Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 8 February 2013

DAP P.Pinang hilangkan wang tabung Rakan Anti Kemiskinan (RAK)! SPRM takut nak siasat sebab mereka ajen PR.





Mulai 1 Julai 2009, kerajaan DAP telah memperkenalkan Hari Tanpa Beg Plastik (HTBP) pada setiap Isnin. Matlamat kempen ini amat murni iaitu untuk mengurangkan penggunaan plastik bagi melindungi alam sekitar. Kempen ini dilakukan secara berperingkat-peringkat yang melibatkan premis perniagaan seperti pasar raya besar, pasar raya, pasar raya mini, restoran makanan segera dan peruncit.


PAP atau Partners Against Poverty atau dalam bahasa Melayu disebut Rakan Anti Kemiskinan (RAK).

Isu PAP atau RAK ini ada kaitan dengan persoalan ke mana perginya hasil duit plastik yang dibeli oleh pelanggan ketika mereka membeli-belah di negeri itu.
 
                                        


HTBP kemudiannya diperluaskan pada setiap Isnin, Selasa dan Rabu mulai 1 Januari 2010. Akhirnya mulai 1 Januari 2011, kempen itu diperluaskan pada setiap hari. Melalui program ini, premis perniagaan yang terlibat akan mengenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang diminta oleh pelanggan.

Kata Guan Eng pada hari pelancaran kempen: Pada hari tanpa beg plastik, sesiapa yang inginkan (beg plastik) akan diminta membuat bayaran 20 sen di bawah prinsip pencemar harus membayar (polluters pay principles) dan kutipan tersebut akan disalurkan kepada akaun Rakan Anti-Kemiskinan) Negeri Pulau Pinang. RAK telah menjayakan usaha kerajaan negeri Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia menghapuskan miskin tegar dan memastikan setiap keluarga memperoleh RM500 sebulan''.

                                                   

Begitulah kenyataan Guan Eng pada 2 Januari 2009 di Komtar Walk.

Begitu juga dengan negeri-negeri lain yang mengadakan HTBP pada hari-hari tertentu. Pada peringkat awal memang menyusahkan malahan ada pihak termasuk pengeluar plastik kurang setuju dengan langkah itu. Lama kelamaan, orang ramai tidak ada pilihan. Mereka boleh menerimanya dengan membawa beg semasa membeli-belah. Ada pula yang sanggup membeli beg plastik sama ada tidak mahu membawa beg atau terlupa. Tidak kurang juga yang dengan niat ikhlas mahu menyumbang kepada PAP/ RAK melalui pembelian beg plastik itu. gua pada 14 Jun 2010 dalam tulisan bertajuk Kenapa jual beg plastik pada hari tanpa plastik menyokong usaha ini dan mengharapkan hasil kutipan 'jualan beg' itu dapat sampai kepada sasaran.

Cuma kini timbul persoalan berapakah jumlah yang berjaya dikutip dan berapa banyak pula sampai kepada golongan sasaran iaitu rakyat miskin. Kita juga ingin tahu bagaimana setiap premis membuat perkiraan bagi setiap 20 sen yang disumbangkan oleh pelanggan. Dalam erti kata lain, kita mahu melihat bagaimana akaun itu diwujudkan supaya setiap wang masuk ke dalam PAP/RAK direkodkan setiap bulan. Melalui kaedah ini juga, kerajaan negeri mungkin boleh memantau sama ada kempen ini berjaya atau sebaliknya. Kerajaan negeri juga boleh mengenal pasti di manakah premis yang tidak mampu mengurangkan 'penjualan' beg plastik supaya langkah-langkah lebih tegas diambil termasuk menaikkan harga beg plastik itu.

                                            

Guan Eng pernah memberitahu, sejak Julai 2009 hingga Ogos 2010, sebanyak RM174,280 telah disalurkan kepada Tabung PAP/RAK. Tidak pasti pula jumlah sumbangan selepas itu sama ada meningkat, berkurangan atau sudah tidak ada lagi. Jika tidak ada lagi orang 'membeli' beg plastik di Pulau Pinang, ini bermakna kerajaan negeri berjaya mendidik pengguna. Adakah semua orang sudah membawa beg setiap kali keluar membeli-belah? Atau adakah secara diam-diam premis berkenaan kembali membekalkan beg plastik secara percuma?

Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri supaya ia selari dengan sebuah kerajaan yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT). Jika Guan Eng tidak mampu menjawab secara lisan kerana bimbang 'tersilap lapor' oleh wartawan atau beliau 'tersilap jawab' , Ketua Menteri boleh menjawab secara bertulis, seperti menjawab soalan bertulis di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat. Mungkin, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Puyu, Phee Boon Poh boleh menjawab bagi pihak Guan Eng kerana beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar.

                                                   

Bagi kebanyakan pasar raya atau pusat membeli-belah, setiap sen yang masuk di- kaunter juruwang akan direkodkan. Jika hasil 'jual' beg plastik itu boleh dianggap sebagai kutipan, ia bukanlah seperti kutipan derma kilat yang dilakukan pada majlis ceramah politik yang kadangkala tidak ada penyata. 'Jualan' beg plastik ini dimasukkan dalam resit belian. Maka adalah menjadi tanggungjawab setiap premis perniagaan itu membentangkan laporan kutipan 'duit plastik' ini kepada kerajaan negeri yang kemudiannya akan menggabungkan dalam satu akaun di seluruh negeri itu untuk dimasukkan ke dalam PAP/RAK.

Dalam isu duit, setiap sen perlu diambil kira lebih-lebih lagi tujuannya untuk membantu orang miskin. Bagi gua dan mungkin sesetengah orang, tidak apalah untuk membeli 10 beg plastik dengan harga RM2 kerana akhirnya wang itu akan masuk ke poket orang miskin, bukannya poket kerajaan negeri atau mana-mana parti politik. Mereka yang 'membeli' beg ini pula bukannya bermakna tidak mahu menyokong usaha untuk menjaga alam sekitar tetapi ini juga merupakan satu strategi serampang dua mata, membeli sambil beramal untuk membantu orang susah.

Kita tidak mahu isu PAP/RAK ini menjadi persoalan seperti yang berlaku terhadap Tabung Memali atau dana bantuan mangsa perang di Sri Lanka. Banyak kekeliruan dan persoalan yang timbul dalam kedua-dua isu ini. Misalnya, bagi membantu mangsa perang di Sri Lanka, pelbagai angka ditimbulkan termasuk dalam kalangan anggota DAP. Ramai yang keliru dengan angka RM73,451.40, RM65,000, RM73,960.40 dan RM73,481.40.

Sebelum lebih kalut, eloklah kerajaan CAT DAP menjawab persoalan ini.

                                                 

Mana Ada tipu?? pegi mampos lah lu Cibai.!


DAP tipu melayu, PAS & PKR diam.!

PKR nak  jadi beruk di atas jalan, PAS bantu himpunkan Melayu.

DAP nak  Bible dalam Kristian pon PAS setuju..

PAS nie memang tak guna lah!



Satu lagi tak berguna adalah satu jabatan Kerajaan  dibawah  seliaan SPRM.!

Cuba sama-sama kita lihat kat sini, bila melibatkan  penipuan dipihak  Pakatan Pembangkang. SPRM  DIAM.!

Tapi bila kena kat orang Pro UMNO/BN. SPRM musibat terus ambil tindakan.

SPRM jelas kerja bersama Pembangkang selama ini, cuma pihak-pihak tertentu  pandai bermain wayang.

Kesian kat Anak-anak muda yang tak ada kerja, tambah-tambah lagi  orang yang duduk membela UMNO BN langsung tak dipandang apalagi di beri kerja.

Tak mengapalah sebab Kroni-Kroni Pelingkup sebenarnya banyak didalam Jabatan Kerajaan sendiri.!

Hipokrit.!

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya