Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 15 February 2013

DALIL KENAPA KINI KITA HARUS TOLAK PERJUANGAN PAS#


                                          


1.CARA PAS BUKAN CARA ISLAM

سُوۡرَةُ النّحل
ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِ‌ۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ‌ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۖ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِينَ (١٢٥)

Surah An-Nahl

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (125)

P/S: Hikmah ialah perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang hak dan yang bathil

Di dalam ayat di atas ALLAH dengan jelas memerintahkan supaya serulah (manusia) kepada jalan tuhanmu dengan HIKMAH dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.

Parti PAS mengaku sebagai parti islam namun pada kenyataannya apa yang dilakukan oleh parti PAS amat bertentangan dan berbeza dengan ayat diatas.Pihak PAS yang kononnya ingin memperjuangkan hukum dan negara ISLAM sanggup mencaci,mencerca,mengutuk dan membuat pelbagai tuduhan dan fitnah atas nama Islam.

2.MENGHINA ORANG ISLAM

سُوۡرَةُ الحُجرَات
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّ‌ۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِ‌ۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَـٰنِ‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (١١)

Surah Al-Hujraat

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (11)

Jelas dari maksud ayat di atas,Allah melarang perbuatan mengolok - olok,cela - mencela dan gelar - mengelar dengan gelaran yang buruk - buruk.Namun kita semua tahu PAS menghalalkan semua ini ke atas sesama ISLAM...

3.DILARANG ADA DUA KETUA (KHALIFAH)

Hadith Rasullullah SAW:

Bermaksud:

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah s.a.w bersabda; "Apabila dibai'at(diangkat) orang khalifah tandingan(sehingga terdapat dua khalifah), maka bunuhlah yang terakhir." (Sahih Muslim 1819)

Nyata dan jelas, Rasullullah SAW melarang orang ramai melantik seorang khalifah(ketua) baru, sehingga terjadinya keadaan di mana terdapat dua khalifah(ketua). Dengan adanya 2 orang khalifah(ketua) ini, kedua golongan Islam akan bergaduh dan berperang, akibatnya orang Islam akan hancur.

Ternyata perbuatan pemimpin-pemimpin PAS menubuhkan parti PAS dan melantik seorang ketua untuk menentang UMNO adalah bukan cara Islam dan dilarang oleh Rasullullah SAW.

Sesuatu larangan yang dibuat oleh Rasullullah itu sudah tentu ada hikmahnya. Ternyata tindakan menubuhkan parti PAS telah memecah belahkan umat Islam di Malaysia. Bersesuaian dengan dasar pecah dan perintah pihak British semasa meluluskan penubuhan parti PAS pada ketika itu. Sekiranya tiada langkah segera diambil untuk mengatasi masaalah ini, perbalahan yang kecil akan menjadi besar dan seterusnya menjadi peperangan yang tidak menguntungkan agama Islam.

Sebenarnya pemimpin-pemimpin PAS, adalah manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri. Islam hanya dipergunakan saja sebagai alat atau batu loncatan. Mereka bukan benar-benar ingin menubuhkan negara Islam atau mengadakan hukum Islam. Sekiranya mereka jujur, perkara ini boleh dibuat tanpa melanggar larangan hadith tersebut. Apa yang perlu mereka lakukan ialah ramai-ramai menyertai UMNO dan berdakwah kepada orang UMNO(supaya orang UMNO menjadi sama Islamnya macam mereka). Dengan itu mereka boleh menukar matlamat perjuangan UMNO ke arah yang mereka kata betul dan mereka suka. Tetapi apa yang mereka lakukan adalah sebaliknya, mengasing diri dari jemaah dengan membentuk imej yang berlainan dengan jemaah Melayu Islam yang lain. Mereka bukan berdakwah tetapi apa yang mereka lakukan adalah berdakyah mencipta dan menjaja fitnah memburuk dan mempersenda sesama Islam.


4.SALAH GUNA MASJID

سُوۡرَةُ التّوبَة
وَٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ مَسۡجِدً۬ا ضِرَارً۬ا وَڪُفۡرً۬ا وَتَفۡرِيقَۢا بَيۡنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَإِرۡصَادً۬ا لِّمَنۡ حَارَبَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ مِن قَبۡلُ‌ۚ وَلَيَحۡلِفُنَّ إِنۡ أَرَدۡنَآ إِلَّا ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۖ وَٱللَّهُ يَشۡہَدُ إِنَّہُمۡ لَكَـٰذِبُونَ (١٠٧)

Surah Al-Tawba

Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam) dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta. (107)

Jelas dan nyata bahawa perbuatan menggunakan masjid untuk menimbulkan kemudaratan adalah dilarang dan adalah perbuatan orang-orang munafik. Ini sudah pun berlaku di zaman Rasulullah lagi dan di zaman kita sekarang lebih teruk lagi.

Masjid di negara kita sudah disalah gunakan sebagai gelanggang politik oleh parti PAS - kata-kata mencarut, menghina, mengutuk dan memaki dan memfitnah yang tergolong dalam perbuatan tercela juga dilakukan di masjid.

Berpolitik di masjid boleh menimbulkan perasaan benci membenci di kalangan puak yang bertentangan sehingga kadangkala berlaku pertengkaran dan pergaduhan.

Lebih buruk lagi, perbuatan menggunakan masjid sebagai gelanggang politik boleh mengakibatkan orang-orang tertentu tidak dapat datang untuk beribadat di masjid dan perbuatan ini, adalah sama dengan perbuatan menghalang menyebut nama Allah dalam masjid-masjid seperti firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 114:

سُوۡرَةُ البَقَرَة
وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ أَن يُذۡكَرَ فِيہَا ٱسۡمُهُ ۥ وَسَعَىٰ فِى خَرَابِهَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَا كَانَ لَهُمۡ أَن يَدۡخُلُوهَآ إِلَّا خَآٮِٕفِينَ‌ۚ لَهُمۡ فِى ٱلدُّنۡيَا خِزۡىٌ۬ وَلَهُمۡ فِى ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ (١١٤)

Surah Al-Baqara

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. (114)

Rumah Allah bukan kegunaan sesiapa tetapi ia adalah tempat beribadat dan tempat menimba ilmu dan bukan tempat mempopularkan diri atau tempat memancing undi. Mereka tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid kecuali dengan rasa takut kepada Allah SWT.

Hadith Rasullullah SAW:
Bermaksud:

Sesungguhnya seorang lelaki pernah berseru-seru di dalam masjid katanya "Siapa yang memanggil unta yang merah sehingga ia hilang." Nabi SAW bersabda: "Semuga kamu tidak menemukannya. Sesungguhnya masjid-masjid ini dibangunkan dengan fungsi sebagaimana semula ia dibangunkan." (Riwayat Muslim - Al Azkar m/s 63)

Ternyata daripada hadith di atas Rasullullah SAW melarang orang berseru-seru di dalam masjid kerana mencari unta yang hilang. Bayangkanlah apakah reaksi Baginda Rasullullah SAW, sekiranya terdapat orang yang berseru-seruan di dalam masjid kerana ingin berkempen untuk memancing undi. Sudah tentu perbuatan itu tidak diizinkan kerana masjid bukanlah tempatnya. Tambahan pula, dalam kempen politik, sudah pasti wujud kata-kata yang mengutuk dan merendah-rendahkan pihak lawan. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT lebih-lebih lagi jika dilakukan di dalam masjid

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya