Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB

Kerajaan tarik subsidi dari rakyat kerana mahu melangsaikan hutang tertunggak dari 1MDB
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka...

Friday, 15 February 2013

Kerajaan Negeri P.Pinang (DAP) jual tapak masjid Bayan Mutiara.!


                   
                             


– Sekretariat Suara Keamanan Malaysia (SSKM) hari ini membuat laporan polis bagi membantah tindakan kerajaan negeri menjual tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara kepada pihak swasta.

Pengerusinya, Muhamad Mukhlis Maghribi berkata, SSKM mahu polis menyiasat tindakan kerajaan negeri mengubah pelan asal projek Bayan Mutiara itu sama ada mengikut prosedur yang ditetapkan atau sebaliknya.

                              
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Daerah Polis Timur Laut, Muhamad Mukhlis juga menggesa polis mengambil tindakan undang-undang kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini melibatkan isu agama dan perihal sosial masyarakat.

Beliau juga berharap agar bantahan yang dilakukan oleh SSKM ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana ia tiada kaitan dengan politik sebaliknya perihal isu masyarakat.

Isu penjualan tapak masjid dan tapak sekolah kepada pihak swasta di Bayan Mutiara yang bernilai RM1.07 bilion, dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Ir. Shaik Hussein Mydin.

Dalam pelan asal projek di Bayan Mutiara yang terletak di atas tanah seluas 41.5 hektar itu, ia melibatkan pembinaan sekolah, masjid, balai polis, pusat komuniti dan pusat beli belah dengan nilai pembangunan kasar RM10 bilion. - BERNAMA


No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya