Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Sunday, 3 February 2013

Haron Din bakal tarik PAS bersama UMNO sertai BN.


      

Persoalan yang ingin gua timbulkan disini kenapa Ustz Dato Dr Harun Din masih  dilihat bersama PAS.

Begitu juga yang dilakukan oleh Nasharuddin, walaupun telah  dilucut bertanding dalam PRU 13, namun Nasha masih tetap mengatakan  akan terus bersama PAS

Namun persoalan yang timbul mengapa  mereka ini masih tetap mahu berada didalam PAS?







Mari sini aku beritahu hal yang sebenar. Sebenarnya Haron Din, Nasharuddin termasuk juga Hassan Ali diantara individu yang menyokong kuat kerjasama antara PAS & UMNO.

Mereka antara individu yang memainkan peranan dalam memulihkan orang Melayu didalam PAS dan turut bekerjasama bersama beberapa pemimpin didalam UMNO.




Setakat ini kita sedari Nik Aziz antara individu yang masih berpengaruh kuat dalam PAS. Individu yang berpengaruh inilah yang cukup dijaga oleh PKR terutamanya DAP dalam memastikan Melayu tidak bersatu.

Mengapa PKR & DAP amat takut dengan penyatuan orang melayu ini? kerana mereka tahu jika Melayu bersatu, Melayu akan kelihatan lebih kuat.

Namun kita diperlihatkan  setelah pemilihan PAS  yang sudah berlangsung beberapa tahun lalu, menyaksikan penyokong-penyokong Endorgang atau pengaruh Anwaris  dilihat mengawal habis PAS.

Setelah mengangkat Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, PAS dilihat semakin tak tentu hala. Begitu juga dengan tindakan Presidennya sendiri Hadi Awang yang kerap memihak kepada Anwar.

Nik Aziz jangan cakaplah, terang-terang amat menyokong kuat DAP.




PKR & DAP sebenarnya memasang perangkap untuk PAS dalam mengenakan PAS.
Lihatlah beberapa isu yang didedahkan, PAS senantiasa tunduk membisu  terhadap PKR & DAP.

Isu Hudud, PAS nak buat DAP tentang, begitu juga dengan PKR.

Namun apabila melibatkan Kalimah Allah yang hendak  digunakan oleh pihak Kristian, PAS  membenarkan pulak.

terang lagi jelas kepada kita bahawa pengaruh Anwaris ini telah merosakkan PAS sebenarnya.

Seperti kata Nasharuddin, "tetap mahu bersama PAS memperjuangkan agenda PAS yang sebenar"

Apakah agenda yang sudah ada kepada PAS ketika ini jika pucuk pimpinan tertinggi sudahpun dipengaruhi anasir luar.

Bukan sahaja pucuk pimpinan, namun Majlis Syura juga sama rentaknya.

Perkara ini disedari oleh pengaruh Anwaris lebih-lebih lagi DAP.Sebab itulah mereka terus menerus mencantas golongan ini dalam berkuasa. Hassan Ali juga pernah mendedahkan PAS kini mempunyai pengaruh tertentu dalam menjalankan agenda tertentu. apakah ramai antara kita yang sedari hakikat ini?


Penulisan ku kali ini sebagai satu pendedahan lebih berani mengemukakan hal yang sebenar. Cuma satu sahaja jalan penyelesaian terbaik untuk mengembalikan PAS yang asal. Sokongan pengruh anak muda PAS haruslah menyokong perjuangan Haron Din, Nasharuddin dan juga beberapa individu tertentu dalam PAS yang menyokong kerjasama antara UMNO.

Cuma ini satu jalan penyelesaian terbaik, jika tidak, mereka terus menerus dipinggirkan apatah lagi mahu bersuara..

Mengembalikan perjuangan PAS yang asal dan mencantas golongan Anwaris ini haruslah dilakukan oleh ahli-ahli PAS sendiri.

Anak muda PAS mempunyai pengaruh, namun mereka semacam tiada suara mempertahankan hak pemimpin mereka. Mereka kini hanya ikut sahaja rentak yang dikenakan oleh pemimpin mereka yang sudah dipengaruhi pengaruh Anwaris ini.


Lihatlah bekas penyokong PAS ini, Mohamad Hafiz yang terang-terangan mencantas habis pengaruh Anwaris & juga DAP.

Jadi jika mereka boleh lakukannya, mengapa yang lain tidak?

Kembalikan kegemilangan Islam dibawah satu panji.

Gabungkan semula kekuatan Melayu diantara PAS & UMNO dan kembalilah bersatu  demi  Agama, Bangsa & Negara.!




3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Ya. Saya sokong sangat. Jom kita bersatu. Umno dan Pas mesti bersatu. Itulah saja perkara PALING BAIK yang boleh dihadiahkan kepada orang Melayu Islam di Malaysia. Tapi jangan lupa saudara-saudara Muslim yg bukan Melayu. Mereka juga ada hak.

Anonymous said...

Ada 3 cara yg saya nampak utk satukan Umat Islam Melayu di Malaysia ini..1- samada 'tukar' Prsiden dan Mursyidul Am PAS atau 2- Tubuhkan Parti Pas baru atau yg seumpamanya
3-semua yg sukakan perpaduan boleh masuk UMNO dgn bersyarat..tetapi masalahnya masih ramai yg tak suka pd UMNO..andai UMNO boleh 'rebrand' atau lebih ke kanan sikit..insyaaaALLAH ada manfaatnya.Tentu PM kita boleh diajak berunding..nak suruh org lain berubah dgn sekelip mata memanglah susah..namun jika ikhlas.. pasti ALLAH akan bantu..tiada salah berusaha.

*Hamba ALLAH yg FaQir*

Darah Satria said...


Yap. masih ramai orang diluar sana yang tdk begitu sukakan UMNO termasuk juga dengan saya, namun hakikatnya UMNO perlu merubah beberapa cara & jagan mengekalkan orang2 yang terlalu lama yang dilihat tiada banyak membuat perubahan.

Anak2 muda perlukan perubahan.

berbalik kepada penubuhan Parti baru PAS, bagi gua tak perlu, kerana semakin banyk perti melayu ditubuhkan, semakin ramailah melayu akan berpecah.
dahulu melayu berpecah kepada 2 iaitu UMNO dan PAS. setelah Anwar tubuhkn PKR, kini sudah berpecah kepada 3.

namun DAp tetap mengambil peluang dalam meletakkan Melayu didalam parti itu. ianya sudah menjadi kepada 4.

maknanya suara melayu semakin kecil di bawah satu persatu parti ini.

Melayu seuanya harus bergabung didalam satu Parti sahaja iaitu UMNO. ini sahajalah pilihan utk Melayu pada hari ini.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya