Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 8 February 2013

Cara Mudah Kristiankan Melayu ? hanya perlukan bible dalam Bahasa Melayu.!



    



1. Apakah tujuan Bible ditulis dalam bahasa Melayu Malaysia? Tujuannya sudah tentu untuk orang yang bertutur bahasa Melayu Malaysia membacanya.

2. Orang Cina dan India akan mendakwa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan. Justeru itu, tidak salah jika Bible dicetak dalam bahasa Melayu Malaysia. Tetapi, mengapakah mereka terus mahu mengekalkan sekolah vernakular yang mengutamakan bahasa ibunda mereka? Adakah orang Cina dan India yang beragama Kristian benar-benar mahu membaca Bible versi bahasa Melayu Malaysia?

3. Sebenarnya, penulisan Bible dalam bahasa Melayu Malaysia boleh menarik orang Melayu di negara ini kepada agama Kristian. Penggunaan nama Allah dalam Bible juga membolehkan orang Melayu Islam lebih didekati oleh pendakwah-pendakwah Kristian.

4. Jadi, mengapakah penggunaan nama Allah dalam Bible mendapat sokongan pemimpin-pemimpin DAP. Bukankah mereka adalah ahli politik? Mengapakah mereka begitu berminat mencampuri perkara ini?

5. Dalam perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai mereka yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu.


                  
6. Apabila seorang Melayu bertukar agama daripada Islam kepada Kristian. Maka dalam perlembagaan, beliau bukan lagi orang Melayu. Apabila ramai orang Melayu tidak lagi Islam, sudah tentulah bilangan orang Melayu di sisi perlembagaan menjadi sedikit. Melayu tidak lagi menjadi majoriti penduduk di Malaysia.

7. Apakah kesannya apabila situasi ini berlaku? Hak-hak keistimewaan orang Melayu lebih mudah dipertikaikan. Bangsa Melayu yang lemah dari segi ekonomi sukar dibantu kerana sebahagian besar mereka tidak lagi Melayu di sisi perlembagaan. Mereka yang tidak diiktiraf sebagai Melayu ini akan berasa tidak puas hati kerana tidak diberi bantuan atau keistimewaan lagi. Dengan rasa tidak puas ini, perlembagaan Malaysia juga akan didesak supaya diubah oleh orang Melayu sendiri. Orang Melayu akhirnya akan kehilangan identiti dan hak dalam perlembagaan.

8. Tidak berapa lama dahulu, Lee Kuan Yew ada membuat lawatan ke Pulau Pinang. Mungkin inilah perkara yang dibincangkan bersama Lim Guan Eng dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain.

                   Presiden PAS gadaikan Kalimah Allah.

2 comments:

Darah Satria said...

TEKNIK MENGUNA NAMA ALLAH
BERTUJUAN MENCURI UNDI
SERUPA TEKNIK P.A.P SINGAPURA
TEKNIK LEE KUAN YEW BERBAHASA MELAYU
ANAKNYA LEE HSIEN LOON BERTUTUR BAHASA MELAYU
JUGA MENTERI CINA YG LAIN YG DISERU BERBAHASA MELAYU
WALAU MEREKA PELAT
SEDANGKAN MEREKA BERKEMPEN, MENGELUARKAN BERJUTA DOLLAR
HANYA TUJUAN SPEAK MANDARIN CAMPAIGN
DIGALAKAN MENGUNA BAHASA MANDARIN
TEKNIK INI JUGA DIGUNAKAN D.A.P
DIGALAKAN AHLI MEREKA BERBAHASA MELAYU SEWAKTU HANYA BERCAMPAIGN
BAHASA MELAYU HANYA DIGUNAKAN SEMASA BERKEMPEN
BERTUJUAN UNTUK MENGAMBIL HATI MELAYU
MENJADI SATU ALAT MEREKA BERKEMPEN

BEGITU JUGA MEREKA MENGUNAKA KALLIMAH ALLAH SEMASA BERKEMPEN
SAMA SEKALI TERBUKTI HANYA SATU ALAT UNTUK MENIPU
BUKAN TUNTUTAN AJARAN AGAMA KRISTIAN ATAU KEPERCAYAAN MEREKA

DALAM MASA YG SAMA JANGAN KITA TERPEDAYA
DENGAN MEREKA BERHUJAH DALAM BAHASA MELAYU SEMASA BERKEMPEN

SEBAB , SEBAB SEBENARNYA

LEBIH PANDAI MEREKA BERTUTUR BAHSA MELAYU
LEBIH BANYAK MEREKA AKAN TIPU MELAYU

Darah Satria said...

Kita jangan mudah lupa, seperti yang selalu Tun nasihat kepada orang Melayu, kita jangan mudah lupa bagaimana mubaligh Jesuit menjalankan indoktrinasi terhadap orang Islam di Lebanon selepas Perang Dunia I sehingga ramai yang murtad dan jadi Katholik. Apa strategi yang mereka guna? Sublimation.

Kita jangan mudah lupa bagaimana mereka dengan sengaja mengubah semua katanama ‘ilah’ kepada ‘Allah’ di dalam bahan bacaan dan kesusasteraan Katholik dalam bahasa Arab, sehinggakan ramai orang Islam yang tidak berdosa terpesong aqidah mereka.

Kita jangan mudah lupa bahawa orang Kafir tidak akan duduk senang selagi kita tak ikut cara mereka DAN kita jangan mudah teruja kalau mereka kata kunun-nya mereka mengingati tuhan Trinity mereka sama seperti kita mentawhidkan Allah.

Ask yourself Sdr Tired, do Christians believe in the meaning of Surah Ikhlas or will they not call upon a god with their Triple Identity Disorder (Trinity?) or Tiga Dalam Satu or Beli Satu Dapat Tiga or whatever the fancy is …. and what will happen when a new generation of Muslim is led to believe that our Aqidah and their Trinity is on the same page.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya