Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Saturday, 16 February 2013

DAP P.Pinang kenakan syarat ketat utk pemaju bina rumah kos rendah!




  




 DAP Musibat yang terkenal dengan sikapnya yang kurang ajar &  kini menggunakan berbagai-bagai helah untuk melarang kontraktor & pemaju mendirikan rumah kos rendah.


Kerajaan DAP Pulau Pinang disifatkan berniat tidak baik apabila cuba menghalang pembangunan projek rumah kos rendah di negeri ini dengan meletakkan pelbagai syarat tidak munasabah bagi pembinaannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pembangunan projek Kampung Bagan Serai di Seberang Jaya tidak terkecuali apabila kerajaan negeri meletakkan syarat keterlaluan kepada JKP Sdn. Bhd. (JKP) yang mahu membangunkan 703 unit bangunan bercampur di atas tanah seluas 5.26 hektar yang dibeli sendiri JKP daripada pihak swasta.

"Lebih RM12 juta telah dibelanjakan bagi tujuan pembelian tanah dan pembayaran pampasan, tetapi akhirnya kerajaan negeri meletakkan syarat mahu laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan 400 unit rumah kos rendah didirikan.

"EIA biasanya untuk projek berkeluasan lebih daripada 20.23 hektar. Projek ini luasnya 5.26 hektar pun diminta EIA, sudahlah mereka sendiri tidak membina rumah kos rendah, bila orang hendak buat diletakkan pula pelbagai syarat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini hari ini.

Terdahulu, dalam majlis berkenaan Nor Mohamed melancarkan buku Kerajaan Persekutuan mensejahterakan rakyat Pulau Pinang yang mengandungi pelbagai program dan projek pembangunan yang telah dilakukan Kerajaan Persekutuan bermula 2008 hingga 2012 untuk rakyat negeri ini.

Beliau memberitahu, melalui projek Kampung Bagan Serai itu, JKP mahu membina rumah kos rendah yang akan dijual pada harga RM42,000 seunit, rumah teres dua tingkat dengan harga RM299,000 seunit dan rumah kedai pada harga RM129,000.

Justeru, katanya, rakyat Pulau Pinang masih mempunyai peluang memilih sama ada mahukan kerajaan negeri ini ditadbir oleh mereka yang berniat baik atau jahat dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak kata kerajaan negeri sekarang ini berniat jahat kerana tidak membina rumah kos rendah, mungkin mereka ada alasan sendiri untuk itu. Tetapi apabila cuba menghalang pihak lain untuk membina rumah kos rendah dengan meletakkan pelbagai syarat, itu jelas menunjukkan niat jahat mereka.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang datang melawat negeri ini begitu prihatin dengan masalah rakyat dan mengumumkan pelbagai projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat Pulau Pinang. Namun kerajaan negeri sendiri seolah-olah cuba menyekat pembangunan untuk rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah di negeri ini,

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya