Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Tuesday, 19 February 2013

Harun Taib marah Kapal Sink?









Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mengecam Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dilihat memperkecilkan peranan Majlis Syura Ulama Pas dengan menganggap majlis itu hanya bersifat minoriti dalam parti sekutunya itu.

Sambil menyifatkan Karpal sebagai 'tidak tahu apa-apa' tentang Pas dan 'kehabisan modal', beliau menegaskan, Majlis Syura Ulama Pas berada di kedudukan tertinggi sekali gus mempunyai kuasa lebih besar dalam membuat sebarang ketetapan atau keputusan parti.

Pada masa sama, jelasnya, Majlis Syura Ulama juga merupakan pemegang polisi atau dasar parti dan peranan pentingnya itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti dihormati.

"Karpal tak tahu apa-apa dalam parti Pas sebab dia orang luar. Dalam Pas, Majlis Syura Ulama lebih tinggi kuasanya malah merupakan pemegang polisi atau pun dasar parti.

No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya