Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Monday, 4 February 2013

DAP takut disiasat sebab dah tau salah?



                                                               

 DAP tidak mahu mengemukakan penyata kewangan dan keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) walaupun telah diberi arahan untuk berbuat demikian dalam tempoh 60 hari kerana bimbang akan disiasat secara menyeluruh.

Seorang pemimpin kanan DAP Selangor yang enggan namanya disiarkan mendakwa, parti tersebut agak gusar dengan campur tangan ROS yang berkemungkinan besar akan menemui bukti terdapatnya unsur-unsur manipulasi dalam pemilihan CEC baru-baru ini.

"Ini adalah sebab utama mengapa DAP sengaja mahu melengah-lengahkan usaha ROS untuk menyiasat kejadian silap kira undi, DAP memang sengaja tidak mahu menyerahkan sebarang dokumen kepada ROS.

"DAP juga sedia maklum andainya mereka ingkar arahan ROS, mungkin ROS mempunyai kuasa menggantung parti tersebut untuk tempoh tertentu. Setiausaha Agung, Lim Guan Eng seolah-olah tidak kisah dengan perkara ini walaupun telah diasak oleh beberapa pemimpin dan ahli DAP untuk segera menyerahkan dokumen berkaitan kepada ROS," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan terkini berhubung silap kira undi dalam pemilihan CEC parti itu sehingga mendorong ahli-ahlinya mengadakan demonstrasi dan membuat laporan kepada ROS baru-baru ini.

Isu timbul apabila DAP mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam pengiraan undi CEC yang menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih menganggotai jawatankuasa tersebut.

Namun, selepas kiraan semula dilakukan, keputusan menyaksikan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari berada di tangga ke-20 meskipun sebelum itu tidak tersenarai dalam CEC.

Dakwa beliau, Guan Eng seolah-olah juga sedang menanti tindakan ROS menggantung parti tersebut supaya boleh mendapat undi simpati daripada masyarakat dengan alasan dianiayai.

"Daripada gaya Guan Eng, beberapa pemimpin telah membuat andaian sikap mendiamkan diri beliau hanyalah taktik untuk cuba mengalihkan pandangan umum terhadap perkara ini atau sengaja mahu ROS mengambil tindakan terhadap parti supaya kelihatan menjadi mangsa keadaan.

"Sudah beberapa kali kami cuba membincangkan perkara ini dengan beliau terutamanya apabila terdapat beberapa ahli bangkit menyoal tentang salah kira undi. Imej DAP yang terkenal dengan slogan ketelusan sudah dicemari dengan insiden ini, namun yang menghairankan, Guan Eng enggan mendengar malah semakin bongkak," jelasnya.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass melahirkan rasa kecewa kerana sehingga hari ini suara akar umbi tidak didengari pemimpin tertinggi parti tersebut.

"Hanya tinggal 15 hari lagi untuk DAP serah dokumen berkaitan, mengapa masih enggan berbuat demikian? Hanya pada nama sahaja parti ini demokrasi, suara kami yang mahu kredibiliti dibersihkan tidak diendahkan.

"Kami hendak lihat sejauh mana ketelusan pemimpin parti yang hanya sekadar melaungkan slogan ketelusan tetapi langsung tidak telus dan jujur dalam parti sendiri,"


No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya