph Estrada antara individu yang memainkan peranan dalam menghancurkan umat Islam di Filipina atas sokongan dan juga mendapat bantuan dari Amerika Syarikat..Begitu Juga yang berlaku di Malaysia dimana pernah didedahkan Anwar turut menyokong Keselamatan Israel dalam Wall Street Journal.


No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya