Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 12 February 2013

DAP takle Melayu hanya dengan sentimen Islam.!



Di dalam satu ceramahnya pada 5 Julai 2008 bertempat di Seberang Jaya, Pulau Pinang, Guan Eng dengan penuh berani dan yakin, mengunakan kisah khalifah islam Umar Abdul Aziz sebagai isi kandungan utama ceramahnya. Ini merupakan sedutan daripada ceramah tersebut:


Tidak salah untuk orang bukan islam bercakap dan menjadikan islam, atau pemimpin-pemimpin islam sebagai contoh. Namun, kita sepatutnya lebih arif mengenai ini dan berfikir dengan bijak. Renungkan.. 
  1. Apakah sebenarnya yang tersirat di sebalik kisah Guan Eng yang mengagungkan khalifah Umar Abdul Aziz?
  2. Kenapa Anwar Ibrahim (dan pemimpin-pemimpin lain), yang juga Islam, tidak pernah melaungkan perkara sedemikian di dalam ceramah mereka?
  3. Bagaimana Guan Eng berani mengambil risiko untuk bercakap mengenai islam?
  4. Apakah motif sebenar Guan Eng?

Hakikatnya - Guan Eng menggunakan kisah khalifah Umar Abdul Aziz untuk mengambil hati mereka yang beragama islam
Hal ini terbukti dengan suara dan sorakan mereka yang hadir di ceramah tersebut (dari rakaman di atas) apabila Guan Eng mula menyebut tentang Umar Abdul Aziz. Jika diteliti dengan betul, Guan Eng telah cukup bersedia di dalam mengarang ucapan tersebut untuk menjadikan khalifah Umar Abdul Aziz sebagai 'senjata utama' ucapannya.

Bagi seorang yang bukan islam seperti Guan Eng, kenapa Umar Abdul Aziz yang dijadikan contoh sedangkan mereka sebenarnya lebih memandang tinggi kepimpinan permimpin-pemimpin kafir yang berjaya seperti Bush, Obama, mahupun bekas perdana menteri Singapore, Lee Kuan Yew?
Lee Kuan Yew - Antara penasihat utama DAP

Pulau Pinang - Kini di dalam gengaman mereka
Boleh anda fikirkan apa yang akan terjadi di ceramah tersebut jika Guan Eng menjadikan Lee Kuan Yew sebagai contoh di dalam ucapannya?

Untuk mengambil hati mereka yang hadir di ceramah tersebut (anggaran 90% adalah melayu), Guan Eng mengambil kesempatan yang ada untuk meningkatkan kepercayaan pengundi yang beragama islam. Dengan menggunakan khalifah Umar Abdul Aziz sebagai 'idola', ramai yang terpedaya bahawa Guan Eng sebenarnya bijak mengenai islam. Sedarkah anda, semua pengetahuan ini boleh didapati dengan hanya membaca? Terdapat pelbagai buku di pasaran yang menceritakan tentang islam termasuklah mengenai rasul dan sahabat-sahabatnya. Apa yang pasti, ilmu cumalah sekadar pengetahuan jika kita tidak mengamalkannya. Jika benar Guan Eng melihat islam sebagai agama yang betul, sudah pasti dia akan memeluk islam tanpa rasa ragu-ragu dan tanpa sebarang syarat seperti -"Tunggu ayah saya meninggal dunia dulu". Kenapa kita sebagai islam, jahil tentang agama sendiri dan mudah diperbodohkan oleh orang seperti ini?

Jumlah penduduk di Malaysia kini lebih 28 juta dan 50.4% daripadanya adalah melayu, 24.6% adalah cina dan 7.1% adalah india. Jadi, orang melayu (yang majoritinya islam) adalah bangsa terbesar di negara ini. Tidak mustahil jika kita katakan, Guan Eng sebenarnya telah banyak belajar mengenai islam dan juga kaum melayu. Ini penting bagi seorang pemimpin yang bukan islam untuk memimpin rakyat yang majoritinya adalah umat islam. Guan Eng mengunakan pengetahuan ini untuk mengambil hati orang islam dan seterusnya memberi kelebihan untuk Guan Eng memerintah rakyat yang majoritinya adalah islam. Tanpa ilmu dan helah seperti ini, tidak mustahil untuk seseorang yang bukan islam untuk memerintah kita tanpa sebarang tentangan. Melalui cara ini juga, Guan Eng kini dipandang tinggi dan dihormati oleh orang-orang melayu di Pulau Pinang.

DAP telah memiliki Pulau Pinang, dan tidak mustahil juga untuk mereka memiliki negeri-negeri lain seperti Perak, Selangor dan seterusnya negara kita, Malaysia. Kita akan dapat lihat di masa hadapan, akan lebih banyak pemimpin-pemimpin bukan islam yang akan bercakap mengenai islam. Guan Eng cuma membetulkan kesilapan ayahnya, Lim Kit Siang, yang banyak menentang melayu dan islam dan akhirnya dibenci oleh kita. Apa yang Guan Eng lakukan sekarang cukup untuk membuktikan bahawa dia telah menjadikan kesilapan ayahnya sebagai satu pengajaran.
  
Lim Kit Siang - Kini menaruh harapan besar kepada anaknya untuk meneruskan perjuangan mereka

Kini, selepas 4 tahun, apakah Guan Eng sudah mula menunjukkan perubahan mengenai persepsinya tentang agama islam? Bagaimana dengan isu baru-baru ini yang dikaitkan dengannya mengenai penjualan tapak masjid di Bayan Mutiara, Pulau Pinang? Fikirkan..

Sudah tiba masanya untuk kita bersatu demi masa depan negara.
Jalankan tanggungjawab anda kepada agama, keluarga, bangsa dan negara bermula dengan mendidik keluarga anda supaya tidak tertipu dengan helah-helah mereka.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya